-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

evolusi diri dunia kewanitaan ku !

anda suka mekap ? yes, kita serupa !

sebenarnya dari sekolah menengah, minat mekap aku nie dah ketara. tak silap aku masa aku Tingkatan 3, alahai tengah remaja remuji gitu. aku mula berbaik-baik dengan lipbalm ! mula-mula, mak aku belikan aku lipbalm jenama Nivea sebab tengok aku macam ada masalah bibir kering. memang rimas dan lemas masa mula-mula belajar pakai lipbalm. rasa macam sapu minyak masak kat bibir ! (0_o)




# 1  Lip Balm Nivea Cherry !


asalnya daripada belajar pakai lipbalm je, akhirnya aku dah semakin suka dengan mekap. bila dah mula berusia 16 tahun, aku dah pandai kacau lipstik kakak aku. bedal la dia punya sikit untuk calit kat bibir lepas tu berangan macam artis tengah menyanyi kat depan cermin. terasa macam bibir marilyn monroe selagi tak kena kutuk kaw-kaw oleh seseorang.







# 2  Compact Powder Essential Pure Johnson's 

lepas tu dah mula pandai belek-belek bedak padat a.k.a compact powder ! kalau masa berumur 16 tahun, compact powder nie antara barang yang mahal lah untuk dimiliki oleh budak sekolah dan restock yang sepatutnya tiada sebarang masalah. kalau tak silap aku lah, rata-rata compact powder yang aku pakai dulu dalam RM16 lah lebih kurang. biasa lah hormon tengah nak naik, so honestly compact powder adalah benda wajib dan penting dalam hidup aku masa tu.


pagi-pagi sebelum pegi sekolah, tepek lah rata-rata compact powder nie kat muka. lepas tu nak pegi prep petang pun tepek jugak. lepas tu lepas habis solat maghrib berjemaah, tepek jugak sebelum nak pegi prep malam. lepas tu, lepas tu, lepas tu..three !


ini lah brand compact powder yang aku pakai dolu-doluuuu.





# 3  Pencuci Muka Safi Balqis

disebabkan majoriti adik beradik aku perempuan, maka mak abah sangat menitikberatkan soal kecantikan dan kebersihan anak-anak dia. sampaikan pencuci muka pun mak aku alert ! masa aku berumur 16 tahun, mak aku dah perkenalkan aku dengan produk pencuci muka Safi Balqis nie. pada mulanya memang aku berkeras tolak sebab aku rasa bab-bab jaga kecantikan nie tak penting. LOL, kan ?


then, satu masa lepas aku balik camping rumah sukan, muka aku kena kaw-kaw masalah jerawat dan sunburned. memang scary gila kalau anda tengok muka aku masa tu. jadi, akhirnya aku telefon mak aku dan cakap kat dia yang aku nak cuba pakai produk Safi Balqis tu. alhamdulillah, hasilnya memang terbaik dari ladang ! muka aku terus baik daripada masalah jerawat, dan yang bestnya, kulit muka jadi makin cerah pulak.


sampai lah ke harini aku masih setia pakai produk Safi Balqis dan tak pernah berani nak cuba-cuba produk yang lain, serius ! paling terbaik kalau layan Safi Balqis Perfect 10 yang ada kawalan minyak tu. berbaloi-baloi weh. yang lelaki pun tak salah tak berdosa nak pakai Safi Balqis. asal kena dengan kulit, jalannnnn ~








# 4 Krim Kecantikan Safi Balqis

haaa..yang paling aku ingat, produk nie lah. krim kecantikan Safi Balqis, perghhh waklu kecik-kecik dah pandai pakai krimmmm ! produk nie mak aku lah insan yang rajin mengesyor. aku mula pakai sejak akhir tahun 2006. minat aku mula nak pakai benda alah nie sejak aku nampak kesan terbaik masa aku pakai pencuci muka Safi Balqis yang berpenutup warna biru tu. so, aku rasa macam agak yakin lah jugak nak layan krim dia. tu yang aku bedal tuuuu.

ooppps ! yang nie Safi Balqis Perfect 10. masa zaman tahun 2006 tu Perfect 10 nie tak keluar lagi. berbalik pada citer asal, aku mula amalkan pakai krim kecantikan bila dah nak masuk tido je. sapu dan calit sikit-sikit ke seluruh wajah lepas tu berdengkur kat katil sampai subuh. tak ada lah terlalu tebal pun, boleh lah sekadar kita buat ala-ala masker gitu.


kemudian, bangun pagi terus tengok cermin terasa macam magika sungguh sebab tak ada secalit sikit pun krim kecantikan tu kat kulit muka. hati pun mula tertanya-tanya, "adakah krim tersebut telah diserap masuk ke kulit..atau ?". bila aku siap mandi balik dorm dan tertoleh pulak kat sarung bantal perghhhh tu diaaaa berbirat-birat kesan krim kecantikan tu. jenuh lah den nak basuh oi ~






fuhhhhhhh ~


ini lah 4 benda yang penting dalam evolusi dunia kewanitaan dalam hidup aku. aku bermula dengan pemakaian lipbalm untuk solekan dan bagi penjagaan muka pulak, aku bermula dengan facial cleanser Safi Balqis. bila umur semakin menginjak dewasa, aku mula pandai touch up muka dengan maskara lah blusher lah eyeliner lah dan sebagainya. hingga ke hari nie minat aku semakin ketara dalam bidang mekap artis dan akhirnya aku tau apa yang perlu untuk muka aku. yeahhh !


kepada adik-adik yang masih baru nak mengenal apa pentingnya menjaga kecantikan diri, mula lah daripada bawah dan ZERO. jangan lah gelojoh sangat. sekiranya adik tension dengan kulit muka yang berjerawat, jangan berani-berani mencuba sebarang produk. tanyak mak atau kakak adik dulu, lepas tu berunding dengan pakar farmasi. mesti diorang tau produk yang sesuai untuk usia adik.  kalau dah letak krim kecantikan satu malam, jangan pulak mengharap esoknya dah terus nampak kesan. bersabar dan jangan putus asa ye !






p/s : pesanan jugak kepada adik bongsu aku yang suka mengacau barang kosmetik aku. damn ! kau beli   sendiri boleh tak ??














Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted