-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kau ingat kau tu sapa nak pandang hina kat diorang ?

jadi manusia, tak payah nak sombong sangat la weh ! tak kemana pun la jadi sombong nie, dok situ jugak akhirnya. kalau sombong gila membabi, selalunya diri sendiri memang rugi. mungkin hari nie kau berada di atas, tapi satu hari nanti tak ada sapa berani jamin yang kau sentiasa akan berada di atas. lambat-laun baru kau tau langit tu tinggi ke rendah.


ceit, awal-awal entri aku dah membebel sakan. maaf la ye, aku cuma rasa annoying gila kat manusia-manusia yang aku nampak kelmarin kat bazar ramadan Klang. Klang kat bahagian mana tu tak boleh la nak sebut kat sini, biar lah ianya rahsia. ceh tu diaaaaaaa !


aku sedih kuciwa meluat semuanya la bila tengok mentaliti sesetengah orang kita yang tak ada perasaan saling membantu antara sesama manusia nie. kenapa agaknyer sesetengah orang yang sombong nie tak ada rasa nak tolong sikit pengemis-pengemis kat bazar ramadan tu. tengah dalam bulan puasa bulan baik nie, apa la salahnya kita sedekah la satu dua hinggit kat pengemis-pengemis tu. bukan luak pun duit tu kan ?





kelmarin aku, adik dan mak pegi bazar ramadan yang dekat dengan sekolah adik aku tu. memang macam-macam ada kat bazar tu. sampaikan mak aku boleh jadi rambang mata nak pilih mana satu makanan yang nak dibeli. heh, aku pun ikut sama naik rambang mata macam mak aku.


dalam masa ramai manusia melayan nafsu beli untuk juadah berbuka puasa, tak ada sorang pun yang sudi bagi sedekah kat pengemis-pengemis kat situ weh. mula-mula, aku sendiri pun tak perasan ada pengemis tengah mengengsot kat jalan tar masa tu. mak aku yang cuit bahu aku dan suruh bagi sikit duit kat pengemis tu. bila mak aku cuit, baru la aku perasan. ya tuhan, memang sedih tengok pengemis tu. tak manis la rasanya kalau aku nak describe pengemis tu macam mana kat sini, but to be honest, kemampuannyer tu sangat tak sama macam kemampuan kita yang normal-normal nie. sedih sangat weh ! sobs.





tapi yang buat aku lagi sedih, apesal tak ada sorang pun yang peduli pasal pengemis tak berupaya tu ha ? sekurang-kurangnya kalau segan nak tunjuk yang kita nie amik berat pasal pengemis tu, apa salahnya bagi la duit seciput dua kat dia. tu pun susah ke ? ape, kalau bagi duit rm3 kat pengemis tu boleh jadi muflis ke ? weh, come on laaaaaaa. jangan jadi sombong sangat la, ingat la hidup kita tak semestinya sentiasa di atas. roda kehidupan sentiasa berpusing, tahu ?


kita kena pikir la jugak kan. mana la tau kehidupan pengemis tu sebelum nie kaya raya dan tak secacat tu. then Allah swt turunkan ujian untuknya dan membuatkannya hanya mampu mengemis dan mintak simpati kepada kita yang normal sungguh nie. cuba anda bayangkan, sekarang nie kita boleh bernafas dengan lega. kita ada rumah mewah, keluarga bahagia, duit bertimbun, kereta tak main la kereta nasional nie..tapi kalau aku tanya anda, "berani tak jamin yang hidup kau akan terus mewah macam tu sampai bila-bila ?". sapa berani, tinggalkan komen kat bawah entri nie ye.


kesian kan ? itu je yang diorang mampu buat, jadi kita bersyukur la dengan diri kita dan jangan sesekali lupa diri ! jangan sombong dengan diorang, sebab tak mustahil kita pun boleh jadi macam tu satu hari nanti. who know, kan ?


kekadang aku tertanya-tanya la jugak mana datangnya pengemis-pengemis tua macam nie ? pastinya la diorang nie  dulunya ada kehidupan normal macam kita kan ? so just think about it, macam mana diorang boleh jadi pengemis ?



ceh, tu dia asyiqin ridzwan dah membebel panjang lebar sampai muak anda nak baca. maaf la ye, aku cuma nak berkongsi perasaan, rasa hati, sifat ingin tahu dan belas kasihan pada diorang yang kurang bernasib baik macam kita. lebih-lebih lagi dah nak raya ye tak, memang sendu jugak la hati bila terpikir pasal diorang nie. kekadang aku macam tak boleh bayangkan macam mana la kehidupan diorang..makan minum diorang..rumah diorang..hal kebajikan diorang bila sakit..keseronokkan hari raya diorang. sedih weh !


kesimpulannya, tolong lah jangan jadi sombong dengan diorang..jangan jadi berlagak..jangan kita pandang hina kat diorang..jangan sesekali ! diorang pun ada jugak hati dan perasaan sama macam kita. walaupun diorang tak ada kaki senormal kita, itu bukan alasan untuk anda pandang hina dan jelik kat diorang. walaupun diorang hanya reti menghulurkan mangkuk kosong nak mintak sedekah daripada kita, itu bukan sebab untuk anda hina diorang dengan kata-kata kesat.


sangat la annoying dengan manusia-manusia berlagak yang aku tak sengaja ternampak aritu. sumpah annoying ! tau la kaya, kalau tak nak sedekat seringgit dua pun jangan la kau nak jeling jijik plus lari jauh-jauh daripada diorang. pegi bazar boleh pulak angkut macam-macam makanan, tapi setakat nak sedekat seringgit dua kat pengemis dah tak mampu sangat ke ? sigh sigh sigh

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted