-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

terserlah true color yang tak berapa nak elok.

petang tadi aku pegi ke bazar ramadan mencari sesuap nasi makanan apa yang aku nak bedal masa berbukaknya nanti. dengan muka yang berkonsepkan kesabaran dan perut yang bertemakan keamanan, aku pun berjalan dengan jiwa yang mulus sambil mata meliar ke kiri kanan nak pilih makanan mana yang best. mood sedang tersangatlah baik !


masa aku tengah syiok pandang kiri kanan tu tetiba pulak ada orang bedebah mana kasi mood aku hilang lenyap begitu saja ! ada minah yang rasa diri dia cukup cun langgar bahu kanan aku, dah la kuat weh ! lepas tu, cakap mintak maaf pun tak siap menjeling sinis kat aku pulak tu. nak kata aku yang makan jalan dia tak pun, sebab aku dah berada kat jalan aku sendiri. perghhh, waklu ! mata letak lutut ke letak kat bontot cik kak yang cun tapi tak berapa nak cun ? haaa..tengok, kan aku dah termengutuk pulak di bulan ramadan nie.


okay, tak apa la aku dah kena free-free langgar dengan cik kak yang cun tapi tak berapa nak cun tu kan..redha je. aku boleh bersabar lagi dan menenangkan hati yang kononnya cik kak tu mempunyai masalah katarak mata yang cukup serious kotnya. then aku pun teruskan berjalan. jalan punya jalan, terkenan la pulak nak beli air tebu kat satu gerai abang sorang nie ha. sebab ramai cakap air tebu gerai dia sedap gila.


aku pun berhenti la nak beli sebungkus. masa sampai tu, ada sekumpulan budak perempuan yang aku rasa mungkin berusia dalam 19 atau 20 tahun. diorang pun nak beli air tebu sama macam aku. kebetulan la pulak, abang yang jual air tebu tu punya la hensem.



"bang, air tebu satu !"
"satu ? okay"
" bang, banggg..bagi ikat kuat-kuat sikit tau. nanti terbocor pulak, susah saya nak bawak. lepas tu bagi lebih pun okay dah bang. kehkehkeh !! (terkekeh gedik)"



aku tengok abang tu pun senyum je dan sibuk menyiapkan tempahan pelanggannya. macam layan tak layan je bebudak perempuan tu. gedik tak hingat ! dah la gedik, buat bising macam la gerai tu dia yang punya. sampaikan semua orang yang tunggu air tebu masing-masing pun tengok sinis je kat diorang. kan lebih elok dan manis kalau tak jadi gedik sangat dan cakap pun bersopan sikit ye tak.



apesal kalau gambar mengumpat je mulut mesti muncung macam itik ?


kesimpulannya, aku cuma nak cakap apa salahnya bila kita jadi bersopan santun dengan orang, even kita tak kenal pun sapa orang tu. budi bahasa melambangkan peribadi diri kita okay. apa la salahnya kalau minah yang langgar aku tadi tu cakap 'sorry' atau 'maaf' kat aku. bukan keluar sesen pun kan. tang bebudak perempuan tu pun aku tak berkenan sangat. orang sekeliling memandang kita dan perwatakan kita. tapi bezanya, laki nie lebih suka mendiamkan diri je.


nak kata sebenarnya dalam bulan ramadan nie la kita boleh nilai sapa diri kita. bak kata orang kampung aku, our true color ! kalau sebelum masa bulan ramadan, anda asyik mencuri tapi dalam bulan ramadan pun still sibuk mencuri jugak maknanya itu la true color anda. kalau sebelum masa bulan ramadan, anda suka mengumpat tapi dalam bulan ramadan pun still mengumpat jugak tak hingat, maknanya itu la true color anda.



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted