-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

review movie : Ra.One totally awesome 5 stars !

aku bukan peminat tegar citer Bollywood. kalau layan sikit-sikit tu boleh lah, tapi tak ada lah sampai tahap nak layan citer Bollywood kat wayang. tapi sebab kawan aku minat nak tengok citer tu, maka aku pun layankan saja. pada mulanya, memang merungut sikit lah sebab tak pernah aku tengok citer hindustan kat wayang gitu. lebih-lebih lagi bila aku tengok poster filem Ra.One yang agak common bagi aku. pergh, bab mengutuk nombor satu, LOL !


but im totally wrong ! filem Ra.One benar-benar mengubah tanggapan aku yang buruk pasal citer nie. mulanya aku ingat citer nie bosan dan meleret-leret dengan lagu apa jadah semua tu, tapi sumpah tak bosan langsung weh. dari awal sampai ke penghujung citer, aku tak rasa mengantuk langsung. lebih-lebih lagi tengok Shah Rukh Khan yang jadi G.One yang sangat hensem !


aku bagitau sinopsis cerita nie sikit okay. filem nie berkisar tentang Shekhar (shah rukh khan) yang bekerja dalam Barron Industries, dimana sebuah syarikat yang membuat permainan video yang menggunakan teknologi yang hebat. Shekhar nie dah kawin dengan Sonia (kareena kapoor) dan ada anak sorang, Prateek. Prateek sangat suka guna nama 'Lucifer' sebagai nama samaran kat mana-mana dia pergi. satu hari, masa majlis pelancaran permainan video tu, Prateek cuba main dan berlawan dengan Ra.One dalam komputer. Prateek sangat hebat dalam permainan tu dan buat Ra.One tersangatlah bengang. Ra.One berdendam dan nak buru pemain yang menggunakan id 'Lucifer' sampai dapat. fyi, Ra.One nie watak jahat nak mampos dalam citer nie. macam mana Ra.One tu nak buru 'Lucifer' a.k.a Prateek, saksikan di pawagam. teehee !


ada banyak nilai moral dalam citer nie, terutamanya pasal hubungan kekeluargaan. Shekhar nie orangnya naif dan bodoh-bodoh, tapi dia sangat sayangkan anaknye. masa Ra.One nak buru Prateek, dia sanggup korbankan dirinya. apa sebab Ra.One buru Prateek, anda kena tengok sendiri. bagi aku, hubungan kekeluargaan diorang tersangatlah sweet dan kelakar, tapi sebagai bapa, Shekhar bersabar dengan anaknya yang bajet hebat. haha !



gandingan SRK dan KK sebagai suami isteri dalam citer nie.


Prateek lakonan Armaan Verma yang kelakar tapi degil.



bukan setakat nilai moral yang banyak dalam citer nie, tapi penuh jugak dengan aksi bertarung yang mantap dan cool oleh watak G.One dan Ra.One. bagi aku, nie lah kali pertama dalam hidup aku tengok filem hindustan hebat gila dalam teknik penggunaan CGI. selama nie citer hindustan buat aksi guna komputer pun macam bodoh-bodoh je. kalau anda nak tau, inilah filem pertama kat India yang paling mahal dibuat setakat nie.


respon aku terhadap citer nie, boleh dikatakan aku gelak tak berhenti dari awal sampai ke hujung citer, tapi kat pertengahan citer tu macam sedih-sedih lah sebab tettttt. kalau anda nak tau sebab apa aku cakap tettttt, anda kena tengok sendiri di pawagam. hehe ! totally citer nie kelakar gila ! aku tak tau lah kalau memang aku sorang je rasa kelakar sebab sense humor aku cukup tinggi. tapi rasanya memang citer nie yang kelakar sebab seluruh panggung pun gelak kuat. masa tu, tempat duduk semua penuh. tak ada pun yang kosong ! tapi normal lah, majoriti yang datang tengok citer nie pun kaum India.


so apa lagi yang anda tunggu ? layan citer terbaik nie di pawagam sekarang, sumpah berbaloi-baloi ! kalau aku yang bukan penggemar citer hindustan pun boleh bagi 5 bintang kat citer nie, apatah lagi anda yang kipas susah mati Bollywood, ye tak. well, give it a go ! selamat menonton.




G.One, hensemmmmmm !





p/s : terima kasih awak, so sweet ! hehe.

Comments
2 Responses to “review movie : Ra.One totally awesome 5 stars !”
  1. haha...tapi banyak adegan yang celup la dalam filem ni...dia amek adegan2 filem lain masukkan dalam ra-one...tu pasal kutipan cam kurang memberansangkan kot....

  2. yeke kutipan kurang memberansangkan ? masa sye pegi tengok kat KLCC, punya la penuh semua seat dan sye tengok 3 barisan depan daripada skrin. dan yang depan2 skrin tu pun tak ada seat kosong.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted