-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PBS terakhir, EVER ! please no more PBS lepas nie.

2 hari yang lepas, aku baru je selesai menjalani PBS di SK Seksyen 7 Shah Alam. yeah, penatnya masih terasa sampai la aku tengah menaip sekarang nie. walaupun penat, tapi syok gila weh ! aku rasa PBS yang terakhir nie la yang paling seronok paling enjoy paling sempoi paling best paling WTF. hahahahaha


aku tak tau la kenapa PBS kali nie rasa macam best gila. mungkin sebab nie la PBS yang terakhir so that lepas nie aku dah takkan rasa bosan lagi nak menghadap PBS...atau mungkin sebab PBS kali nie dibuat masa bulan ramadan a.k.a dah nak raya. aku rasa dua-dua sebab boleh diterima. argh, peduli apa la kan ? janji lepas nie aku tak payah semakkan otak nak pikir pasal PBS lagi.


well, sekadar untuk berkongsi pengalaman, aku nak share beberapa gambar yang bermakna untuk entri kali nie. rejoice ! hehehe




nie adalah gambar hari pertama aku di SK Seksyen 7 tu. perempuan baju hitam yang cantik kat dalam gambar nie namanya Huda. orangnya lembut je dan baik gilos. mulanya aku pun tak sangka akan dapat dua orang kawan baru di hari pertama. rezeki la berjumpa dengan diorang nie. oh by the way, yang tukang amik gambar nie boyfriend Huda namanya Shafiq. hari pertama je kitaorang dah mesra macam dah lama kenal, padahal kami datang dari maktab yang berbeza dan tak pernal kenal pun antara sesama kitaorang. aku dari maktab Melaka, Huda dan Shafiq dari maktab Pahang. anyway, nice knowing you guys !






nie la tempat yang paling aku suka dalam sekolah tu. benda alah nie namanya pondok tradisional. mulanya memang segan la jugak nak bergambar posing sakan kat pondok nie. nak amik gambar pun kena toleh kiri kanan dulu takut orang ingat kiteorang nie syok sendiri. tapi akhirnya, tetap dapat amik gambar jugak. nah, ini lah dia ! tempat nie sangat syok untuk orang yang tengah frust menonggeng dengan awek/balak memasing. hahaha






nie masa hari ketiga pulak. aku kena datang sesi petang sebab kos yang aku amik hanya ada pada sesi petang je. so nak tak nak, kena wajib datang la jugak walaupun hati meronta mintak balik rumah TIDO zzzzzz.  masa nie sibuk la menyiapkan draf RPH untuk mengajar esoknya. gambar nie memang menipu je lebih. to be honest, sapa yang akan bermuka ceria masa buat RPH ye tak ? kalau anda nak tau, RPH merupakan benda yang selalu membuatkan para guru akan menggaru kulit kepala sampai berdarah. okay, tipu jeeeee. heh !







diorang nie sume 5 orang murid yang tersangatlah comel okay, baru Tahun 2. masa nie aku tengah dok termenung kat meja guru. lepas tu tetiba je diorang sume datang kat aku dan berebut mintak salam. perghhh ! rasa nak meletop je jantung masa dengar diorang jerit nama aku kuat-kuat 'TEACHER SYIQIN !!!!!!'. malu la jugak bila guru-guru lain dok pandang pelik kat aku, tapi bebudak comel nie punya pasal la kan aku tak kisahhh. aku rasa kenangan nie tak boleh lupa, tu sebab snap jugak beberapa gambar dengan bebudak comel semua nie. yang jadi tukang amik gambar nie, Cikgu Zuraidah. hehe !






okay, gambar nie nampak aku macam mencapap la jugak. sorry ! sebenarnya saja nak tunjukkan suasana bilik guru sekolah tu. nie je yang gambar bilik guru yang clear, dah tu nampak separuh je. well, saiz bilik guru sekolah tu tersangatlah besar dan panjang. kerusi dan meja ekslusif yang disediakan untuk semua guru kat situ. cuma sayang la sikit sebab aircond tengah dalam pembaikian. bila masuk bilik guru sekolah tu seriously terasa macam berada di bilik guru sekolah jepun la pulaknya. seronok je lepak situ sebab ada kusyen, pantri dan paip yang boleh jadi tempat amik wudhuk.







ceit, terselit pulak muka dua orang kakak indon kat situ. malam hari ketiga di Shah Alam, aku saja-saja melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan di Seksyen 16. aku join kakak angkat pegi tolong sorang datin nie, nama dia aku tak tau la sebab tak berapa nak ingat sangat kan. tempat tu memang sentiasa menyediakan makanan, baju, perlindungan, tempat tinggal percuma kepada golongan yang susah dan miskin. so masa dah nak berbuka tu, aku menolong la jugak bagi makanan dan minuman kepada golongan miskin yang datang. seriously terasa cukup seronok, plus dapat duit free RM50 daripada datin walaupun aku ikhlas nak menolong. mana tak bestnya ye tak. hahaha !







lepas dah penat menolong aktiviti kebajikan tu, aku rehat sekejap di rumah kakak angkat dengan dua orang anak dia yang comel belaka. yang baju warna pink tu namanya Hana Umairah dan yang baju putih tu namanya Hana Maisarah. diorang nie dah la comel, bijak pulak tu. rajin pun iye jugak. walaupun dah tengah malam, diorang rajin lagi nak study dan aku pun terpaksalah bagi 'tuisyen' pantas kat diorang walaupun mata dah sembab mintak kene pejam. tapi gua seronok !







hari keempat bersama Sir Aloysius ! masa aku nak kene jalankan task Math, dia lah yang menjadi pembimbing aku. aku tak pasti lah dia nie daripada keturunan mana, tapi dia pure orang Sarawak. nice guys i guess. Sir sangat baik dan banyak tolong bagi ilmu even dia dengan aku baru kenal dua hari. kerjanya sangat kemas dan pantas, no wonder la kan ? 







ada banyak sangat gambar yang Huda amik sebenarnya tapi aku masukkan satu je la okay. masa nie aku kena mengajar kelas 4B seramai 38 orang. ceit, anda ingat senang ke nak mengajar 38 murid tu wehhhhhh. punya la ramai ! tapi alhamdulillah, sepanjang pengajaran selama 30 minit, diorang semua bagi komitmen yang sangat bagus. tak ada pun yang main-main, yang lari keliling kelas, yang melalak macam sawan. dan keputusan penilaian yang aku dapat sangat menyeronokkan ! terima kasih Sir ! masa aku mengajar nie Huda cakap dia suka tengok aku. ahaks !







hari terakhir, ada majlis khatam alquran di sekolah. terpegun la jugak tengok cara sekolah nie handle majlis, sangat teratur dan sistematik. walaupun majlis agak simple tapi sambutannya sangat meriah. lepas habis khatam alquran, ada sesi bersalaman sesama guru dan murid. masa bersalaman tu, dalam hati aku tetiba rasa sebak sebab teringat masa aku sekolah kecik-kecik dulu, aku yang salam cikgu. nie sekarang terbalik dah, murid yang nak cium tangan aku. sedih weh ! sob sob sob shrottt shrotttt *buang hingus kat tisu*








sebelum berpisah, wajib bergambar dulu sebab nak tunjuk kat anak cucu. cewah, berangan ! dalam masa tempoh 5 hari, aku dah pun dapat 5 orang kawan baru. leena, huda, shafiq, kak adlina dan amirul. amirul dan leena guru praktikal dari MSU. huda, shafiq dan gua guru PBS dari IPG. dan yang baju hijau tu kak adlina guru ganti. dalam gambar nie amirul tak ada sebab dia yang rajin snap. diorang semua nie sangat nice dan baik gila. walau 5 hari je pun tapi kitaorang rasa macam dah kenal lama. sayang korang semua !!!





p/s : enoughhhhh with PBS. dah muak gua nak pegi PBS. kali nie sedia pulak untuk praktikal !










Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted