-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selamat Bertunang, Fatehah Mohammad.


entri kali nie gua buat khas untuk kawan gua yang bernama Fatehah Mohammad. walaupun gua tak ada peluang lagi nak kenal rapat dengan dia, gua pasti dia baik orangnya. walaupun kelas gua dengan dia selang sebuah kelas dan satu blok asrama yang sama, tapi gua tak berpeluang nak kenal rapat lagi dengan dia. apa yang gua yakin, dia amat baik dan peramah orangnya. hehe !

masa dulu-dulu, gua tak berapa nak ramah sangat dengan dia. kalau bertembung pun, tak bertegur sangat. senyum pun kurang. maklum lah, kelas lain-lain. course dia pun berbeza dengan gua. gua course Pemulihan Khas, tapi dia course Pendidikan Khas. so, tak banyak aktiviti yang boleh membuatkan kelas gua dan kelas dia bekerjasama. ada tu ada lah jugak, tapi jarang.

dulu gua ingat dia nie sombong. tengok pun orangnya macam bukan calang-calang orang. so dia bukan lah pilihan gua untuk berkawan. walaupun hakikatnya, gua sebenarnya yang sombong. gua sebenarnya yang tak tegur-tegur dengan dia. gua serious tak berniat nak berprasangka buruk dengan dia, tapi gua nie jenis yang kena orang tegur gua dulu, baru gua boleh beramah-tamah dengan orang tu. sorry lah, perangai buruk nie memang dari kecik tak boleh nak dibendung ! sob sob sob

gua dengan Fatehah sama umur, kami sebaya. dia mula kenal dan paham serba-serbi pasal diri gua melalui blog dan Facebook. walaupun kami tak pernah berborak sangat atau berkenal rapat sangat, dia dah boleh kenal macam mana gua nie hanya melalui blog dan Facebook gua. gua serious tak sangka, tapi tulah..apa yang dinamakan persahabatan.

Fatehah sangat baik dan peramah. gua tahu keluarganya pun mesti style baik-baik dan peramah jugak. kami dok belajar di maktab yang sama. semua benda pasal maktab, gua rasa dan dia pun rasa jugak. tapi tak sangka, akhirnya dia yang akan melangkah lebih jauh dulu daripada gua. gua nie tak tahu lah bila lagi, jodoh belum sampai. wahhhhh..seriously beruntungnya teha !



sorrylah teha, gua curi gambar lu daripada Facebook ! hehe


dalam masa beberapa hari lagi, dia dah nak bergelar tunangan orang. tak lama lepas tu, jadi isteri orang pulak. gua sangat terkejut sebab dia tak bising langsung. salute sangat dengan sifat rendah diri dia. insyaallah, kekalkan sifat tu dalam diri sampai bila-bila okay teha ? hehehe

Fatehah sungguh-sungguh nak gua pergi majlis pertunangan dia di Kuala Terengganu. tapi malangnya, gua tak dapat pergi sebab kekangan masa. lagipun gua ada urusan lain untuk diselesaikan. sedih tu memang sedih, sebab bukan senang orang nak menjemput kita ke majlis. mak gua pesan, kalau kita dapat undangan daripada orang, sebolehnya wajib datang. itu rezeki namanya. tapi untuk majlis pertunangan Fatehah nie gua tak dapat datang. gua mintak maaf sangat-sangat ye teha. *sedih*

lagipun buat masa nie gua tak ada kekuatan lagi untuk menjejakkan kaki ke negeri pantai timur tu. lebih-lebih lagi kat Kuala Terengganu tu ha. gua tak ada kekuatan lagi nak tengok orang lain naik pelamin, sarung cincin. bla bla bla..gua masih lemah lagi. kepada Fatehah, terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjemput gua ke majlis pertunangan teha. serious gua nak sangat pergi, tapi apa boleh buat last minute dan gua pun sangat jauh dari teha. btw, majlis nanti mesti meriah kan ! baru bertunang dah meriah, apatah lagi masa kahwin nanti ye tak. mintak maaf sangat tak dapat hadir majlis teha, tapi yang pasti insyaallah masa teha kahwin nanti gua wajib ada kat sana okay.

untuk Fatehah, nanti behave tau ! make sure dapat rehat dan tido yang cukup. no diet-diet, jangan tak makan langsung. eat something good untuk pastikan kesihatan dan tenaga badan yang baik. nanti mekap cantik-cantik dan pakai baju lawa-lawa tau ! wahhhh serious teruja sangat nak tengok gambar teha nanti. gua doakan semoga majlis teha berjalan lancar dan diberkati Allah swt selalu. doakan jugak jodoh gua cepat sampai, yieeeehoooo !! 



much love,
Asyiqin Ridzwan.



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted