-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Tuesday, October 11, 2011 · Leave a Comment
masa lepas exam SDP tadi, aku amik masa sekejap untuk menggeliat mengguling-guling macam kuih ketayap untuk meregangkan otot badan dan terutamanya perut yang baru nak sembuh akibat kena keracunan makanan. lepas puas buat aksi menggeliat ketayap, aku pun merenung ke syiling yang kosong dan tiba-tiba aku terfikir sesuatu..
"ramai member aku dah ada girlfriend boyfriend. aku nie calon pun tak ada."
"ramai member aku dah rancang-rancang nak kawin, tapi aku sorang pun tak jumpa lagi."
lepas tu bila nak terpikir soalan tu kat kepala otak aku nie, then aku pun baring mengiring pandang jauh ke luar tingkap dan masih sibuk memikirkan sesuatu tentang diri aku. sedih jugak rasanya bila jadi single nie kan ? kekadang happy bebas and whatsoever. kekadang rasa sunyi lah pulak. kekadang teringat pulak kenangan silam bersama bekas kekasih yang kini sudah beristeri. oh tabah lah wahai hati. dan kemudiannya mula si hati ini bermonolog sendirian...
"aku nie tak cantik ke ?"
"aku nie buruk sangat ke ?"
"muka aku nie tak cukup manis lagi ke ?"
"aku kurang bergaya lagi ke ?"
"atau sebab aku nie keje tak bagus ?"
tapi bila aku log in facebook 2 jam semasa entri ini ditulis, aku telah terjumpa sebuah artikel yang berguna dan penuh dengan tersirat maksudnya..baca la artikel yang aku kongsi nie agar dapat memberi kesedaran buat kita muda mudi yang sedang bercinta ataupun yang belum bercinta..
'Usah dirisau bagi yang belum berpunya'
Terdapat kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa yang ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memilik seseorang tanpa mengenal batas hala dan haram. yang penting, DAPAT !
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta yang hakiki. Tak serik-serik lagi gamaknya ! diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Maha Pencipta cinta itu sendiri. Semua batasan-Nya diredah segala tanpa mempedulikan dosa pahala.
Oh, remaja !
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lemah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asas dan tapaknya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh, kecuali dinaiktaraf dengan melakukan taubat nasuha. Rumahtangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan dah terbiasa, nak rasa nikmatnya apanya lagi ? anak-anak menjadi mangsa. terima lah ia sebagai hukuman dunia. Amat pedih ! namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Ku hembus nasihat ini kepadamu wahai remaja tanda sayangku tidak terhingga. bagi para gadis yang belum berpunya, anda lah pilihan-pilihan Allah swt untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakin dan pastilah !
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah swt ingin memberi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah pening-peningkan kepala anda. Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, '1st thing 1st' ! Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. kenali prioriti anda sekarang. jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabah lah dan teruskan berusaha. ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. jangan putus asa ! rasa mulia lah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan anda pernah ditolak. usah rasa malu dan terhina kerana Allah swt menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.
Ingat, usaha yang Allah redha saja. bagaimana ? dengan SMS siang malam ? atau bergayut ditelefon memanjang ? atau ajak keluar, belanja makan ? begitukah ? mungkin anda seronok tapi ingatlah semua tu hanya seronok duniawinya. hakikatnya, anda menambah dosa semata.
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tips memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditempuh. namun, apabila dia memilikinya, didapati insa yang dikejar itu dedaunan kering cuma. begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk al-quran dan sunah.
Beringatlah, urusan jodoh tidak kemana. sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. ianya urusan yang pasti ! apa yang tidak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. wallahu'alam~
1st Thing 1st !
- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kepada ibu bapa
- Berumah tangga dengan cara yang mulia dan berlandaskan keredhaan Allah swt.
nak dapat suami/isteri yang baik, anda kena jadi baik terlebih dahulu. barulah diberkati Allah swt. |
p/s : sangat berguna dan tersirat artikel nasihat nie weh. maksudnya sampai dekat hati. sapa yang tak sampai dekat hati tu, tak tau lah aku nak cakap manusia jenis apa. LOL
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...