-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kawan hipokrit kerana BISNES.

dunia sekarang sibuk dengan macam-macam jenis bisnes. ada bisnes skim cepat kaya, ada bisnes internet, ada bisnes MLM dan banyak lagi lah. kalau nak bilang dengan jari, sampai akhir tahun pun belum tentu siap mengira. bisnes nie sebenarnya satu benda yang boleh jadi bagus, tapi ingat kekadang boleh jugak jadi sangat sangat sangat tak bagus. kenapa aku cakap boleh jadi tak bagus, well ada SEBABnya.


secara jujur pendapat diri ini, aku amat-amat menggalakan anda untuk tidak sesekali percaya atau libatkan diri dengan bisnes yang anda sendiri pun kurang yakin. bukan niat aku tak nak sokong orang kita maju dalam bisnes, tapi apa kes kalau masing-masing ada simpan perasaan hasad dengki dan ada rasa nak menjatuhkan orang lain ? this is unprofessional people.


jika ada orang datang pada anda dan mempromosi sesuatu yang kononnya mendatangkan kekayaan segera kepada anda, aku nak anda baca dan pikir dulu perkara dibawah nie, kemudian cuba jawab dengan jujur dalam hati anda...




1) sejauh mana anda yakin bisnes yang kononnya mendatangkan keuntungan tanpa berusaha itu benar-benar berkesan kepada anda ?


2) ada ke orang kat dunia nie tak berusaha tapi terus jadi kaya ? c'mon lah, even pengemis pun berusaha dapatkan duit dengan sanggup mengemis siang malam dan tido di kaki lima. ada ke ?


3) mungkin promoter akan cakap, "eh kita mana ada tak berusaha ? klik-klik kat internet nie kira usaha jugak lah tu" dan kemudiannya anda akan terus percaya lah ?


4) nak ke anda dah modal mahal-mahal lepas tu dapat produk macam harem pastu modal tak pulang balik kat anda ? nak RUGI ke ?


5) promoter janji manis macam-macam kat anda, tapi rupanya anda kena tipu. anda nak ke ? by the way, promoter pun manusia jugak. dia pun nak untung kaw2 jugak, jangan harap dia nak bimbing anda sampai bila-bila.






haaa..mesti lepas nie ada yang kutuk-kutuk aku sebab buat entri macam nie. mesti ada yang ingat aku nie sengaja nak mempengaruhi dan mengotori pemikiran orang-orang yang baru mula nak berbisnes. atau dengan lebih mudahnya, mesti ada yang pikir aku nie jeles kan ? hahahahahaha ! jeles ? tolong lah, tak kuasa.


aku nak cakap pasal isu nie sebab aku pernah ada pengalaman tentang benda gini. satu je perkataan yang aku boleh simpulkan, MENYESAL. aku berani amik risiko melibatkan diri dalam bisnes macam tu sebab kononnya aku simpati dengan kawan aku sorang nie. niat saja nak bagi sokongan kat dia sebab aku nampak dia berpotensi dalam kewangan. tambahan pulak, aku pun konon-kononnya nak jinakkan diri dengan dunia bisnes, so aku anggap bisnes ini satu platform aku sebagai seorang novice. modal yang dikenakan pun mencecah ribuan jugak. perghhh, bukan sikit duit tu weh.


bila dah dapat pengalaman pahit macam tu, sampai lah ke sekarang nie aku dah tak percaya lagi bisnes yang guna sistem piramid lah, sistem modal untuk beli produk lah, dan apa-apa je lah. walaupun produk yang dijual tu kononnya amat baik untuk kesihatan ke apa ke, aku takkan sesekali percaya. sebab aku dah serik ! duit ribuan macam tu boleh je kita buat macam-macam lagi benda lain yang lebih berfaedah. tapi kalau kita labur pada benda-benda gini yang belum tentu mendatangkan keuntungan, buat apa kan ? well, sebenarnya orang kita nie jenis tak pikir dalam-dalam dan main percaya je cakap orang.




pengalaman pahit itu mengajar aku berfikir dengan lebih matang. nasib baik aku cepat-cepat sedar dan terus berhenti serta-merta dalam bisnes tu. nak tahu tak kenapa aku berhenti serta-merta ? meh aku bagitahu....




# kerana bisnes itu, aku kehilangan kawan-kawan yang selama nie menemani aku. sepatutnya bukan ke kalau kita ada banyak duit, kawan-kawan makin nak mendekati kita ? think about it, mesti ada sesuatu maksud disitu, kan ?


# kerana bisnes itu, aku kehilangan kakak yang aku sayang. dia selalu ingatkan aku berpikir sebelum bertindak. tapi dulu aku degil, lepas tu dia macam tak nak cakap dengan aku dah.



# kerana bisnes itu, aku menyimpang daripada fokus sebenar dalam pelajaran. aku dok sibuk bisnes klik sana sini sampai nak exam pun aku macam endah tak endah. gila kan akibat terlalu taksub ?


# kerana bisnes itu, aku membazir duit ke arah benda yang tak berfaedah.


# kerana bisnes itu, konon-kononya aku sanggup guna keringat aku untuk mendapatkan keuntungan, padahal keuntungan tak ada lah seberapa pun.


# kerana bisnes itu, timbul rasa bersalah seolah-olah aku makan duit haram.





sebab akibat-akibat yang buruk macam kat atas nie, suatu hari aku terduduk dan terfikir tentang diri sendiri. sampai bila aku nak jadi macam nie ? sampai bila aku nak kena benci maki macam nie, padahal aku tahu je orang sekeliling aku tak senang dengan perubahan diri aku dalam bisnes tu ? sampai bila aku nak merosakkan hala tuju aku sebagai bakal guru, kalau nak exam pun aku boleh buat tak tahu ? sampai bila ?


akhirnya dengan kekuatan hati yang ada untuk melawan nafsu tamak dalam diri, aku buat keputusan untuk berhenti daripada bisnes tu serta-merta. aku tak kisah orang nak caci cerca aku macam-macam sebab berpatah balik, aku tak kisah pun. yang aku tahu, aku menyesal sebab bertindak tanpa berfikir. aku bertindak hanya untuk orang lain. aku bertindak tanpa sayangkan diri aku sendiri. bila kejadian itu dah lama berlalu, hidup aku kembali menjadi normal seperti biasa. dan baru lah aku tau, ini lah hidup aku yang sebenarnya, bukan hidup semata-mata kerana duit !




mata boleh jadi 'kabur' semata-mata duit !



bagi aku, tak ada salahnya kalau kita nak berbisnes dengan apa cara sekalipun. tapi jangan sampai kita aniaya diri kita sendiri, diri orang lain, songlap duit orang lain, amik kesempatan terhadap orang lain yang tak tahu apa-apa. kalau nak berbisnes, biar lah bermula daripada bawah. jangan ikut nafsu diri nak cepat kaya sangat. usaha kena ada kalau nak betul-betul berjaya ! orang yang ada syarikat besar-besar tu asalnya daripada orang biasa. orang yang ada bisnes kaya raya tu pun asalnya daripada bawah jugak. ngerti lo ?


lagi satu perkara yang aku cukup perasan berlaku dalam masyarakat kita, KAWAN. sebenarnya dalam hidup kita nie, banyak jenis kawan yang kita boleh jumpa. ada yang baik, ada yang jahat, ada yang hipokrit, ada yang ikhlas, dan ada jugak yang tak ikhlas. haaa..bila kita kaitkan kawan dengan bisnes, kat situ la kita boleh nampak kawan yang mana satu benar-benar ikhlas berkawan dengan anda ! contoh jelas, anda ada kawan yang tak pernah amik berat pasal anda. kiranya kawan setakat biasa-biasa je. nak tanya kabar pun tak pernah, jumpa pun buat tak tahu. tapi bila dia nak berbisnes, pandai pulak dia jumpa anda paksa-paksa masuk bisnes dia dengan janji-janji manis. bila dia tak berbisnes, haram jadah nak bertegur sapa dengan anda. agak-agak kalau kawan jenis nie, perlu tak kita berkawan dengan dia lagi ? fikir lah sendiri.




sebab duit, persahabatan boleh binasa.




okay lah, apa impian dalam hidup anda ? ada bisnes sendiri ? nak pakai kereta BMW 8 Series ? haha ! impian anda adalah apa yang anda mahukan. aku juga ada impian, impian untuk berbisnes tapi tidak sesekali berbisnes dengan cara seperti diatas. aku nak berbisnes dengan usaha sendiri. insyaallah kalau ada rezeki lebih, aku nak bukak kedai cupcakes berbentuk cafe ! hehe, kedai impian aku mesti lah direka dan dihias dalam bentuk yang cukup comel untuk pelbagai lapisan masyarakat. biar lah bermula daripada bawah, lepas tu baru lah pikir-pikir nak bukak kedai cupcakes. bukan senang tu weh ! kalau ada rezeki lebih, insyaallah aku nak buat kedai cupcakes macam kat bawah nie..










 jadi, apa pulak impian anda ?









p/s : entri ini tidak ditujukan pada sesiapa pun. hanya untuk perkongsian dan peringatan sesama kita.

Comments
9 Responses to “kawan hipokrit kerana BISNES.”
  1. Anonymous says:

    bile nk kawen??? da ade pasangan idup??

  2. Anonymous says:

    bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bebel

  3. anonymous 1 : kawen ? haha tunggu habis belajar la 2 3 tahun lagi ke, insyaallah. pasangan hidup otw, hehe ! insyaallah doakan yang terbaik utk sye :D

    anonymous 2 : tak kisah ! membebel banyak mana pun tak kisah ! haha ~

  4. Tie HT says:

    salam kenal,

    kena hati2 dgn perniagaan jns camni.tambah lg yg suruh bg pendahuluan sekian2 jumlah then dpt utg sekian2..huh, leh caye ker tu kan?


    btw jemput join giveaway saya yer :)

  5. salam kenal jugak tihara,

    ya memang kena berhati-hati. mulut promoter memang cukup manis. yang paling saya tak boleh terima tu, dia sanggup guna ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis untuk menyakinkan orang. ini la penyakit orang melayu, malas nak berusaha tapi nak cepat kaya.

  6. Anonymous says:

    saya de tinggal mesej ke fb awk, tengok dlm other ye. syukran.

  7. Unknown says:

    boleh sebut x bisnes cepat kaya tu..saya ade jumpe segelintir group yg camtu..dorang bwk kete mewah n bla2..dan dorang start tuk tarik org melalui hasil dr jaja kisah susah dorang & skrang da senang..bile tanya bisnes ape? dorang x bg tahu..bile tanya ofis kt mane? pn dorang x bg tahu..dorang akn bg tahu bisnes tu di ofis dorang sehingga kite pg ke tempat dorang..klu tidak mang rahsia la..tp yg pelik cikgu, doktor & bnyk lg la penjawat awam join..sy cume nk memastikan organisasi dorang ni..menjalankn bisnes ape dan keuntungan dpt dr mane?.."sumber pendapatan yg tidak pasti & bisnes yg x nyata"..Cikgu tahu x skim ape tu..siap ade seminar pengurusan kewangan lg..persoalannyer Ape tu?

  8. actually benda tu lebih kurang sama dengan skim cepat kaya yang pernah melata kat masyarakat kita suatu masa dulu. bezanya, dia dah inovasikan sikit skim cepat kaya tu jadi skim keuntungan piramid. prinsipnya, 'lagi banyak tarik orang, lagi banyak downline, lagi banyak duit keuntungan yang akan dapat setelah melabur beribu2'. memang biasanya camtu lah cara dia tarik orang, dia pamerkan kemewahan dia untuk buat kita tertanya2. bila dah masuk lubuk, memang susah lah nak keluar balik. kekadang golongan nie suka memaksa dengan cara lembut. for your info, bisnes camnie memang target golongan penjawat awam. yang dah keja gomen nie pun satu hal jugak. biasa lah keje gomen tak semudah swasta nak naik gaji banyak walaupun gajinya tetap. jadi, tak heran lah cikgu, doktor dan banyak lagi lah ada join benda nie. bisnes nie lebih kurang camnie... dia akan ajak sungguh2 siap berhadis bagai dan menunjukkan kemewahan yang akan dapat lepas join benda nie dengan tunjuk testimoni2, bila dah setuju nak masuk kena pilih pakej pulak kononnya sebagai pelaburan modal (walhal sebenarnya modal kita tu upline lah yang kebas), pastu pandai2 downline lah cari sendiri downline2 dia yang lagi bawah2 nie. ayat standard diorang 'kalau kuat berusaha, kuat lah duit yang datang kat kita'. hahaha

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted