-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

budak nakal.

dulu masa kecik-kecik, aku boleh dikategorikan sebagai budak nakal dan sedikit tomboi. masa tu aku mana layan sangat skirt pink-pink nie weh. layan jugak lipstik dan eyeshadow mak aku, tapi lepas mekap boncai tu boleh pulak pegi sambung tangkap anak ikan kat longkang yang berlumut dengan budak-budak laki taman seberang. punya la sadis zaman kanak-kanak dulu. huhuhu


bila habis terawih dan berjalan pulang ke asrama malam tadi, tetiba aku boleh tersenyum sorang-sorang. member aku cakap berangan dan gila, tapi sebenarnya masa tu aku tetiba teringat kenakalan aku masa zaman budak kecik dulu, lebih-lebih lagi tang bulan ramadhan. memang kaw-kaw punya nakal !



dalam bulan ramadan , benda yang aku selalu buat masa kecik dulu...


# first day puasa, hanya sempat sampai pukul 11 pagi je. tapi sahur bukan main banyak je makan. lepas balik sekolah je selalu menangis campak tudung dan beg sekolah merata tempat sana sini. sampai sekarang aku tak tau la kenapa aku selalu menangis masa dulu-dulu tu. haha !

# masa kat sekolah rendah, aku dan budak sesetan lain dan-dan selalu pegi toilet. lantak la air toilet ke air kolah ke air apa ke. janji air, teguk je ! sebelum nak teguk tu kena pandang kiri kanan dulu takut budak-budak lain nampak. maklum la, budak sekolah kan suka mengadu. bila line dah clear, apa lagi.

# kalau dah lepas balik dari sekolah petang, tunggu pulak masa untuk berbuka. aku sangat suka bila mak aku suruh buat air untuk berbuka. yeahhhhh ! kekadang mak aku tak perlu suruh pun, aku sendiri offer diri. sebab bila buat air nie aku boleh minum sikit-sikit konon nak rasa air tu dah cukup sedap ke tak. alasan semata.

# aku suka menempel kat adik-adik aku. dulu adik-adik aku masih baby kecik je lagi. bila perut dah mula lapar, mula la aku rajin dok dekat-dekat kat adik-adik aku tu. selalunya aku akan offer diri untuk bagi adik-adik makan bubur. haha, tak sah kalau aku tak kenyang lepas bagi adik-adik aku makan masa tu.

# dulu masa zaman aku budak kecik, bazar ramadan memang feel habis laaaa. paling suka tang air pelbagai jenis yang dijual dan dibungkus dalam plastik lutsinar panjang. perghhhhh ! kalau bapak aku bawak pegi bazar ramadan, memang aku selalu mendesak bapak aku beli air tu banyak-banyak. sebab tulah agaknya kot bapak aku asyik mengelak bila aku cakap nak ikut dia pegi bazar ramadan. kotnyer la.



lebih kurang macam nie la air yang dibungkus zaman dulu. best gilassssss !


haihhh banyak betol memori masa zaman aku cinonit dulu. bila terpikir dan terimbau balik, aduhaiiiiii terasa betol keseronokan dan kemanisan masa zaman tu. serious kalau la masa boleh diputar kembali, sumpah tak nak rasa jadi dewasa macam sekarang okay !


jangan nak tipu yang anda bukan budak nakal masa zaman puasa dulu-dulu. mesti ada pernah buat jahat, even sikit pun la. why not anda cuba imbau kembali sume benda alah tu. anda mesti tergelak tersenyum terkencing terkentut terberak sorang-sorang, CONFIRM !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted