-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

memang selalu perasan benda nie berlaku.

alhamdulillah pejam celik pejam celik rupanya kita dah 5 hari berpuasa. wah, serious aku rasa macam sekejap je. rasa macam baru je semalam aku berpuasa untuk hari pertama. ini la yang dinamakan sebagai nikmat di bulan Ramadan. insyaallah semoga urusan kita semua sentiasa dipermudahkan oleh Allah swt. doa banyak-banyak okay !


satu benda yang aku cukup perasan bila berpuasa di bulan Ramadan nie ialah tentang nafsu. entah kenapa kan, aku rasa tiap tahun dalam bulan Ramadan mesti aku rasa benda yang sama. aku tak tau la kotnya aku sorang je yang rasa macam tu. normal la tu kotnya ?


well..anda rasa apa yang aku rasa tak ? bila tang masa bulan Ramadan, aku rasa tak penat sangat, tak lapar sangat, tak dahaga sangat pun. siap boleh gelak banyak-banyak dari sahur sampai la nak ke berbuka. memang la ada rasa dahaga dan lapar tu, tapi tak ada la seteruk masa aku puasa sunat atau ganti di bulan lain selain bulan Ramadan. kalau aku puasa sunat di hari biasa, perghhhhh bukan main penat lapar dahaga terberak semuanya ada la. kekadang tu sampai nak bangun katil pun habis lembik dah. pelik gila weh !






aku rasa, mungkin sebab dia nie dah kena ikat kot. so tak ada sapa lagi la yang bersungguh dok goda nafsu aku nak makan minum masa bulan ramadan nie. kalau aku puasa sunat, cis..pantang tengok orang lain makan je mesti aku rasa macam nak ikut makan jugak. memang lemah iman ! tapi alhamdulillah aku rasa seronok menjalankan ibadah di bulan ramadan kali nie. enjoy terawih, berbukak puasa, sahur, bla bla bla. memang betol la kata orang, bulan Ramadan nie adalah bulan yang sangat dirindui.


alang-alang dah tulis entri malam nie, aku nak kongsi sesuatu. aku perasan la orang kita nie selalu bila disuruh pegi sahur bukan main liat nak bangun. kekadang tu bangun sahur pun azan tinggal seminit dua nak berkumandang. tapi bila nak berbukak puasa, tak sabar-sabar pulak siap countdown lagi 3 minit nak melahap bagai dan dah duduk siap-siap depan makanan tu.


lagi satu tang bila nak solat terawih. nak kata aku tipu, memang lah aku tak tipu. aku tengok selalunya golongan tua je yang penuhkan surau untuk solat terawih, tapi yang muda-muda nie hilang mana entah tak nampak lubang hidung langsung. kalau ada pun cinonit je bilangan muda yang join terawih tu. tapi yang aku pelik campur sadis, boleh pulak tu bawak gitar usung sana sini lepak kat tepi tali air sambil main gitar dan melalak bajet suara kau sedap la ? oh come on. kalau dah bosan sangat pun pleaseeeeeeeee la hormat bulan Ramadan, banyak lagi benda lain boleh buat ye tak.


apa-apa pun semoga kita sama-sama mengejar barakah di bulan Ramadan nie dan selamat berpuasa weh ! huhuhu

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted