-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

dua jenis perfume penting dalam hidup aku.

ada yang bertanya di Facebook rasmi aku tentang jenis perfume yang aku pakai. terima kasih kak shida kerana sudi bertanya. bagi penggemar minyak wangi yang tegar seperti aku nie, agak susah sebenarnya aku nak jawab soalan tu. haha, dasar tamak.


jangan tunjuk minyak wangi kepunyaan anda yang best-best depan aku, sebab nanti aku akan gila ! haha hiperbola sungguh ayat. ya, aku akan gila sebab bagi lah perfume brand yang best-best, sure aku akan teruja tak ingat dunia. kelemahan aku bila pegi shopping ialah apabila lalu depan kedai minyak wangi dan kedai kosmetik. dua jenis kedai nie memang wajib untuk aku singgah.


untuk koleksi minyak wangi, aku cukup suka singgah kat kedai minyak wangi Perfume Avenue. tak sah kalau aku tak singgah kiosk nie untuk amik bau dan kalau poket tengah tebal, beli lah sekati dua. haha okay itu tipu. aku suka singgah kiosk Perfume Avenue sebab kat situ boleh dapat pelbagai jenis bau apa yang aku nak. kalau aku nak cuba bau minyak wangi original daripada Britney Spears ke Taylor Swift ke Paris Hilton ke Avril Lavigne ke..semua ada. cuma kekadang kena tunggu stok sampai baru lah boleh amik bau-bau wangi kat situ. kalau hati berkenan, just grab it all !


selain daripada Perfume Avenue, kekadang aku rajin jugak singgah bahagian minyak wangi kat dalam Jusco Aeon tu. harga kat dalam tu boleh tahan mahal kaw-kaw. kalau boleh, mau jugak kena sediakan RM300 untuk beli perfume semata. tapi aku tak ada segila tu nak layan sampai RM300. kalau singgah bahagian situ, antara yang wajib kaunter yang aku singgah ialah kaunter perfume jenama Escada dan DKNY. dua jenama nie memang kegilaan aku sepanjang hayat !


ceh bukan main meleret aku bebel. okay, back to the main point ! haha. kebiasaannya, perfume yang aku pakai hari-hari ada dua jenis je yang aku rajin layan. pemakaian perfume nie bergantung jugak pada mood dan majlis yang aku pegi tu. kalau nak pegi kuliah, aku suka pakai perfume yang bau lembut sikit. kalau nak keluar, aku suka pakai perfume yang berbau segar dan sebagainya.





#1  BE DELICIOUS by DKNY

Be Delicious by DKNY

ini merupakan jenis perfume yang aku pakai tiap-tiap hari terutamanya kalau aku nak pergi kuliah. errr..kecuali hari weekend lah ! bagi aku perfume nie sangat lembut baunya tapi dalam masa yang sama, quite fresh and cozy too. bau dia boleh tahan dari pagi sampai ke petang. even aku basuh baju pun bau dia masih melekat sikit-sikit. bila pakai perfume nie setiap pagi, aku rasa sangat bertenaga nak pergi kelas. kiranya macam ada feel laaaa. stok pakai perfume nie mau tahan sampai berbulan-bulan, i guess dalam 4 bulan la kot. hehe !







# 2  TROPICAL PUNCH by ESCADA


okay ini pulak perfume kedua yang aku pakai selalu. tapi aku sayang sangat pakai perfume nie sebab stok dia susah nak dapat. so kalau aku pakai pun macam jimat-jimat, haha kelakar kan ? pakai perfume Escada nie bukan setakat jimat, malah pakai sikit bau dah semerbak. kira macam puas hati dan berbaloi lah kalau pakai perfume jenis nie. bau dia sangat sangat sangat segar dan buat aku rasa nyaman sepanjang hari. serious, tak tipu ! wangi, segar, elegan..semuanya seribu rasa bila pakai perfume nie. sebab tu aku sayang sangat nak pakai, takut stok cepat habis. haha !


untuk Escada Tropical Punch nie, aku suka pakai untuk waktu-waktu tertentu je. selalunya aku pakai kalau nak hang out dengan member-member, partner, family dan sebagainya. kiranya macam functions yang penting je lah. untuk sekadar bersuka-suki, perfume nie bukan pilihan utama aku. contohnya, kalau nak pergi ke majlis hari jadi kawan aku, maka aku akan pakai perfume nie dan akan pastikan baunya kekal lama.





antara sebab kenapa aku cukup gila dengan minyak wangi ialah..

# bagi aku semangat dan mood yang baik untuk mulakan hari-hari yang penting.

# bagi keyakinan diri bila bersosial dengan orang lain dan rasa senang hati je !

# memang minat dengan bidang minyak wangi.

# bau-bau yang boleh bantu aku hilang stress.





jadi, penting kan minyak wangi dalam hidup kita ? cewah, tu ayat dia tak nak kalah tu. minyak wangi sangat penting ye adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, nenek-nenek, atuk-atuk..terutamanya untuk penampilan kita. kalau rasa tak berbaloi beli minyak wangi mahal-mahal, boleh je beli pati minyak wangi yang sekarang nie ramai orang dah jual kat pasaran. contohnya, One Drop Perfume, Secret Essence dan banyak lagi ! tak susah pun nak dapat minyak wangi yang murah dan puas hati kalau pakai sekarang. biar lah melayang duit sikit, asalkan kita berbau wangi dan segar sepanjang hari. untuk kebaikan penampilan diri kita jugak, ye tak ? hehe !








Comments
5 Responses to “dua jenis perfume penting dalam hidup aku.”
  1. Terima kasih banyak atas infonya gan.
    Lumayan nambah elmu.

    Gema Parfum
    Jenis parfum yang wangi.


    ----------------

  2. Terima kasih banyak atas infonya gan.
    Lumayan nambah elmu.

    Gema Parfum
    Jenis parfum yang wangi.


    ----------------

  3. Nice post.
    Thanks..........


    Escada Parfum.

    ----------

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted