-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

panas-panas makan depan tv !

tengah malam adalah waktu yang klimaks bagi gua. haiyoooo maksud gua, bukan klimaks untuk benda censored tu. ya, waktu tengah malam adalah waktu klimaks untuk gua berasa lapar gilaaaaa ! selalunya memang macam tu. tapi kadang-kadang gua tak layan rasa lapar tu, so gua akan cepat-cepat pegi tido takpun minum air banyak-banyak. tapi kadang-kadang gua terpaksa layan rasa lapar yang melanda kalau gastrik gua dah datang.

so tepat jam 11.45 malam semalam, perut gua tiba-tiba buat hal suruh disuap makanan. mulanya gua tak nak makan sebab nak jaga diet lah KONONNYA, tapi hampeh. akhirnya gua pergi jugak ke dapur untuk mencari benda yang boleh buat rasa lapar gua hilang. malangnya, gua tak jumpa satu hapa pun makanan yang sedap kat dapur. semuanya habis licin !

tiba-tiba mata gua tersentap dengan sesuatu yang membuatkan gua terpikir untuk buat sesuatu. WTF ayat gua, ignore pleaseeee ! okay, tiba-tiba gua ternampak beberapa ketul pisang hijau kat dapur. gua terus dapat idea untuk goreng pisang tu dan menjadi snek makanan gua. gua pun dengan berpeluh keringat yang tak hingat pergi lah menyiat kulit pisang tu sampai bersih dan seterusnya goreng sampai kering. dan kemudian jadilah.... !


TARAAAAAAAA !!! perghhh, sos banyak tak hingat, tu tertumpah tuuuuuu. *cover line*


kalau kat rumah anda ada pisang tengah menghijau lepas tu kena pulak dengan kelaparan yang sedang melanda, apa tunggu lagi ? anda serang dapur dan goreng pisang tu sampai kaw-kaw punya, lepas tu cicah dengan sos thai. perghhhhh !! sedap tuuuuuuu.

untuk dijadikan snek, anda boleh pilih pisang yang tengah hijau untuk digoreng sehingga betul-betul rangup. untuk rasa yang lebih mantop, anda boleh letak serbuk kari dan sambal cili. lepas tu gaul pisang-pisang tu dengan rata. jangan lupa letak garam sekali ye, kalau nak letak serbuk kunyit pun boleh. kalau pasal cara potongan pisang tu, terpulang lah pada anda. kalau gua, gua suka potong jadi kecik-kecik sebab nanti gua nak makan pun senang. ala-ala makan keropok lekor gituuuu !

lepas dah siap goreng, anda boleh makan pisang goreng rempah yang panas-panas tu di depan tv. pergh, memang masyuk gua cakap lu. semalam gua makan sampai tak hingat dunia, tau-tau je snek pisang gua kat pinggan tu dah habis. sumpah sedap ! dan yang paling syiok, gua dah tak rasa lapar lagi lepas tu dan boleh tido dengan nyenyak. hehehehe

jangan risau, kalori dia tak banyak mana pun. actually, kalori dia bergantung pada jumlah dan kuantiti rempah yang anda amik. tu bagi orang yang amik kisah sangat dengan kalori-malori nie. tapi gua lain. haha ! kalau gua dah rasa lapar tak hingat, gua pedulik hapa. makan je lah apa yang ada, dah tak kisah pasal kalori-kalori nie pun. yang penting, gua tak dapat gastrik dan tido pun lena. jangan anda ingat gua nak ajar anda jadi gemokssssss. selamat mencuba ye. hehehe !









 

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted