-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rahsia Kini Bukan Rahsia, macam mana ?

rahsia dah bukan jadi rahsia ?


hahaha. alahai, selalunya memang macam tu la yang berlaku dalam komuniti masyarakat kita sekarang nie ye tak. kekadang sampai satu tahap bila kita nak kongsi rahsia kat orang yang kita percaya pun dah jadi ragu-ragu. "eh nak kongsi ke tak nie, nak kongsi ke tak nie ha ?", tulah yang selalu bermain kat kepala otak kalau kita ragu-ragu. tapi kekadang kita nie selalunya akan kongsi rahsia bila kita rasa kita perlu bagitahu kat orang lain, ataupun kita rasa terlebih excited dan TERUJA so thats why la nak jugak citer kat orang lain ye tak ? trololololololo



Peta Minda 'Rahsia Kini Bukan Rahsia'. hahahaha comel tak agak-agak ?



tu dia mind map yang aku lukis. aku rasa mind map tu ada la jugak berkait dengan benda alah nie. entah lah weh main taram je lukis tu, maklum la dah malas nak melukis sekarang. aku bagi nama kat mind map tu 'Rahsia Kini Bukan Rahsia'. hahaha kalau tengok memang comel sebab banyak pulak bulat-bulat warna warni tu siap ada anak panah pendek-pendek ye tak. tapi cuba anda tengok dan hayati betul-betul apa sebenarnya yang nak disampaikan dalam mind map yang kekononnya ala-ala dalam subjek biologi la tu ?


bila orang A dok teruja excited terlebih aksi, orang A pun dengan senang hatinya menceritakan rahsia dia kat orang B. orang B pun tekun la dok dengar dengan mulut terlopong mata terbeliak kepala angguk banyak kali. then lepas tu diakhir perkongsian rahsia tu, orang A mesti ada pesan macam nie kat orang B, "weh, kau simpan tau rahsia nie. kau jangan citer kat orang okay ?". orang B pun angguk-angguk yakin yang dia memang boleh simpan rahsia tu gila-gila simpan punya lah.


selang dua tiga hari, orang B tak tahan nak simpan rahsia sebab dia pun terikut excited teruja macam orang A masa hari sebelumnya tu. dah dua tiga malam orang B dok merenung syiling memikirkan rahsia yang dia simpan. satu masa, sedang berjalan-jalan terjumpa la pulak kawan lama, orang C. citer punya citer terkeluarlah la pulak citer pasal rahsia yang orang A kongsi. tak sengaja tercerita, katanya lah. orang C pun angguk-angguk kepala dengan mata terbeliak sebab ikut teruja macam orang B masa tu. then orang B pun pesan benda yang sama, "weh kau ingat tau, kau jangan citer benda alah nie kat sapa-sapa. OKAY ???". orang C pun jawab, "OKAY ! OKAY ! aku janji tak citer kat sapa-sapa !". hahahaha !


alih-alih, orang C pun mengalami benda yang sama dan dok citer lah rahsia tu kat orang D. orang D pun citer kat orang E dan seterusnya seterusnya ! see, perasan tak alih-alih rahsia tu dah cepat tersebar kat semua orang yang tak ada kene mengena dengan rahsia orang A tadi ? tak pepasal entah sapa-sapa dok tau pasal rahsia orang A, padahal diorang semua bukan kenal pun orang A tu sapa. lepas tu, daripada tak kenal orang A, terus kenal dan seterusnya jadi buah mulut semua orang.


bila dah tiba masanya, tetiba orang A terdapat tau yang rahsia dia kini dah tersebar kat semua orang termasuklah kat orang yang entah sapa even tak pernah kenal orang A pun. then orang A pun mengamuk macam hantu bila dapat tau rahsia dia dah tersebar. jadi, agaknya orang A nak salahkan sapa ?


memang itu lumrah la dalam hidup. ada jenis orang yang memang mulut tempayan tak boleh langsung simpan rahsia orang lain kat dia. beriya je janji kata yang dia boleh simpan rahsia dan takkan pecahkan rahsia tu, padahal sebenarnya dia... ! pantang dapat tau sesuatu, mula lah dia bukak warung kopi kat semua orang. agaknya orang jenis macam nie kena stapler sampai 1500 kali baru boleh tutup. kot lah kan ? tak pun kita campak je orang jenis macam tu ke dalam gaung. haha !


jadi anda rasa la kan, salah orang mana sebenarnya yang buat benda macam nie berlaku ? orang B ke ? orang C ke ? atau mungkin orang G ? think it by yourself and conclude.





oh by the way, layan kejap iklan ubat nyamuk zaman retro bila entah yang hampeh sengal nie...





tetiba rasa nak share pulak video iklan ubat nyamuk dari Youtube nie. aku rasa producer iklan ubat nyamuk nie memang terbaik habis lah. walaupun pada zaman tu teknologi tak berapa nak canggih, tapi iklan dia tetap mantap ! iklan ubat nyamuk sekarang canggih manggih siap gambarkan sekali nyamuk sedang berterbangan menyerang manusia. tapi dalam iklan ubat nyamuk sengal nie, aku tak berapa sure la sama ada betul-betul ada nyamuk ke tak masa diorang semangat nak mampos siap terlompat-lompat dan menari macam tu . hahaha  lawak la weh !


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted