-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

pengalaman sebenar masa berusia 16 tahun.

tetiba pulak rajin online nie. sementara ada masa terluang nie, nak hupdate blog serajin yang mungkin. maklum la kan, seiring dengan mood raya yang tak hingat nie aku pun nak hupdate blog laju tak hingat. LOL !


entri kali nie aku cuma nak kongsi satu pengalaman yang seriously tak boleh lupa sampai bila-bila. seingat aku, benda nie berlaku masa gua umur 16 tahun. and hell yeah, tu bermakna aku bukan berimaginasi macam budak kecik okay. wujud atau tak, aku tak tahu tapi dengan mata kepala aku sendiri nampak then cukup untuk aku mengatakan YA, KEMUNGKINAN BESAR UFO ITU WUJUD DAN KEMUNGKINAN JUGAK TIDAK.


haaaa..ada unsur-unsur kecuakan tak lepas tengok gambar nie ? hehe

kejadian bermula masa aku masih bersekolah menengah dulu, masa tu aku duduk asrama. malam tu aku rasa susah sangat nak tido. mengiring kiri tak boleh, mengiring kanan pun still tak boleh nak tido. so aku amik keputusan untuk layan novel 'Manisnya Cinta' sorang diri kat tangga di hujung aras blok. alone by myself okay! 


dorm aku kat aras 1, tak ada la tinggi mana kan. aku bajet bila duduk kat tangga hujung tu boleh la nak layan feeling macam kat dalam winter sonata. kawasan kat tangga hujung aras tu memang syok kalau buat lepak. angin sedap kuat bertiup kat situ, plus kita boleh nampak pemandangan seluruh taman perumahan yang dekat dengan sekolah tu. sebab tu lah tak heran la kalau tangga hujung tu memang selalu jadi port lepak paling masyuk untuk bebudak asrama macam aku.


aku ingat lagi, masa tu jam dah tepat pukul 4.15 pagi. cuak tu memang la cuak sebab sorang diri kat tangga hujung, dan dalam masa yang sama semua orang tengah sedap tido berdengkur. tapi sebab nak dapatkan feel baca novel punya pasal aku peduli apa. lagipun masa tu aku tengah batak-batak sikit dengan novel, maklum la  remaja tipikal.


masa baca novel tu, aku terberangan la sikit. aku berangan sambil mata jauh pandang kat kawasan taman perumahan tu, padahal fikiran dah melayang entah kat mana. masa tu langit macam warna jingga nak ke merah-merahan. yelah, kan dah nak masuk waktu subuh, memang patut pun warna langit jadi macam tu. masa tengah berangan tu, tetiba aku ternampak sesuatu yang agak menakutkan tapi dalam masa yang sama membuatkan aku rasa macam nak tengok tenung lama-lama.


apa yang aku nampak ?


aku nampak sesuatu berbentuk bulat warna hitam berbentuk macam ala-ala piring. bawah benda alah tu ada tiga bijik lampu yang berpusing-pusing laju. sumpah tengok macam mesin kecik ! aku rasa saiz dia mungkin sebesar aerial standard kat bumbung rumah sebab aku tengok dia terbang atas aerial rumah tu dan saiznya lebih kurang sama.


tekun je aku tengok sebab memang curious gila babeng ! bila aku menyaksikan kejadian tu, satu benda je yang aku pikir kat kepala otak, UFO. benda tu melayang mundar mandir dan berpusing-pusing macam buat satu lingkaran kat atas bumbung rumah orang tu, sambil tiga bijik lampu kat bawahnya menyala. dah agak lama dia berpusing macam hilang arah kat atas bumbung rumah orang tu, then dia terus terbang tinggi dengan pantas ke langit dan hilang macam tu je. kalau anda jadi aku, anda rasa tak yang anda tengah gila mereng masa tu ?! arghhhhh !


lepas tengok benda alah pelik tu menghilang, aku jadi tak sedap hati dan terus berlari masuk dorm. menggigil jugak la badan sebab terkejut punya pasal. masa tu sampai ke azan subuh, aku tak boleh pejamkan mata sebab terkejut gila. otak aku macam tak boleh nak pikir tahu tak.


esok paginya, aku cuba citer benda nie kat member-member kelas tapi diorang semua tak percaya. bagi aku, lantak la nak percaya ke tak..sebab aku pun kurang pasti apa yang aku tengok tu sama ada betul UFO atau tak. aku pikir mungkin itu adalah kapal terbang mainan yang super hebat ciptaan dari jepun, mungkin...dan oh by the way manusia mana laaaa yang nak main kapal terbang mainan macam tu pukul 4.15 pagi la sengal ! selama nie gua dipahamkan yang citer UFO kat tv atau internet nie menipu je lebih, tapi bila kejadian tu berlaku depan mata aku sendiri, aku jadi confius sengsorang. tak ada sapa yang paham apa yang aku rasa masa tu weh.



macam photoshop jeeeeeeeeeeee !


ya, memang diakui bunyi citer aku nie macam merepek meraban je kan. tapi takkan la aku nak tipu diri sendiri. aku tak kisah kalau orang nak cakap aku merepek, tapi itulah pengalaman sebenar yang aku nampak masa kat sekolah lama dulu. i swear, i don't lie.


sampai sekarang sebenarnya aku masih terbayang kejadian tu, tapi itulah..sapa yang nak percaya UFO tu wujud ye tak ? sampai ke sekarang bukti UFO kat seluruh dunia oleh para saintis terkenal pun tak berapa nak kukuh lagi, apatah lagi hanya pengalaman aku yang tak ada bukti nie. tapi mengikut apa yang aku nampak tu, mungkin betul la tu UFO tak pun mungkin hanya alat komunikasi milik seseorang yang baru balik dari jepun dan cukup teruja dengan teknologi canggih jepun tu. kahkahkahkah !!


setelah 6 tahun kejadian tu berlaku, baru la ke sekarang aku berani nak tulis kat blog. mula-mula dulu lama dah nak buat entri pasal benda alah ni, tapi karang orang cakap aku nie gila meroyan ke hapa. to be honest, aku serious tak kisah kalau anda nak cakap aku merepek atau hanya nak menaikkan trafik blog. kalau tak caya, cuba la cari member-member rapat aku dulu yang pernah gelakkan aku masa citer benda alah nie kat diorang, and yes on that time, i was just only 16 years old ! haha.


walaupun kejadian itu berlaku, aku masih tak berapa nak percaya sangat yang UFO tu wujud, believe me. kalau atas keizinan Allah swt untuk aku lihat benda tu dengan mata kepala sendiri, apa salahnya kan ? benda tu pun salah satu ciptaan Allah swt jugak dan merupakan salah satu yang membuktikan kebesaran Allah swt. hanya perkataan yang mampu aku ucapkan ialah 'Subhanallah !'. and thanks for reading, guys.

Comments
3 Responses to “pengalaman sebenar masa berusia 16 tahun.”
  1. Anonymous says:

    meh akak komen.
    tangga mengadap perumahan tu ea?berani iqin sorg2 kt situ smpi kui 4.hahahaha.if i were u, mmg x lelap mata gak kot. kng bes time tu leh bwk hset.sure iqin da snap pic byk2. or hset camera time tu wujud ke?heeeh~

    :D

    -saliha-

  2. kak, mana boleh bawak handset time tu kan. entah napa malam tu gedik sangat dok tangga menghadap perumahan tu kak. sekali ternampak, gara-gara layan novel manisnya cinta tu la. konon nak dapat feel2 sambil tengok langit la tungguh kapal terbang lalu. yelah, watak hero dalam novel manisnya cinta tu kan pilot. huhuhu

  3. dan oh ya, rasanya masa tu handset kamera still tak wujud lagi la kot. kalau ada pun, kite tak mampu lagi nak beli. dulu pakai 3310 je taw ! heheh

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted