-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cara macam mana yang anda mahu ?

bila usia semakin meningkat dewasa nie, hati aku asyik terpikir pasal benda-benda yang ada kaitan dengan kahwin je. kahwin, kahwin, kahwin ! tapi ingat senang ke kahwin nie, bukan kerja main-main weh. nak kahwin kena pikir banyak benda, daripada sekecik-kecik kuman tu sampai sebesar-besar gajah. nak pikir duit, masa, kesediaan tanggungjawab, masa depan dan macam-macam lah. kekadang ada orang sampai tunggu bertahun-tahun untuk melaksanakan perkahwinan, maklum lah sekali seumur hidup. tapi perasan tak kita dalam masa kita menunggu untuk hari besar itu tiba dalam hidup kita, ada satu benda yang jauh lagi penting, iaitu calon pasangan kita sendiri.


nak cari teman hidup kita bukannya mudah. bagi aku, nak buat pilihan siapa yang akan sehidup semati dengan kita, memang sukar. bukan setakat sehidup semati je, masa susah senang semua tanggung bersama. kesetiaan, kejujuran, bertanggungjawab, semua itu harus dikira. jangan main celup je nak cari teman hidup, unless macam drama Nora Elena. haha ! untung-untung dapat suami macam Seth Tan. ada lagi ke lelaki macam tu zaman sekarang ? mungkin ada, tapi satu dalam sejuta. insyaallah kalau dah memang jodoh kita, ada saja cara Allah swt tu permudahkan urusan kita dan bakal suami bertemu dan bersatu. pernah tak anda terfikir kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku bagaimana caranya kita dipertemukan dengan jodoh kita ?


perasan tak sebenarnya dalam kehidupan seharian kita, banyak peristiwa yang memberi peluang kepada kita bertemu seseorang yang mungkin akan menjadi pilihan di hati. mungkin cuma kita yang tidak mahu mencuba, jadi peluang itu akan berlalu macam tu saja. contohnya ?..




"contoh 1 # kereta rosak dan ada orang tolong repair."

tiba-tiba kereta anda buat hal, rosak ditepi jalan. sudah la tak ada kemahiran membaiki kereta, rosak pulak kat jalan yang tak berapa ada orang nak lalu. mau menangis sekawah kat situ ! cuba mintak tolong mana-mana kereta yang lalu, doa dalam hati semoga ada insan baik hati yang akan menolong. urusan dipermudahkan Allah swt, maka ada seorang jejaka datang membantu kesukaran yang dihadapi. akhirnya, kereta dapat dihidupkan semula dan memanjatkan rasa bersyukur pada Allah swt. hati cukup berterima kasih pada jejaka tersebut. pergi macam tu saja meninggalkan jejaka tersebut, ataupun rasa macam nak buat sesuatu tanda berterima kasih padanya ?





"contoh 2 # terlanggar bahu di restoren McDonald."

rasa macam nak singgah makan Big Mac. terus tekan minyak pecut kereta menuju ke restoren Mcd dan bergegas ke kaunter restoren untuk membuat order makanan. sedang asyik bergegas tu, tiba-tiba terlanggar bahu seorang jejaka secara tak sengaja, sampaikan dulang makanan jejaka tersebut jatuh. sudah la malu dengan pelanggan lain dalam restoren, dapat pulak rasa sakit kat bahu. amik masa untuk tolong jejaka tersebut sebab rasa bersalah sangat dalam hati. adakah hanya sekadar mintak maaf dan amik order lain sebagai ganti rugi kepada jejaka tersebut ?





"contoh 3 # duduk sebelah menyebelah di dalam bas ekspres."

sumpah tak sangka duduk sebelah dengan seorang jejaka yang boleh tahan perwatakan dirinya, rasa senang je hati bila berada di sebelahnya. sepanjang perjalanan dalam bas tu, masing-masing tak berani nak bertegur lagi dan senyap je melihat pemandangan di luar tingkap, namun hati kuat mengatakan nak menegurnya. alih-alih, jejaka tersebut dah tegur dulu. adakah sekadar berborak-borak kosong di dalam bas tu saja, atau pun nak berkenalan lebih rapat dengan bertukar nombor telefon ?





"contoh 4 # accident tak sengaja !"


wah, macam dalam novel Bicara hati gitu. masa sedang mengundurkan kereta, secara tak sengaja terlanggar bumper depan sebuah kereta lain. masing-masing terkejut dan sibuk pikir keadaan kereta masing-masing. pemilik kereta yang dilanggar tu seorang jejaka pulak. nasib baik si jejaka cool saja tak marah-marah, redha katanya dah benda nak jadi. namun setelah berbincang dan menawarkan diri untuk membayar ganti rugi kereta si jejaka, adakah perbincangan itu hanya setakat kat situ saja ?





"contoh 5 # menyertai rombongan bercuti bersama"

rasa sengal-sengan otak dan amik keputusan untuk bercuti ke luar negara. lebih senang, amik pakej perlancongan dan bercuti sorangs-sorang untuk menenangkan hati yang sedang bergelora. dalam rombongan tersebut, semuanya bawak keluarga masing-masing. tapi ada seorang jejaka yang juga bersendirian menyertai rombongan anda. ikut rombongan bercuti, ke luar negara pulak tu. mesti lah sentiasa bersama ye tak ? setelah berkenalan baik dengan jejaka tersebut dan akan berpisah bila dah sampai tanah air, adakah perkenalan tersebut akan diteruskan atau pun tidak ?





"contoh 6 # melepaskan stress di tepi pantai"

pada hari minggu, anda mahu membawa diri ke sebuah tempat peranginan bagi mendamaikan jiwa yang kacau dengan masalah cinta dan kerja. suatu petang yang damai dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, anda secara sengaja mahu menjerit sekuat hati ke laut untuk melepaskan lara di jiwa. semasa anda sedang khusyuk menjerit, tiba-tiba ada seseorang menepuk bahu anda dari arah belakang dan anda terkejut gila terus berhenti menjerit. rupanya seorang jejaka menepuk bahu anda dan bertanya perlahan, "are you okay ?". wah !






aku selalu berangan bertemu jodoh macam kemungkinan-kemungkinan yang aku pikir kat atas. geli, kan ? haha. dulu masa kecik-kecik, selalu sangat tengok citer romantik drama-drama kat TV. sudah tu, sampai ke besar aku berangan. ditambah pulak dengan bacaan novel-novel yang romantik, termasuk lah novel ombak rindu ! bila dah besar macam nie, baru terpikir mana mungkin citer novel berlaku dalam dunia realiti. argh !


banyak peristiwa yang boleh memjadikan pertemuan anda kita dengan bakal jodoh kita, tapi sebenarnya itu adalah pilihan diri kita sendiri. adakah insan yang dipertemukan anda pada saat-saat sukar itu adalah jodoh anda yang sebenar ? bila berjumpa, anda nak tinggalkan begitu saja ataupun nak teruskan perkenalan tersebut ? kalau hati kata suka, apa yang anda tunggu. kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita sudah pun bertemu dengan insan yang tepat. remember,  you are what you choose people.









berdoa lah semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.
 orang yang baik akan bersama dengan orang yang baik, begitu lah juga sebaliknya. 






p/s : kalau diberi pilihan, aku lebih suka bertemu jodoh dengan pertemuan ikhlas macam tu, tak nak melalui Facebook ! bak kata mak aku, "facebook tu tak boleh percaya". hehe !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted