-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

kenangan bermakna aidilfitri 2011.

hari raya dah nak habis baru aku nak update entri pasal raya. maaf lah ye, akuterlambat nak update sebab MALAS, walaupun mak aku dah selalu sangat membebel, "anak-anakku sayang, jangan jadi manusia yang pemalas !". wah, tetiba pulak rindu mak bapak kat kampung. damn, ni yang rasa nak homesick kaw-kaw nie. sob sob sob


okay back to the story, aku nak kongsi beberapa gambar sempena kemuliaan bulan Syawal nie. alhamdulillah, Allah swt murahkan rezeki untuk dapat merasa barakah bulan Ramadan dan bulan Syawal lagi kali nie. jom kita sentiasa berdoa semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk dapat berjumpa lagi bulan Ramadan dan bulan Syawal pada masa akan datang. amin !


raya kali nie memang meriah la bagi aku. tak ada beza kemeriahannya dengan raya-raya sebelum nie. tapi satu benda je yang aku rasa memang cukup berbeza, keseronokkan berhari raya secara individu yang aku rasakan. kalau dulu memang tak sabar nak tiba hari raya sebab pikir dapat banyak duit raya, main mercun, pakai lawa-lawa mengalahkan mak datin dan sebagainya.



hoooreyyy ! masa nie keluarga ciklik tak ada sebab diorang beraya di Negeri Sembilan pulak.


bersama keluarga besar Wak Mah, kakak kepada abah. meriah kan ? tiap kali raya diorang memang wajib datang rumah siap berkonvoi tiga empat kereta. 



abah memberikan ucapan masa sesi ucapan raya keluarga. sebak gitu !


berdoa agar mereka berdua dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. insyaallah, sayang mak abah !


semasa bersalaman raya dengan mak abah. 

masa nie tau tak si nazif nie cakap apa kat aku ? "kakkin, selamat hari raya. err..duit raya bagi berapa ?".  damn, tau la raya kali nie aku sengkek sikit.



bila semakin dewasa, aku hanya suka bersederhana saja. baju raya pun biasa-biasa je, cukup la sekadar nak bergaya sekejap. tak ada dah istilah kasut raya, sebab dah tak kisah pun. guna je kasut apa yang ada. mekap pun mekap sekadar yang aku belajar. dah tak kacau lagi barangan mekap mak sebab aku pun dah ada barangan mekap sendiri. nak berjalan raya dengan kawan-kawan pun jadi malas sebab suka dok kat rumah je layan sanak-saudara. dan yang paling obvious, dah mula bagi duit raya kat adik-adik dan sepupu yang masih belajar. kalau satu kepala aku bagi RM5, bayangkan lah kalau aku ada 9 orang budak yang kena bagi. wah memang sengkek gilaaaaaaaaaaaaaa !





potret raya keluarga tahun 2011 !

kali nie bersama arif pulak ! haha



kalau anda nak tau, kitaorang sekeluarga tak pernah berpakat pakai baju warna sama ke tema sama ke corak sama ke..tak pernah pun. kitaorang suka amik tema bebas, terpulang ikut suka masing-masing. dulu mak abah pernah jugak suruh amik tema warna dan corak yang sama. tapi bila memasing dah semakin besar, anak-anak jadi malu sendiri pulak pakai baju semua corak dan warna sama. jadi, lebih senang memasing bebas ikut suka pilih baju raya memasing. kekadang buat aku rasa senang jugak sebab boleh pilih baju raya siap jenis apa pun kat kedai baju.


tapi kekadang mak bising jugak suruh pakai tema yang sama. contohnya, tema raya kali nie mak suruh pakai baju bertemakan batik. then dia dah siap awal-awal beli kain baju batik terengganu dan terus hantar ke tukang jahit baju tanpa pengetahuan aku. mungkin ianya sebab MAK, maka aku dengan senang hatinyer menerima apa je yang mak aku bagi. hehehehe !



cukup suka bila tengok gambar mak abah yang nie.


memang dah jadi adat kampung, hari raya pertama wajib ada baraan lelaki. bagi yang tak tau, baraan lelaki nie merupakan perkataan bahasa jawa yang bermaksud raya beramai-ramai. seluruh rumah yang menghantar wakil tuan rumah kena join gerakan baraan nie. kalau rumah tu tak hantar wakil, then baraan takkan naik la rumah dia. selalunya rumah yang dinaiki baraan nie menyediakan makanan terpulang ikut suka tuan rumah la. macam-macam ada ! ada rumah yang hidang satay, rendang tok. buah-buahan. mee rebus, bihun tomyam dan banyak lagi lah. sebab itu orang-orang yang join baraan nie totally akan kenyang dan buncit perut sampai tak larat nak jalan dah. hahaha


kat kampung aku, benda tu dipanggil 'baraan'. tapi sebenarnya benda tu banyak nama, ikut tempat masing-masing lah. ada kampung panggil benda tu 'marhaban', ada jugak yang panggil 'jemaah raya'. semuanya betul, tak ada yang salah sebab konsep benda tu sebenarnya masih sama.


raya pertama, baraan lelaki naik rumah aku. rumah aku hidang makanan biasa-biasa je. tapi cukup lah untuk semua orang dapat makan. raya ketiga pulak baraan perempuan. untuk baraan lelaki, keluarga aku hidang satay sebagai makanan utama tetamu dan untuk baraan perempuan pun masih hidang satay. hehe !



baraan lelaki sampai melimpah ke luar kawasan rumah.


membaca doa dan selawat apabila menaiki rumah yang dilawat.


salah satu geng baraan yang sempoi dan kecoh ! haha jangan marah eh anak kak leha, anda kelihatan comel disitu. 


makanan yang terhidang buat tetamu, mari jemput makan semua !



untuk baraan jugak.



jangan la terkejut sebab cupcakes nie buruk bebenor. 



sekadar mau berkongsi dengan anda yang terkejut bila tengok gambar cupcakes tu, jangan la terkejut sangat sebab memang rupa cupcakes tu teruk betol. haha ! masa malam raya tu, aku, kaktah dan nazif dok tekun menghias topping cupcakase tu. pergh, memang tak ada rupa cupcakes langsung. tapi tak sangka even rupanya teruk, habis pulak tetamu yang datang makan. kitaorang buat 26 cupcakes kesemuanya, dan hari raya kedua dah habis. pelik tak ? hahaha memang pelik i tell u !


untuk baraan perempuan pulak, aku tak sempat nak tangkap gambar sebabnya aku sendiri yang join baraan tu. so akibat kekenyangan dan kebuncitan perut yang nak hampir meletop, aku tak larat nak snap gambar yang best. jadi, itulah kisahnya di hari raya yang meriah. banyak lagi gambar sebenarnya, kalau nak tengok boleh tengok di Facebook gua.


aku harap raya kali nie membawa seribu keberkatan kepada semua umat Islam yang menyambut bulan syawal nie. dalam pada kita bersuka ria nie, ingatlah kepada saudara-saudara seagama kita yang berada dalam kesusahan di sana. doakan kesejahteraan dan kebaikan buat mereka semua. insyaallah sekali lagi aku mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin kepada semua pembaca blog dan seluruh muslim di dunia.







ikhlas, Asyiqin Ridzwan.




Comments
2 Responses to “kenangan bermakna aidilfitri 2011.”
  1. hahaha if aida datang rumah masa raya pertama dan ketiga, sure boleh makan sekali satay tu :D

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted