-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

bukan senang macam makan kacang weh.

bukan senang nak jadi pemimpin. bukan mudah nak pegang tanggungjawab yang diamanahkan. lagi tinggi pangkat anda, lagi besar tanggungjawab dan lagi banyak risiko yang anda akan hadapi. bila dok cakap pasal tanggungjawab nie, anda mesti terpikir kat orang-orang yang gila kuasa dan pangkat ye tak. contohnya, masa zaman sekolah aku dulu, orang-orang yang bajet nak pegang jawatan tinggi dipanggil GIPANG. ahaha ! memang kelakar bila aku ingat balik. GIPANG singkatan kepada gila pangkat.


kalau zaman sekolah, kalau pandang orang-orang yang ada jawatan besar nie memang timbul rasa kagum dan diri. macam-macam pujian kita bagi kat orang-orang camtu. "untunglahhh badan..", "wah, berkarismanya dia !", "seronoknyer lah jadi macam dia, semua orang hormat", "serious aku jeles tengok dia, serious !!". hmmm..macam-macam la yang akan timbul dalam fikiran kita. kalau pemimpin tu jenis stok yang hensem lawa dada bidang putih melepak body hot, lagi laaaa bertambah-tambah besar kagum dalam hati bila tengok diorang.


ye, memang la seronok pegang jawatan tinggi-tinggi then orang hormat tapi ada ke pernah terpikir risiko dan impak buruknyer bila sikit je anda tersilap langkah ? to be honest, jadi pemimpin bukan senang. kalau anda tak ikhlas jadi pemimpin semata-mata kerana harta, mana mungkin orang sekeliling juga nak hormat anda secara ikhlas ye tak ? jadi lah pemimpin yang diamanahkan, bukan jadi pemimpin yang anda paksa orang amanahkan kepada anda. eh anda paham tak ayat nie ha ? haha !



bila nak jadi pemimpin mestilah...


1) jangan jadi pengecut. 
apa-apa risiko jangan lari dulu kasi anak buah berdepan dengan risiko tu sorang-sorang. aku paling benci dengan jenis ketua macam nie. bila ada masalah reti mengarah orang settle masalah tu je keje dia. dia haram nak tolong selesai masalah tu.


2) caring dengan anak buah
lantak lah orang nak kata anda nie mesra dengan orang pun sebab nak dapat nama. lantak la orang nak kata anda tak ikhlas, janji niatnyer anda sorang je tau. so tak payah nak risau. kebajikan dan keadaan anak buah yang penting, itu saja.


3) jangan nak jadi kuku besi sangat lah !
nie antara ciri-ciri pemimpin yang paling aku benci. suka sangat bersifat diktator tak bertempat. heh ! memang ada masanya jadi kuku besi itu penting, tapi jangan la tak beragak-agak. pemimpin kuku besi ni selalunyer hidup dibenci orang tapi yang baiknya, pemimpin jenis nie tetap pendirian dan BERANI !



4) wajib jadi seorang yang berhati kering.
untuk perkara nie aku memang selalu failed. LOL ! aku nie hati jenis mudah kesian dengan orang. bila aku tegur kesilapan dia tapi dia menangis, dah sudahhhhh mula la aku lemah hati. bila aku dengar dia mengeluh penat letih apa jadah, aku pun mula la kesian dan suruh dia berehat. memang sepatutnya dalam agama Islam, kena jadi pemimpin yang bertimbang rasa dan tak kejam. kita kena jadi hati kering untuk waktu-waktu tertentu saja. bila bertugas, kena jadi tegas. lantak la kalau dia kawan baik anda sendiri pun tapi kalau dia ada buat salah, anda jangan menyebelahinya sorang. be profesional !







ada ke pemimpin yang semua orang suka dan sayang eh ? aku rasa susah la sekarang nak jumpa pemimpin yang memang totally 100% anak buah dia sayang. paling koman mesti ada tiga empat ketul yang dok tak puas hati lepas tu kutuk-kutuk belakang. lagi pun dah lumrah hidup la kan, susah nak puaskan hati semua orang sebab semua orang berbeza citarasa, ye tak ?


aku nie jenis lemah hati sikit. jenis yang tak sampai hati nak tinggi suara marah-marah orang. jenis yang tak suka panjangkan cerita meleret. sebab tu aku lebih selesa kalau diamkan diri je dulu dan bila dah tiba masa yang sesuai, baru aku bersuara. dalam menjalankan tanggungjawab, memang persahabatan tu ada batasnya. tak kira la dia tu member baik sekalipun, kita sebagai pemimpin kena amanah dan jujur dengan tanggungjawab kita sekiranya keadaan benar-benar memerlukan kita jadi camtu. bukan senang nak galas tanggungjawab sebagai pemimpin, bukan senang macam kau makan kacang weh ! cuba la jadi pemimpin yang adil dan berpihak dengan kebenaran okay. bye !












Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted