-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

senang je nak paham kami nie macam mana....






lelaki, kami bukan makhluk yang menyusahkan kalau kamu paham dan boleh baca gerak-geri kami. walaupun bagi kamu kami nie sememangnya kaum yang paling menyusahkan, tapi sebenarnya kami nak kamu paham kami, tu je.


senang je nak paham kami nie macam mana...



# kami suka membaca. kalau kami lebih suka baca novel daripada bagi perhatian pada kamu, jangan lah kamu marah kami sebab kami memang suka membaca and yeah, it's fun !


# mekap satu benda yang wajib kami buat. kalau kami mekap lama sangat tu, maknanya kami berusaha nak buat kamu bangga bila bersama kami. sila lah terima.


# jangan buat muka kalau kami tanya pendapat kamu baju mana satu yang cantik. sebab kami akan pilih juga baju yang kamu pilih walaupun baju yang kamu kata cantik tu sebenarnya memang tak cantik pun.


# jangan marah kami kalau kamu bosan dan penat ikut kami shopping sebab kami memang jenis yang suka berjalan dan tengok barang cantik. kami memang tak kisah kalau penat sebab shopping.


# jangan annoying kalau tengok kami makan gelojoh. kami makan gelojoh hanya bila kami makan di depan orang yang kami percayai je.


# kalau boleh kami nak kamu contact kami dulu, lepas tu baru la kami contact kamu. aishhh, malu la kami nak mulakan dulu ye tak.


# bunga-bungaan memang kegemaran kami. so kalau dah terlajak lalu depan kedai bunga, paham-paham la takkan jeling je weh. kami suka bunga ros tau.


# kami tak suka dengar kamu cerita pasal kereta je sepanjang masa. ya, walaupun kamu tengok kami nie macam beriya bebenor dengar cerita kamu tu. well, kami pun nak cerita pasal kami jugak. baru adil kannnnnnn.


# bergaya itu harus. kami tak suka kalau kamu tegur penampilan kami directly. kalau bagi kamu cara kami pakai shawl selekeh macam bangla, kamu jangan la cakap depan-depan kami. kami boleh terluka tau, walaupun hanya disebabkan cara pemakaian shawl yang kamu kata selekeh macam bangla tu.


# banyak perempuan cantik dalam dunia nie, ya kami tau. tapi jangan la puji lebih-lebih perempuan cantik yang lalu lalang depan kami. walaupun tak terpancar cahaya kejelesan di muka kami, tapi api marak kat dalam hati kami nie hanya Allah swt je yang tau.


# kami suka kalau orang wish birthday kami. kalau kamu sayang kami, kenapa kamu tak nak wish birthday kami ? bukan susah pun. sobs !


# kalau kamu tak suka budak-budak, jangan marah kami kalau kami melayan budak-budak lebih mesra daripada layan kamu. sebab itu memang datang dari naluri semulajadi kami.


# kamu kena bagi kami sokongan dan kata-kata semangat kalau kami rasa down. kami perlukan itu.


# masa itu emas ! kami sangat tak suka bila kamu datang lambat dan tak menepati masa yang dijanjikan. kalau kami datang tepat pada masanya, kenapa kamu tak boleh ? berak batu kah ?


# kami suka kamu jalan sebelah-belah dengan kami, walaupun kita nie kawan je. jangan la bagi kami jalan depan dari kamu ataupun kamu yang jalan depan dari kami. kesian kami tauuuuuuuu.


# kalau tadi kami ikut kehendak kamu nak pegi karaoke, kali nie tanya la kehendak kami pulak. kami tak suka asyik kehendak kamu je yang kena ikut. habis tu kehendak kami sapa yang nak ikut, hantu kak limah ?


# kami tahu kamu busy, kami paham je pasal tu. tapi kalau tengah calling, jangan la kamu tetiba menggelabah tak tentu pasal nak lepas tu off panggilan tetiba. huishhh sapa tak panas kalau camtu bhai. cakap slowly sudah la, nak tergesa-gesak buat apa. habiskan panggilan kita dengan cara yang cool okay.


# kalau kami tetiba senyap masa tengah syiok borak dengan kamu, maknanya kami terasa atau terkilan dengan kata-kata kamu masa tu. ucapkan la kata maaf pada kami walaupun susah bagi kamu nak rendahkan ego tu.


# pendiam itu tak best. kahkahkah !






Comments
2 Responses to “senang je nak paham kami nie macam mana....”
  1. _shera_ says:

    mohon copy boleyh x??huhu

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted