-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

keluarga angkat di Melaka.









gua dah balik weh ! kelmarin dalam pukul 5 petang, kitaorang sampai kat maktab. dan oh ya, sangat lesu, penat, letih, burned, bla bla bla. apa yang pasti, sampai je kat bilik gua, gua terus terbungkam dan tertido entah berapa belas jam. sadis tak ? hohohoho


well actually, kem nie merupakan BIG fasa dua yang memang wajib disertai oleh gua dan guru-guru pelatih yang lain. BIG kali nie kitaorang kena terlibat dalam program keluarga angkat. kitaorang ada beberapa slot dengan keluarga angkat, termasuk salah satu slot yang dinamakan sebagai kembara sosial. dalam kembara sosial nie la, macam-macam ada weh !


kumpulan gua dapat ibu bapa angkat yang sangat terbaik la. kitaorang panggil diorang Ayah dan Mak. dah macam mak bapak betol gayanya. diorang tersangat la baik dan layan kitaorang macam anak sendiri. segan tu memang la ada, tapi kalau orang dah memberi, kita harus menerima ye dak ? sehari suntuk kitaorang habiskan masa dengan Ayah dan Mak. bersama dengan Ayah dan Mak, membuatkan gua terasa rindu betol nak balik kampung dengan mak bapak gua yang sebenar. sobs.






nie lepas program Sepetang Bersama Masyarakat Setempat. yang baju biru tu semuanya adik-beradik angkat gua.



masa nie berada di Laman Belia. kawasan nie sangat cantik weh, rugi tak dapat  jenguk.



nie la Atok kitaorang. umur dia dah 80 tahun okay, tapi sihat lagi. Atok adalah bapa mertua kepada Ayah kitaorang.



masa nie kitaorang melantak durian sampai pengsan. kat tempat gua punya la susah nak dapat durian, ada pun mesti mahal. tapi kat sini perghhhh, gua boleh makan free bebanyak je weh ! 



Ayah dan Mak la tukang bukak durian yang tak pernah kenal erti penat !



masa nie kitaorang amik tanah nak buat tanam kaktus. bajet rajin je weh. kalau kat rumah sendiri, haram jadah gua nak tanam kaktus. huhuhuhu



nie masa nak balik kem dah. sedih pun ada, sebab semua pakat berat hati nak berpisah.



bagi gua, Ayah sangat berwibawa orangnya. 



cuba teka kitaorang di mana. damn, jawapan dah sedia tertera kat dalam gambar okayyyyy.



sempat bergambar di pokok kepala sawit. macam la tak pernah jumpa pokok nie ye dak.



tengok gambar-gambar lama di rumah yang dah berusia 100 tahun. dan yang bestnya, rumah nie selalu  jadi  lokasi penggambaran drama kat negara nie weh.



kau ada ???? hahahahaha






banyak benda gua belajar daripada program nie. daripada benda yang gua tak pernah tahu dalam hidup, gua boleh jadi tahu. daripada benda yang gua tahu, gua boleh jadi blurr. gua dapat merasa kehidupan sesetengah orang yang tak berkemampuan. gua memahami hidup diorang yang serba sederhana. walaupun diorang hidup serba kekurangan, tapi budi bahasa dan layanan diorang sangat terbaik. dan yang penting, diorang tak sombong okay !


gua terpegun dengan masyakat kampung nie yang peramah dan sporting. sesetengah orang melabel yang orang negeri Melaka nie kebanyakkannya kasar dan keras kepala. tapi bagi gua, statement tu tak betol. mungkin tak semuanya kasar dan kerasa kepala dan mungkin ramai lagi orang sini yang okay je pun. biasa la tu kan, sebab nila setitik rosak susu sebelanga ye tak. kahkahkah ! berperibahasa pulak dahhhhhh.


okay la, gua cerita panjang pun bukan anda nak baca sangat ye dak. hehe ! pendek kata, gua enjoy la dengan program nie. program nie bukan boleh gua dapat kalau gua tak belajar kat maktab nie ha. program nie buat gua sangat menghargai golongan orang-orang tua. betol la, kita jangan lupa mak bapak kita kalau kita tak nak anak-anak kita lupa kat kita bila dah tua nanti. adios !







Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted