-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

meteor air liur.





agak memalukan. agak menjatuhkan standard. mendatangkan perasaan malu yang tak tercapai dek akal. dan yang pastinya, rasa dunia nie berhenti bergerak selama 1 atau 2 saat akibat rasa termaluan itu. betapa hebatnya penangan tersembur air liur nie.


anda pernah ada pengalaman buat meteor air liur ?


kahkahkah ! bila gua terpikir pasal meteor air liur nie, sumpah gua boleh tergelak sampai juling mata. rasanya dari gua kecik sampai la ke besar bab meteor air liur nie memang tak pernah tak kepoh. gua ada beberapa situasi  sebenar yang boleh dikongsi tentang meteor air liur nie :






1) masa makan dengan member-member, kita pun berborak bagai nak rak. member-member pun menggila dok bantai gelak. tiba la turn kita nak bercerita. akibat keghairahan nak bercerita, akhirnya meteor air liur kita tersembur dan kena tepat pada hidung salah sorang member kita. habis bengkek je member tu.




2) masa makan dengan member-member, kita pun cuba nak gelakkan orang yang inesen. tetiba meteor air liur tersembur dan elok je mendarat ke dalam pinggan member-member kita. dan semua diam membisu seribu bahasa dengan tetibanyer.




3) masa kita berborak, kita nak bercerita tentang satu benda yang lawak nak mampos. tetiba meteor air liur pun tersembur dengan rasa tak bersalah dan yang sangat malangnya, ia masuk mendarat elok je ke dalam member kita yang tak sengaja terlopong masa tu. argh, nasib le !




4) masa dalam kuliah, lecturer yang terkenal dengan perangai hanjengnya suka mengutuk student kerap melampiaskan meteor air liur ke muka student-student. memang malang la student mana yang selalu kena dok paling depan tu. dan gua pernah rasa betapa malangnya diri gua bila kena dok paling depan.




5) masa nak beli goreng pisang panas dengan makcik gemok yang suka potpet. pisang goreng dia memang terkenal, so sebab tu la datang petang-petang nak beli seringgit dua. masa makcik tu masukkan goreng pisang gua ke dalam plastik beg, dan-dan tu la meteor air liur dia pun terikut masuk jugak. damn.




6) ada sorang budak nerd nak mengadu pasal baju sukan, lepas tu selamba badak dia je tersembur meteor air liur ke dalam air teh o ais gua. lepas tu boleh pulak dia buat derk je. memang dia buat derk je la sebab mana dia perasan air liur dia terbang sebuah. hangin bhaiiiiiii.






god damn it !!!






itu semua pengalaman gua dengan meteor air liur. anda bagaimana ? mesti lagi banyak pengalaman yang anda ada kan ? ce citer ce citer. jangan malu jangan segan. kita semua manusia biasa ye tak. hidup air liur ! hahahahahaha







Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted