-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

hidup 4 hari di Gunung Pulai.

baru pulang daripada perkhemahan unit beruniform Kem Kaizen di Gunung Pulai, Johor ! fuh penatnya tak usah nak cakap la, memang penat tahap gaban. sekarang aku kena demam sebab mungkin faktor cuaca kat sana. sepanjang 4 hari kat sana, hujan je memanjang. bila malam masa tido, memang menggeletar kesejukan. rasa macam nak cari selimut je masa tu, nasib baik lah ada bawak sweater tebal !


hari pertama lepas siap pasang khemah. tanah lembap licin becak weh !


gambar tak dapat nak amik banyak-banyak sebab tak ada masa kat sana dan ya, memang tak larat pun. kat sana, jadual sangat padat sampai kekadang rasa serba salah pulak nak amik gambar buat kenang-kenangan. so amik la jugak beberapa gambar walaupun tak banyak mana.


suasana kem Kaizen sangat cantik dan nyaman. penuh dengan pokok-pokok hutan, air sungai yang mengalir dan yang penting, sejuk je rasa tak ada pun bahang matahari. memang best duduk dalam hutan nie, terutamanya di kawasan gunung. tapi kat sana banyak aspek keselamatan yang kita kena jaga, lebih-lebih lagi semua benda alah pasal binatang buas. babi hutan la, harimau la, kala jengking la, lipan la, macam-macam ! kelmarin aku baru je bunuh seekor anak kala jengking yang kecik. serius cuak masa tu ! walaupun binatang tu kecik tapi bisa dia tetap ada.



suasana di kaki gunung pulai. kalau malam, memang seram weh tak nampak apa-apa.


banyak jugak aktiviti-aktiviti perkhemahan yang dijalankan kat sana. ada sesi ikatan anduh, bantu mula, kawad kaki, ketahanan fizikal, masakan solar, orientasi kompas dan sebagainya. punyalah padat dengan aktiviti sampai lemau aku dibuatnya. bila tiba malam je terus rasa tak larat. pukul 9.30 malam pun mata dah tak mampu nak bukak. teruk, kan ? haha !


bagi aku, aktiviti yang paling stress ialah aktiviti kawad kaki. kalau dulu masa zaman sekolah, memang layan jugak kawad kaki nie sampai sanggup kulit muka bertukar jadi hitam. tapi bila dah besar nie, minat berkawad kaki nie hilang entah kemana. kena kawad kaki 3 jam pun dah merungut macam tak dapat makan aiskrim setahun. maklum lah, badan dah kembang tak molek macam zaman sekolah dulu ye tak.



baru lepas ujian kawad kaki.


sapa tak gembira bila dah diumumkan berjaya dapat pangkat leftenan muda a.k.a lulus semua aktiviti dalam camping nie ? seronok lah ! sebab rasanya nie lah camping yang terakhir aku sertai kot. KOT je la. harap lepas nie tak payah la ada apa-apa camping lagi, tak sanggup ! biar kulit hitam..biar baju seluar payah nak sental..biar badan mengerekot kesejukan....asalkan LULUS. agaknya kalau aku tak masuk maktab, sampai bila pun la aku takkan ada pengalaman join perkhemahan wajib macam nie. hahahaha



aye aye captain !


bukan senang nak dapat pengalaman macam nie. memang susah nak menghadapi hidup dalam hutan lebih-lebih orang macam aku nie ha. selama nie dimanjakan dengan kecanggihan teknologi dan kesenangan hidup, pastu tetiba kena tido pulak dengan bunyi unggas hutan yang sangat menyeramkan bila waktu malam. apa-apa pun, yang penting mestilah dapat pengalaman tu ye tak ?


yang paling aku tak boleh lupa, masa aku jatuh dari palang untuk aktiviti ketahanan fizikal tu. tinggi tu weh ! member aku cakap, mau dalam 3 meter la jugak tinggi benda alah tu. entah macam mana badan aku tak stabil, tangan pun tak pegang kuat. bila tangan terlepas dari pegang palang tu, apa lagi jatuh la bedebuk macam nangka busuk. nasib baik tak ada patah apa-apa, tapi kesannya memang teruk jugak la. sejak kejadian tu, aku mesti rasa sakit bila nak bergerak ke mana-mana. alhamdulillah, sekarang dah kurang la rasa sakit tu. cuma ada kesan lebam yang merisaukan je lah. tu pun baru tersedar bila lepas mandi semalam.



lebam besar akibat jatuh dari ketinggian lebih kurang 3 meter. sadis gila tau tak ?



rasanya sampai sini saja la aku nak citer pasal camping nie. tak larat nak menaip sebab demam. hingus meleleh  nie tak hingat ! sebenarnya banyak lagi benda yang nak dikongsi pasal camping nie, tapi tak larat la weh. kalau ada yang sudi taipkan dan aku just baca je kat tepi dia, kan bagus ! hehehe insyaallah kita berjumpa lagi pada masa akan datang. itu pun kalau aku rajin le. bye !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted