-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

moist chocolate cake with ice cream !

hari jumaat minggu lepas, aku dan geng pegi serbu restoren nando's. sebenarnya tu kali pertama aku makan nando's. bukan apa, tekak aku tak berapa nak suka sangat dengan menu yang disediakan kat dalam restoren nando's tu. ayam panggang nando's memang superb, tapi tang sos dia tu mak aihhhh..memang kembang tekak nak terima. so nak tak nak layan je la apa yang ada.


damn, aku bukan nak citer pasal nando's pemenda nie pun sebenarnya. aku nak citer macam mana aku dapat ilham nak buat resipi sendiri ala-ala kat restoren nando's tu. Chocolate Cake With Ice Cream ! well, itulah kali pertama aku rasa oh betapa sedapnya bila moist chocolate cake dimakan bersama aiskrim yang sedap ala-ala Baskin Robbin tu weh. selama nie aku tak terpikir langsung pun nak mencuba benda alah nie.


daripada menu nie la dapat inspirasi ! sedap tak hingatttttt


oleh sebab kesedapan chocolate mud nando's tu telah membuatkan aku tak boleh tido malam, esok harinya aku decide untuk buat satu eksperimen makanan. argh, jangan ditanya kenapa aku suka buat eksperimen pasal makanan je. zaman sekolah dulu kalau cikgu Biologi suruh buat eksperimen sains kat makmal, bukan main liat nak bagi fokus. heh !


dan taraaaaa...ini la hasil eksperimen !











SANGAT MENYELERAKAN ! amacam, teruja tak ? kalau anda tak teruja, tak apa aku tak paksa. tapi secara jujurnya aku memang teruja weh. walaupun rasa dan rupanya tak sama macam chocolate mud nando's tu, tapi boleh tahan sedapppppp. tak percaya, anda boleh cuba sendiri buat benda nie kat rumah. kalau anda nak buat resipi nie, better buat by handmade je. selain menjimatkan duit, anda sendiri pun akan puas makan sebanyak mana yang anda nak.



bahan-bahan yang diperlukan senang je pun :


# beli je aiskrim bekas yang dijual kat kedai tu ha. kalau nak rasa yang lagi masyuk, anda boleh beli aiskrim yang lebih berkualiti macam aiskrim baskin robbin tu. tapi kalau yang nak jimat duit, beli aiskrim yang murah pun jadi dahhhhh.

# beli biskut oreo. perisa apa pun tak kisah, janji oreo. oreo nie memang sesuai dimakan dengan aiskrim. untuk resipi nie, anda kena pecah-pecahkan biskut oreo tu sebab nanti nak gaul dengan aiskrim. pastikan anda gaul dengan rata kat dalam aiskrim tu tau.

# dan yang terakhir, jangan lupa beli kek moist chocolate tau ! tu la bahan yang paling penting. sebenarnya kalau anda tak nak guna kek moist chocolate pun boleh, cuba tak berapa sedap la kan. so gua sarankan anda amik kek moist chocolate sebagai basic menu nie. hehehehe





kat atas nie bahan-bahan yang aku beli. aku beli aiskrim Wall's Selection perisa cookies & cream. memang puas hati la kalau nak makan sebab banyak gila, bekas tu besar okay. salah satu sebab kenapa aku pilih aiskrim tu, sebab dalam aiskrim tu memang dah tersedia ada biskut oreo. jimat dah duit tak payah dah nak beli biskut oreo kan. sedap aku cakap kau ! haha


menu nie boleh dibuat untuk minum petang. buat makan depan tv sambil layan movie midnight kat tv pun boleh. tak pun masa waktu tengahari yang tengah panas. menu nie boleh buat kita rasa sangat segar dan secara tak langsungnya boleh menyejukkan badan weh. so apa lagi, lepas nie jangan lupa pulak untuk cuba buat sendiri okay ! good luck.

Comments
3 Responses to “moist chocolate cake with ice cream !”
  1. :: Saya suka blog awk ne .. Jan lpa follow sya yerr ... :))

  2. RIAN says:

    wall's tu tak manis sangat ke ? nak try gak. hahha, tp nanti manis aiskrim campur manis kek, tak termakan plak. :p

  3. dahlia : thanks dahlia :)

    rian : wall's tu tak berapa manis sangat pun tapi still sedap jugak. kalau tak nak manis, jangan beli moist chocolate cake. awak cuba je cari yang kek coklat biasa. kalau awak tak nak aiskrim yang manis, jangan beli aiskrim yang murah2. lagi mahal aiskrim tu lagi berkualiti rasanya. aiskrim yang mahal takkan rasa gula semata-mata macam aiskrim murah. hehe goodluck !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted