-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

strategi tak berebut vitagen.

anda suka minum vitagen ? sapa yang tak suka minum vitagen memang rugi. mungkin zaman kanak-kanaknya kurang ceria masa tu sebab tak kenal betapa nikmatnya minum air vitagen yang dah disejukkan dalam peti ais. oh nikmatnya ! *batak rabit*


kalau ditanya minuman apakah yang jadi kegemaran aku pagi petang siang malam masa aku kecik-kecik dulu, aku pastinya akan menjawab "ya, saya suka makan minum vitagen !" dengan lantang, bajet comel bersama gaya yang cukup gediks. kalau boleh nak je offer diri sendiri untuk jadi iklan kanak-kanak vitagen bajet comel kat TV tu. harharharhar !



my favouritaaaaa !


kalau dulu-dulu, hampir setiap hari dan setiap minggu jugak lah abah selalu beli vitagen bawak balik rumah. tengok-tengok je kat peti ais, dah ada beberapa bijik vitagen yang berwarna-warni. meriahnya hidup dengan vitagen ! abah kata, dia suka beli vitagen sebab sedap dan bagus jugak untuk tumbesaran anak-anak dia. sudahnya, anak-anak dia pun berbadan seperti vitagen yang edisi gergasi. haha !


tapi itu dolu-dolu punya cerita der, sekarang abah aku dah tak rajin nak beli sebab dia pun dah malas. kekadang je dia beli buat saja-saja minum, tu pun dah jarang sangat. so bila tiba giliran si kakak-kakak yang dah besar dan dewasa nie, haruslah beli vitagen untuk adik-adik pulak. memang pokai duit jugak, tapi pikir adik-adik punya pasal lah kan. nasib baik dua orang je, huhuhu ~


dan bila nak kena belikan vitagen untuk adik-adik. timbul pulak masalah dah. diorang nie jenis tak suka berkongsi. nak kena bahagi sama rata, baru adil ! payah jugak nak pikir sebab vitagen sekarang suka bungkus 5 botol je dalam satu plastik. aku nie memang kakak yang kedekut, kopak duit aku nak beli vitagen diorang banyak semata. haha kedekutnya !






kalau cuma ada 5 bijik vitagen dalam satu plastik, macam mana nak bahagikan kepada dua orang ? aku ada dua adik, sorang lelaki berbadan kurus dan sorang lagi perempuan berbadan Hagrid (mampos aku kalau budak mokmok tu baca entri nie !) si adik perempuan selalu macam bajet perasan lagi satu botol yang lebih tu kepunyaan dia, tapi si adik lelaki tak puas hati kalau si adik perempuan balun tiga botol. dia pun nak sama rata jugak. tu lah peel adik-adik aku. yang pening, aku jugakkkkk.


syarikat Vitagen sekarang kedekut nak bagi enam botol vitagen dalam satu plastik je ! tu belum lagi pikir diorang berebut nak air vitagen yang berperisa lain-lain tu. setiap plastik vitagen akan mengandungi sebotol je berperisa ape entah, alaaa yang warna air die putih tuuu. perisa tu memang sodap bebenor. akibat sedap tu lah, ianya menjadi punca adik-adik aku berebut dan bergaduh.



anda nak tahu macam mana aku nak elakkan diorang bergaduh ? haha, senang jer..



Pertama, si adik perempuan bersaiz Hagrid dalam citer Harry Potter akan dapat dua botol sahaja yang berperisa berbeza, begitu juga dengan si adik lelaki. contohnya, kalau si adik perempuan dapat perisa anggur dan oren, si adik lelaki pun akan dapat perisa anggur dan oren jugak. no more than that !


Kedua, si kakak a.k.a aku akan amik botol vitagen yang air warna putih tu dan minum depan diorang dengan rakusnya. lepas tu aku akan tinggal dua teguk saja cukup-cukup untuk dua orang adik aku. setiap sorang dapat seteguk je sebab sekadar untuk merasa. no more than that !


Ketiga, si kakak akan buang botol vitagen yang dah habis tu kat tong sampah dan boleh tersenyum dengan puas tanpa pening kepala. yippie !!! plus, jimat jugak duit aku. dasar kedekut memang gitu.







THE END ! 
hehe.







p/s : aku tak bermaksud nak kedekut pun dengan adik-adik sendiri. aku cuma nak melatih diorang untuk tidak terlalu manja dan sentiasa dapat benda-benda yang best-best je. apa salahnya kalau diorang cuba belajar untuk sentiasa tak diberikan kemewahan dan kenikmatan je, dan aku nak ajar diorang untuk paham apa itu maksud 'kongsi' dan 'adil'. tak salah kan, betul tak ? hehehe !

Comments
2 Responses to “strategi tak berebut vitagen.”
  1. salam,

    kalau duk area Ampamg/kl boleh la order vitagen dr saya.
    murah je RM11.70/3pek (15 botol)

    hantar terus kat rumah/opis.

    qeishazara@gmail.com

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted