-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

bila orang bagi kita api, takkan kita pun nak bagi api jugak ?


bila hati sedang bengang, bila jiwa sedang membara, bila otak sedang menggelegak, bila kaki asyik menghentak-hentak, bila telinga sedang mengeluarkan asap macam asap keretapi, bila tangan asyik menumbuk-numbuk di dinding, bila...bila...bila..wtf ! sampai tahun depan kot 'bila' tu takkan selesai ! LOL


banyak jenis perbuatan yang gua akan buat bila rasa bengangmenyampahbadigol datang menyerang jiwa dan raga gua nie ha. kena-kena pulak sindrom tu datang bila waktu tengahari ke air nak mandi kat maktab tak ada ke tengah rasa lapar ke tengah berak keras ke..perghhh, memang beres !



bila gua dah bengang sangat, selalunya gua akan...

1) hempas barang kat lantai atau meja dengan kuat tanpa mengeluarkan sebarang bunyi perkataan pun melainkan bunyi perkataan 'babi', 'celaka' takpun 'hishhhh !'. punya lah teruk perangai gua, kan ?


2) pegi masuk bilik lepas tu hempas pintu sekuat-kuat hati. kalau boleh nak rabah pintu dibuatnya.


3) cari kucing comel kat dapur lepas tu amik dukung dia bawak masuk bilik dan buli dia sampai lah dia surrender ! (nie gua selalu buat kalau gua bercuti balik kampung)


4) bukak tudung saji kat meja makan atau peti ais untuk cari makanan dan cari air sejuk kalau ada.


5) lawan mulut balik dengan apa yang si musuh cakap, tapi selalunya gua pasti akan kalah la walaupun gua tau kekadang suatu pergaduhan yang gua hadapi tu bukan berpunca daripada diri gua. sobs !


6) keluar rumah atau maktab dan bawak kenderaan laju-laju kat jalan raya. benda alah nie gua pernah buat dalam 4 kali je la setakat nie sebab dah terlalu bengang tension sangat. bahaya weh ! jangan anda ikut weh !


7) amik wudhuk ! entah la kenapa, gua kalau marah sangat-sangat takdanya terpikir nak pegi tandas dan-dan tu nak amik wudhuk. tapi selalunya gua terpikir nak amik wudhuk nie bila perasaan sedih teringat rindu jiwang kat kisah silam dah menyerang otak gua. perasaan marah dan sedih dua perkara yang berbeza, tahu ?




kan best kalau gua boleh marah orang yang suka cari pasal dengan gua tu camni.
hambur dia  macam-macam lepas tu libas dia dengan rambut takpun ekor tudung !



ataupun masa dia hambur kita macam-macam tu, apa kata kita cakap je kat dia macam nie, "hey asshole ! talk to the hand."


gua nie mulut jenis bising setakat buat-buat lawak bodoh je, tapi bila gua sedang berhadapan dengan suasana tegang ke apa ke, gua memang suka mendiamkan diri je. gua malas nak layan sangat perang-perang air liur nie. kalau pihak belah sana dah pong pang pong pang bising mulut, seeloknya pihak yang belah sini diamkan diri saja.


'diam tak bermakna kita kalah okay !' 
(Asyiqin Ridzwan, 2011)
bajet gila buat quote sendiri LOL ! LOL ! LOL !



meh gua bagi tips macam mana nak 'menang' dengan halus dalam situasi tegang macam tu..

a) bila tetiba ada orang hambur kata-kata kesat kat anda, relakssssss ! jangan menggelabah nak melawan dia. dengar dulu apa benda yang dia nak hambur tu sampai habis walaupun pada masa yang sama anda cukup sakit hati. anda kena sentiasa ingat, dia akan penat dan berhenti sendiri kalau anda tak bagi apa-apa respon kat dia okay.


b) jangan menggelabah buat muka takut plus cuak bila dia mula nak cabar anda dengan soalan macam nie, "ha, apa lagi ?! apasal kau diam ?! kau dah kalah ! ngaku je lah kan !". sebolehnya anda buat muka toya dan muka bajet cool padahal sebenarnya dalam hati bukan main membara hangus dah. sebab dengan cara nie, anda dah mula buat dia rasa ter'psycho'.


c) bila dia dah penat dan kehabisan kata-kata, barulah anda bertindak. tapi jangan bertindak melulu dan lebih ganas kat dia ! tunjukkan keprofesionalan dan kematangan anda dalam situasi tegang macam tu okay. mesti anda cakap gua nie bajet pandai cakap je kan ? haha ! weh cuba je lah dulu, jangan banyak cakap lah. belum cuba, belum tau ye tak ?


d) lebih bagus kalau anda cakap elok-elok je dengan dia yang sedang 'gila' tu. cakap je dengan nada yang biasa dan perlahan, insyaallah anda boleh buat temperature dia rendah sikit demi sikit. kalau gua lah, gua suka tamatkan je situasi tu kat situ jugak sebab gua malas nak layan benda-benda merapik macam tu. kalau anda jenis yang suka nak meleret memanjang situasi, bincang lah apa isu yang dia tak puas hati tapi dalam keadaan yang baik dan tidak agresif. antara contoh-contoh ayat 'penamat' yang gua suka ialah :


"bro, relaks lah. kau bising-bising nie nape ? nak settle, kasi settle baik lah. jangan buat keje gila macam nie."


" jah, kau relaks lah jah. aku sumpah tak paham satu pun apa yang kau cakap nie dan aku malas amik port. sorry lah ye jah, bye."


"lu nak bising-bising, lu bising sorang-sorang la der. gua malas nak layan, serious buang masa je lah. chow !"






kalau macam nie punya bangang, sampai bila nak settle masalah ye tak ?





bak kata nenek gua la kan,

kalau orang bagi kita api, takkan kita pun nak bagi api jugak ?










Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted