-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

bagi naik seri muka, bukan naik seri tepung gomak.

okay terus pada apa yang aku nak fokus, be honest !


benda-benda solekan nie amat penting kepada wanita, terutamanya. aku tak bermaksud semua wanita kena jadi FAKE dengan solekan. dan ada juga yang akan kata 'oh tidakkkk, aku harus pakai lipstik setiap masa !'. apa yang aku cuba maksudkan ialah wanita kena peka dengan hal-hal kecantikan diri. aku sangat tak suka tengok wanita yang muka sembab dan tak berseri dengan sengaja dan alasannya ialah MALAS. apa lah salahnya, calit lah sikit lipbalm ke bedak ke maskara ke bagi muka tu ada seri sikit. baru lah orang nak pandang pun ada jugak selera nak makan nasi campur. LOL


bukan nak paksa wanita harus pakai mekap tebal-tebal setiap kali nak pegi mana-mana pun. tidak ! bagi aku, sangat kelakar bila tengok ada wanita yang pakai mekap tebal tak terkawal dan sampai satu tahap sebijik dah macam tepung gomak. kenapa mesti anda nak pakai mekap tebal sangat ? tak perluuuu ! pakai lah mekap sekadar untuk menaikkan seri muka je dan menjadikan muka anda nampak 'mahal'. kalau rasa mata sepet, naikkan seri mata dengan pakai celak yang tak keterlaluan. kalau rasa bibir tak berapa nak segar, naikkan seri bibir dengan pakai lipstik berwarna lembut dan glowing. tak susah, mudah je kan ?  tak perlu sampai nak berusaha gigih sangat dok tenyeh blusher sampai merah menyala macam opera cina. kan cantik semulajadi itu lagi bagus. katakan YA kepada cantik semula jadi !


sebagai contoh, kita boleh tengok personaliti artis-artis antarabangsa di Hollywood. kekadang aku tengok diorang masa berlakon dalam filem, tak ada pun mekap tebal-tebal. cukup sekadar naik seri dan nampak cantik secara natural. bukan lah aku nak puji melambung sangat artis-artis barat, tapi ianya hakikat ! walaupun dalam babak bersama keluarga di rumah santai-santai, tak ada pun mekap tebal macam hapa. tapi kalau citer orang kita, mak aihhhhh nak masuk tido atas katil pun mekap tebal ala-ala Lady Gaga. sakit mata aku tengok wehhhh.


jangan cuba pertikaikan soal kulit putih mereka tak sama macam kulit orang Asia. bagi aku tak ada beza apa benda pun. kalau anda nak pertikaikan soal itu, sebelum tu pertikaikan dulu kenapa industri hiburan kita nak terikut sangat dengan industri hiburan orang indonesia ? kita memang nak sangat ikut sangat cara mekap tebal diorang tu ke ? well think about it people.



Keira Knightley, awek cun dalam filem siri Pirates of the Carribean.
pegi majlis formal pun pakai mekap simple sekadar untuk naik seri muka.



Hilary Duff a.k.a Lizzie Mcguire.
aku rasa sepanjang aku tengok dia berlakon dan menyanyi dari kecik sampai ke besar, tak pernah aku tengok mekap dia tebal kaw-kaw.



Kirsten Dunst, heroin Spiderman.
walaupun dia ada masalah mata sepet dan bibir nipis but still, dia 'sayang' muka dia !




sapa tak kenal Megan Fox, memang lolwut ! naturalnya dia.
aku rasa dia kalau berlakon selalu main tang bibir je kalau nak mekap sangat.
tak ada pun perlu pakai celak sampai tenggelam bijik mata.



i adore her, Rosie Huntington Whitely heroin baru Transformers.
see, walaupun dia supermodel tapi tak perlu pun mekap macam opera cina masa berlakon.
serious, dia cantik sangat-sangat okay ! 





bukan lah nak mengata, nak menjatuhkan pun bukan. cuma sekadar nak buat sedikit teguran lah buat artis-artis wanita tanah air kita. kalau masa berlakon, tak payah lah melampau sangat mekap tu. kekadang tu boleh buat penonton jadi sakit mata nak menengoknya. contohnya, kalau babak nak masuk tido ke bilik, perlu ke mekap tebal sampai celak hitam nak mampos ? tu yang kekadang aku jadi malas nak layan citer melayu sangat. faktor macam nie lah buat aku rasa macam menyampah. mekap terlalu over dan tak sesuai dengan babak !


kekadang timbul jugak rasa kesian dalam hati aku. terasa macam diorang nie mangsa fesyen dan solekan pulak. ada satu citer dulu tu aku tak berapa ingat tajuk dia, hero dia mekap perghhhh ! aku rasa sikit lagi macam nak jadi pondan lembut dah. kot ye pun nak kasi kesan dramatik kaw-kaw, jangan lah sampai bibir pelakon lelaki tu dicalit lipstik merah sangat. tu belum tengok lagi mekap heroin diaaaaaaaaa.


aku rasa krew solekan kena bagi perhatian sikit lah bab-bab gini. rasa macam pelakon kena sabotaj pun ada weh ! kalau sebab alasan kamera setting tak berapa nak hebat, so what are you waiting for ? ini lah masanya kita nak buat usaha untuk kemajuan teknologi dalam industri hiburan kita. contoh terbaik macam KRU Studio. jangan asyik nak harap sangat kat teknik solekan yang kononnya boleh menipu mata para penonton ?


aihhh bising pulak mulut aku malam nie banyak mengomen. maaf lah ye, sekadar nak meluahkan apa yang aku rasa harus dibagi perhatian yang lebih. tadi tengok rancangan tv nie, tu yang rasa macam nak buat entri nie kahkahkah !! enthusiasm yang tinggi. kalau aku tengok masalah benda-benda nie pun dah sakit mata, apatah lagi kalau satu Malaysia nie tengok benda yang sama. agak-agak anda pun sakit mata jugak tak ?

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted