-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Review movie : Ombak Rindu kurang menyengat.

semua orang tahu yang filem Ombak Rindu akan ditayangkan lagi seminggu kan ? kalau dah tambah extra time lagi seminggu tu maknanya filem Ombak Rindu nie memang dasyat sangat penangannya. aku pun tak ketinggalan untuk tengok filem tu kat wayang. mula-mula ingat nak download je kat internet, tapi hati tak tahan sebab ramai betul manusia dok heboh-heboh kat Facebook yang filem tu terbaik. aku yang tak excited nie boleh jadi excited pulak nak tengok. aku nie peminat Aaron Aziz tau !


sabar punya sabar, tahan punya tahan, aku tak berjaya jugak tahan nafsu diri dan akhirnya terjebak untuk tengok citer tu kat wayang. aku pun salah sorang pembeli novel Ombak Rindu masa kecik-kecik dulu dan kira tangkap meleleh air mata jugak baca novel tu. tapi meleleh dia tak sama macam meleleh masa baca novel Bicara Hati. ahaks ! aku bawak kakak dengan adik aku sekali tengok citer tu. bagi aku, citer tu tak ada lah daya penarikan sangat unless sebab ada Aaron Aziz sebab aku minat dia ! sejak aku layan Lagenda Budak Setan citer yang juga diangkat daripada novel dulu tu, aku serik nak percaya dah filem-filem macam nie. tapi kali nie, aku kalah lagi. hehehehe


masa aku pegi wayang nak tengok citer nie, wayang tak ada la penuh sampai tak ada seat kosong. kiranya separuh wayang je lah penuh. ada yang siap bawak anak, sepupu sepapat semata-mata nak tengok Ombak Rindu kat wayang. walaweh ! first impression aku pasal wayang pada hari itu, boleh tahan ramai jugak yang nak tonton citer tu walaupun dah hampir 2 minggu ditayangkan. sebelum wayang mula, aku siap bawak tisu konon nak sedih-sedih kat wayang siap sedut hingus !


tapi secara jujurnya, aku sangat sangat sangat kecewa dengan citer Ombak Rindu. orang lain dok puji melambung citer nie kat Facebook, tapi aku tak. aku tak tau tang mana yang best sangat sampai orang bagi pujian melambung giler. aku dah siap bawak tisu kot ! tapi sepanjang tempoh 2 jam 45 minit tu, haram jadah aku tak menangis sikit pun weh ! memang la ada scenes yang sedih, tapi tak tau lah kenapa perasaan sedih tu tak sampai kat aku. padahal aku nie kalau tengok citer sedih-sedih macam PS I Love You tu menangis sampai nak rabak. aku tengok citer-citer melayu kat TV macam biasa pun boleh nangis, tapi kenapa Ombak Rindu tak mampu buat aku menangis sikit pun padahal aku nangis kot masa baca novel dia ? pelik.


watak Izzah dibawa oleh Maya Karin boleh diberi pujian sebab ada penghayatan dan kesungguhan. walaupun dalam novel menggambarkan watak Izzah nie muda belia, tapi Maya Karin bawak watak tu bagus. watak Hariz dibawa oleh Aaron Aziz pun bagus. Aaron Aziz bawak watak dengan perasaan mendalam, siap nangis-nangis gitu. tapi aku rasa ada kurang sikit kat lakonan Aaron Aziz. dia tak mampu jadi garang dan ego seego-egonya macam dalam novel. kalau dalam novel, Hariz digambarkan cukup menyakitkan hati dan jiwa Izzah, tapi dalam citer tu Aaron kurang menyakitkan hati dan nampak 'baik' sikit lah. sepanjang citer tu ditayangkan, aku selalu berharap Hariz jadi jahat gila, tapi hasilnya tak punnnnnn.


dan watak yang aku paling tak setuju, Lisa Surihani bawak watak Mila. aku tak tau kenapa aku rasa kelakar sangat tengok Lisa Surihani bawak watak tu. paling kelakar bila scene Mila baru balik dari oversea dan disambut peminat kat KLIA. sumpah kelakar yang tu ! aku dan kakak aku tergelak-gelak je kat wayang. bagi aku, Lisa Surihani tak sesuai langsung bawak watak Mila. Lisa nie muka baik, badan kurus kecik comel lote. so tak mampu bawak watak Mila yang digambarkan sebagai supermodel high class taraf anak dato' lagi tu. aku bayangkan watak Mila tu tinggi orangnya, badan jenis hot punya, muka cantik seksi tapi jahat. Lisa Surihani dalam citer nie bising je lebih mulutnya, pastu mekap tebal-tebal. salah satu sebab kenapa aku mood aku rosak tengok citer sebab tak jelas dengan percakapan dia. ya, aku tau dalam bahasa Inggeris tapi langsung tak jelas weh. apa yang dia cakap, habis meleret sume, pelat pastu tiba-tiba je aku tau dia dah menjerit-jerit. haha, tapi lakonan dia okay lah kot walaupun sedikit kayu.


kalau diberi pilihan pelakon wanita yang boleh bawak watak Mila nie macam Marsha Milan Londoh ke Fasha Sandha ke Fazura ke Rebecca Al Islam ke. mesti terbaik kalau diorang bawak watak Mila. tapi kalau Maya Karin aku setuju. aku rasa pengarah pilih dia sebab aku rasa dia lah artis wanita yang obviously pandai pakai kain batik sepanjang membawa watak gadis kampung. apa-apa pun, mungkin ada sebab kenapa pengarah pilih pelakon-pelakon utama dalam citer nie, betul tak ?


lagi satu, mungkin jalan citer yang ringkas pastu macam cepat sangat je. contohnya, macam cepat je Hariz jatuh cinta kat Izzah. pastu kekadang macam plot citer kebanyakkan 'melompat-lompat'. so that penonton yang kurang paham mesti lagi tak paham ! mungkin garapan babak-babak dalam citer nie kena baiki lagi. lain kali, pengarah mesti lantik penulis novel sebagai penulis skrip ke apa ke so imaginasi penulis novel akan selaras dengan filemnya. lokasi, skrip, lakonan okay dah aku rasa, cuma tulah pelakon watak Mila kena perbaiki lagi lakonan dan cara bercakap. sebab-sebab kekurangan macam tu, filem nie kurang urmphhhh.







aku berbesar hati bagi 3 bintang untuk filem Ombak Rindu nie. 3/5 ! semoga industri perfileman kita akan menjadi lebih prihatin dan perbaiki kekurangan yang ada, lebih-lebih lagi nak angkat cerita novel menjadi filem, ia sesuatu yang agak sensitif you know. aku sentiasa bagi sokongan kepada industri perfileman negara kita, tapi sebelum tu pihak produksi kena lah ambil berat semua aspek sebelum nak buat filem yang menarik, terutamanya daripada segi pemilihan pelakon. cerita idea pengarah itu sendiri dengan cerita idea penulis novel adalah dua perkara yang berbeza. hehe !



p/s : apa yang istimewannya citer Ombak Rindu sebab lagu-lagu OST yang terbaik dan menyayat hati. itu saje yang buat hati aku sedikit tersentuh.

Comments
2 Responses to “Review movie : Ombak Rindu kurang menyengat.”
  1. Unknown says:

    if ombak rindu buat drama lagi best.
    sayang sungguh karya best jadi tak menyengat.
    high expectation maybe? *sigh

  2. ya, setuju dengan nurhaiqa. patutnya buat ombak rindu. sebab mana sempat nak masuk sume babak dalam masa 2 jam 45 min kan ? LBS pun diaorang dah angkat ke drama, tp tengok la mana ada drama dia top ranking ? mungkin silapnya disitu.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted