-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

sakitnya mata ikan ! mata lain tak sakit pulak ?

seksa gila mulut tau tak. selama seminggu nak makan minum pun tak selesa. kalau makanan tawar a.k.a ala-ala sup dan minuman sejuk, okay la jugak nak masuk mulut. tapi bila nak makan makanan pedas dan minum air panas, uihhhhhhhhhhhhhh sakitnya tu rasa macam nak gigit telinga orang sampai putus dua, tahu ?




ni la namanya ulser mulut ! atau orang kampung panggil, 'Mata Ikan'.



sebenarnya bila google image tadi banyak betol keluar gambar ulser mulut nie. macam-macam bentuk ada, pening kepala dibuatnya bila tengok weh ! tapi aku tabahkan hati jugak nak pilih gambar yang tak keterlaluan. kalau pembaca blog nak baca entri aku pun at least tak adalah rasa nak loya tekak ye tak.


rasanya memang semua orang pernah la rasa ada benda alah nie. sekali bila dah kena, aduyai memang perit nak makan minum. kekadang kalau aku kena ulser mulut, selalu tergigit dengan gigi weh. sakit peritnya bukan kepalang, aku tahan sakit benda alah tu sampai hentak-hentak kaki kat lantai.


minggu lepas aku kena ulser mulut nie. masa raya pulak tu ! memang terasa menyesal la kena ulser mulut masa raya, sebab nak melantak pun tak lalu weh. boleh dikira sederhana besar jugak la saiznya. lepas tu, masa aku pegi beraya rumah kawan-kawan, biasa lah kalau tak borak besar memang tak sah ye tak. masa tiba turn aku nak citer lebat, tetiba je tergigit kuat ulser mulut tu. sakitnya perghhhhhhhhhhhhhh.....tak terkata !


bila aku tergigit tu, automatik pejam mata sambil kaki hentak-hentak lantai tahan sakit sampaikan member aku tu tanya, "woi kau ni apehal macam orang gila nie ?!". aku dapat rasa ada sesuatu cecair suam-suam kuku mengalir kat ulser mulut tempat tergigit tu. gosh, nie mesti berdarah banyak nie ! dan tekaan aku memang tepat bila tengok ulser mulut tu kat cermin.



kemungkinan memang banyak punca ulser mulut nie berlaku. apa yang aku tau, ada beberapa sebab ulser mulut nie. berdasarkan pengalaman aku la, ulser mulut berlaku bila aku..

1) tergigit kuat dinding mulut secara tak sengaja terutamanya masa mengunyah. uihhhh, bila dah tergigit tu memang sakit !

2) terkena tulang ikan yang tersangkut kat dinding mulut. apa salah tulang ikan tu ye tak ? hahaha

3) musim cuaca panas, dehydrated. kalau kurang minum air, memang selalu kena ulser mulut nie weh.

4) kurang vitamin c. contohnya, buah-buahan. dulu memang aku kurang suka makan buah. tapi bila dah besar nie, tetiba rajin pulak beli buah-buahan kat mydin. yelah, kononnya nak jaga diet la kan. well, typical woman.



masa kecik-kecik dulu, aku selalu mengadu kat mak atau nenek bila kena ulser mulut. dan, ianya akan selalu jadi alasan utama untuk ponteng sekolah agama dulu-dulu tu. memang aku budak nakal, dulu kemain malas betol nak pegi sekolah sesi petang. asal ada peluang terkena ulser mulut, sure ponteng tak mau pegi. bila dah kena ulser mulut dan tunjuk kat mak dengan muka yang cukup kesian, mak pun tak sampai hati nak paksa pegi sekolah petang. yieahooo !!


selalunya mak memang bagi dua benda nie untuk sembuhkan ulser mulut aku. masa kecik-kecik dulu, ada tak mak anda suruh anda pakai inai atau gel jenama bonjela bila anda kena ulser mulut ? nostalgia betol teringat masa dulu-dulu mak sapukan inai kat dalam mulut. hahahaha

serbuk inai.



ubat gigi, eh silap. gel bonjela !



kalau dulu, memang mak aku la orang yang rajin dok sapu serbuk inai kat ulser mulut anak-anak dia. mujarab jugak rupanya inai nie kalau diletak kat atas ulser mulut. dalam sehari dua, baik dah benda alah tu. tapi leceh la sikit sebab ianya serbuk so kena la sapu elok-elok kasi jangan berterabur. tapi la nie, kalau aku kena ulser mulut, memang haram takkan sapu serbuk inai lagi dah. sebab MALAS NAK MAMPOS. hahahaha


tapi orang sekarang dah senang, beli je gel bonjela tu ha sebab senang je nak sapu gel bonjela tu kat ulser mulut. siap boleh jilat-jilat lagi sisa gel tu kat jari, muahahaha. gel bonjela nie pun bagus jugak, cepat sembuh. gel bonjela dan serbuk inai tu dua benda yang cukup berbeza ye tak. sebenarnya lebih bagus letak serbuk inai tu sebab ianya originally tak ada bahan kimia. tapi bila pikir tang leceh tak leceh tu, errr..pilih guna gel bonjela je lah eh !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted