-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

itu yang dinamakan sebagai kitaran hidup.

semalam aku dan keluarga temankan sepupu aku, Arif pegi beli basikal fixie di kedai basikal. aish memacam la telatah budak muda zaman sekarang, ada-ada je diorang nie. la nie kemaruk pulak dengan basikal fixie. bagi anda yang tak tau apa itu basikal fixie, nah gua share link INI.



tu dia, bukan main meriah warna dia !


for the first, memang aku tak layan pun apa-apa pasal basikal fixie nie. masa mula-mula tu, nak sebut pun terbelit-belit lidah weh. kekadang bila aku dah besar, mana amik port sangat dah dengan hal-hal kegemaran remaja nie. tau-tau je bila sampai kampung halaman kat Selangor, dah terpacak seketul dua basikal fixie nie. bila masa mak ayah aku belikan, aku pun tak tau. aku ingatkan pelumba basikal Le Tour mana lah yang dok tumpang basikal dia kat rumah. heh !


sebenarnya semalam aku dan mak ayah aku nak pegi Proton Roadshow. tapi sebelum pegi Proton Roadshow tu, singgah la dulu beli satu lagi basikal fixie untuk yang Arif punya. aku pun ikut masuk ke dalam kedai sebab nak tengok dengan mata kepala sendiri macam mana caranya nak pasang basikal fixie tu. taukey cina yang pasang basikal fixie tu memang power lah ! kejap dia pusing basikal tu, kejap dia angkat, kejap dia pam, kejap dia terbalikkan. pergh, aku rasa dalam 2 minit je dia dah siap pasang basikal fixie tu.



basikal fixie yang jadi pilihan Arif.


mungkin la aku je yang tak alert dengan trend basikal fixie nie. kalau aku tak ada adik laki, rasanya sampai bila pun aku tak alert. basikal nie berharga dalam lingkungan RM500 saja, belum lagi masuk dengan kit dan maintenance dia. boleh kira mahal la jugak kan, separuh daripada RM1000. kat maktab, member-member aku beli basikal pun dalam lingkungan RM200. tapi yelah, basikal fixie nie berbeza jenis. lawa pun memang lawa, berbaloi la beli dengan harga RM500.


dulu, aku pernah cuba naik basikal fixie adik gua, Nazif. adik aku tu memang tinggi gila, kurus pun iye kalau nak dibandingkan dengan aku yang berat nie ha. okay la, masa aku cuba nak naik tu lepas la jugak siap boleh kayuh. tapi lama-lama aku tak tahan nak naik basikal sebab err..sakit wooo ! lagi sikit je nak terjatuh bila basikal tu dah tak boleh nak dikawal. kalau jatuh tu, perghh..memang sedap lah !


bagi aku, perempuan tak sesuai lah naik basikal fixie nie. kalau perempuan yang berbadan tinggi lampai dan kurus ringan rasanya boleh la kot. tapi bagi yang berbadan besar dan berat, rasanya dinasihatkan untuk tidak pakai basikal fixie nie. hahaha ! sebab ianya tersangatlah sangat sangat sangat sangat ringan kalau nak dibandingkan dengan berat sebuah basikal biasa. kalau tak stabil dan hilang kawalan sikit je mau terjatuh macam nangka busuk. LOL LOL LOL



ceh, siap parking letak dalam rumah tuuu ! konon special lah ? *cemburu*


basikal fixie yang warna hijau merah tu milik Nazif dan yang warna biru putih tu milik Arif. yang macam cibai dok buat aku hampir-hampir terjatuh dulu tu yang warna hijau merah tu lah. adik-adik aku dok simpan dalam rumah sebab takut kena curi. maklum lah, benda nie ringan orang nak curi pun senang je bawak. even dah letak kunci kat kawasan luar rumah pun boleh jugak berpotensi untuk dicuri. mak aku selalu membebel siap-siap kat diorang macam nie, "kalau nak letak dalam rumah, pastikan basuh dulu tayar-tayar dia. kalau ada secalit tanah pun kat lantai...siap kamu !".


begitulah ragam bila kita ada adik lelaki yang tersangatlah alert dengan perkembangan trend remaja. dan tau je lah, barangan budak lelaki nie bukan calang-calang harganya kalau nak dibandingkan dengan harga barangan budak perempuan. kalau dulu aku selalu mintak beg sekolah gedik-gedik lah, kasut sekolah gedik-gedik kat mak ayah aku. walaupun ianya gedik-gedik, tapi harga masih berpatutan okay.



bersempit-sempit dalam kereta dok nak sumbat basikal fixie tu. kelakar, tahu ?



memang betul, zaman sekarang dah berubah la weh. adik lelaki aku nak kasut Converse yang harga ratusan tu pun senang je dia dapat. mungkin itulah yang kita namakan kitaran hidup, ye tak ? kalau dulu aku suka meminta-minta kat mak ayah aku, tapi pada umur sekarang, aku dah jarang sekali nak meminta-minta melainkan kalau mak ayah aku sendiri yang nak bagi. siap kene keluar duit pulak untuk adik-adik. rasanya semua orang memang macam tu, kan ? haha !


























Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted