-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

Tips : bibir segar merah dan badan sihat cantik !

TIPS ! hari nie gua nak share lagi satu tips yang gua amalkan. tips kali nie berkaitan dengan kesihatan. ada kawan gua tanya pasal macam mana gua jaga bibir dan tubuh badan. okay tipsnya senang je, tak guna duit sampai RM4 pun. murah kan ? selain murah, ianya senang untuk diamalkan. betul, tak tipu nie.

anda pernah dengar limau nipis ? kalau tak pernah dengar atau keliru, boleh google sendiri jangan jadi malas okay. gua dah amalkan penggunaan limau nipis nie daripada awal bulan Mac tahun nie. alhamdulillah, sekarang dah nampak kesannya. limau nipis tak semestinya kita guna untuk masak dan makan, tapi ada banyak benda lain yang boleh kita buat daripada khasiatnya.




# nak bibir yang segar dan merah ?



sebelum nie gua ada buat tips pasal nak dapatkan bibir yang merah dengan amalkan penggunaan halia dan madu asli. tips tu memang berkesan tapi seksa. maklum la, halia. lepas tu gua tak ada masa pulak nak tunggu halia tu jadi 'berhaba' kat bibir gua. so gua gantikan halia tu dengan buah limau nipis yang fresh.

senang je pun, anda belah buah limau nipis tu dan sapukan berkali-kali di bibir atas dan bibir bawah anda. sapu dalam 2 atau 3 kali sehari. lepas dah sapu rata, baru la basuh bibir anda. confirm segar ! insyaallah bibir anda nampak segar dan merah sentiasa, tu pun kalau anda maintain amalkan benda alah tu sampai bila-bila la.

gambar kat atas tu gua ambil dalam bulan julai nie jugak la. tang bibir dalam gambar tu, gua pakai lip balm yang warna merah je. tu kesan selepas beberapa bulan gua amalkan tips nie. cuba la pakai lipstick dengan ala kadar je, dan kalau boleh beli lip balm yang betul-betul bernutrien. jangan main bedal je beli weh, tengok dulu apa kandungannya. biar mahal, asal elok dan bagus.




# nak tubuh badan yang segar dan boleh kawal berat badan ?

nak tubuh badan yang segar, mudah je. banyakkan minum air limau nipis dengan kadar gula yang sikit. kadar gula tu terpulang la pada taste masing-masing. tapi kalau gua, gua selalu letak gula sikit je, tu pun hanya semata-mata nak bagi ada rasa dan tak nak air tu jadi masam kelat. amalkan minum air nie selalu, kalau boleh setiap hari pun tak apa !

petik la buah limau nipis yang segar-segar daripada pokoknya. kalau tak ada pokok, boleh beli kat pasar. gua selalu beli kat Mydin je, sebab gua kan duduk asrama. so mana la nak tanam pokok buah limau nipis ye tak. air limau nipis nie bukan je setakat buat tubuh badan kita sihat, malah dia boleh tolong kita jaga berat badan tau. kalau ada yang simpan impian nak kurus body cantik, boleh la amalkan minum air nie okay. jangan malu jangan segan, kalau malu segan sampai bila nak kurus ? gua pun tengah dalam target nie. hahahaha






bahan yang diperlukan pun cuma beberapa bijik buah limau nipis dan gula. ah, abaikan je la bab macam mana cara gua ikat plastik gula tu. maklum la, budak asrama memang macam tu. kahkahkah, okay tak lawak. so, anda bancuh dan lepas tu boleh minum macam biasa. gua selalu bancuh air tu kat dalam bekas minuman besar macam kat gambar tu sebab puas hati nak minum. fuh, nampak menyelerakan !



selamat mencuba weh !





Comments
4 Responses to “Tips : bibir segar merah dan badan sihat cantik !”
  1. ijat says:

    bibir, wajah dan tubuh ckin mmg dah nampak segar..so ternyata mmg berkesanla petua ni..:)

  2. insyaallah, terima kasih. awak pun boleh cuba ! :D

  3. Kak, kalau pakai lip balm boleh hitam jugk ke bibir? Lagi satu, bibir ats saya ni hitam. Petua limau ni bolh merahkan tak? kesan sampingan?

  4. izzah, sebenarnya mana2 gincu pun boleh jadi bibir kita hitam atau bahasa lain dia birat. cuba amalkan sapu halia muda tu perlahan-lahan baru izzah tengok dulu berkesan ke tak. limau nie bukan untuk merahkan bibir. limau nie untuk kawal berat badan. tiada kesan sampingan setakat nie. selamat mencuba ya ! :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted