-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

memasak dari kecik weh !

agak-agaknya bila kali pertama anda memasak ? maksud gua, bila masa yang anda mula pegang kuali, sudip, pisau, rempah-ratus, bla bla bla. mesti anda tak ingat kan ? gua pun tak berapa ingat bila kali pertama gua belajar memasak. tapi kalau tak silap masa gua umur 9 tahun. punyalah kecik molek lagi dah bijak menyepahkan dapur mak gua. tak sah kalau tak kene marah laju-laju dengan mak lepas tu !




dulu mak gua selalu paksa anak-anak dia belajar masak. selalunya mak gua suruh belajar masak masa nak sediakan makan malam, tak pun masa hujung minggu. mula-mula, mak gua suruh belajar dulu macam mana cara-cara nak kupas bawang, siang ikan, potong sayur, bersihkan ayam dan mengenali pelbagai jenis rempah ratus. dia tak benarkan lagi kalau gua memandai masak lauk. memang bosan jugak lah, sebab asyik kene kerah buat benda-benda yang sama camtu. kehkehkeh !

bila gua dah mula jemu asyik kena buat keje potong-memotong je, gua mula mengada usik dapur mak gua. selalunya gua jenguk dulu apa yang ada kat dalam peti sejuk. kalau gua ternampak nugget ke sosej je, memang habis gua kerjakan. tapi nasib gua selalu je malang. mana taknya, bila gua nak panaskan minyak je mesti mak gua dapat hidu perbuatan anak dia perabis dapur. masa tu, barulah gua terasa nak bernanah je telinga dengar jeritan halilintar mak gua tu. tak jadi laaaaa nak goreng sosej sedap. sob sob sob

kalau mak bapak gua tak ada kat rumah, gua selalu memandai masak lauk sendiri. dulu hobi gua suka memasak. kalau tulis biodata nak bagi member-member, gua mesti tulis hobi gua ialah memasak. argh, jangan nak tipu gua. masa kecik-kecik dulu anda mesti pernah ada satu buku khas untuk kumpul biodata kawan-kawan, betul tak ? lepas tu suruh setiap orang tulis biodata comel-comel kat buku tu. haaaa..jangan tak nak ngaku. hehe !





dulu masa kecik-kecik bila gua rasa lapar je, gua suka masak main hentam taram je. contohnya, kalau gua nak makan udang, suka hati gua je goreng tanpa letak garam ke kunyit ke. kadang-kadang gua rasa macam nak sedap sikit, gua goreng letak sos cili botol then masuk ke dalam kuali yang penuh dengan udang tu. lepas tu bila dah siap bajet ngaku masakan gua kononnya sedap, padahal rasanya hanya Allah swt je yang tahu ! dan dengan muka terpaksa, gua kena lah habiskan jugak masakan gua tu walaupun berbau ala-ala hanyir gituuuuuu.

bila gua dah besar sikit, gua memberanikan diri goreng sotong. itupun main hentam tak letak tepung ke kunyit ke. main goreng kosong camtu je. punya lah perangai gua buruk ikut sapa entah. biasalah kan, sotong kalau kita goreng memang meletup tak hingat. lebih-lebih yang tak letak tepung tu ha. memang meletop habis terbang minyak ke muka. tapi gua nie otak kreatif sikit. bila gua nak menggoreng sotong tu, gua akan letak satu kerusi kat depan kuali. kat atas kerusi tu gua hampar kain batik mak gua konon boleh lah jadi perisai gua daripada terkena minyak terbang. bila mak gua balik kerja tengahari, apa lagi melenting lah orang tua tu. bila dia check sotong yang dia nak masak kat peti ais dah hilang, apa lagi bertambah melarut bebelan dia. kihkihkih !



well..tu semua kenangan masa gua kecik-kecik je. itu semua berlaku semasa proses gua nak membijakkan diri dalam bidang masakan. yup, gua memang minat memasak daripada kecik lagi. alhamdulillah sekarang gua tak ada masalah bila mak gua suruh masak hari-hari. tak kisah lah masak untuk lunch ke dinner ke..memang gua boleh. bila dah besar nie, mak gua suruh anak-anak dia je yang masak. dia dah jarang masak sangat. selalunya gua kena masak kalau gua dok cuti kat rumah, memang hari-hari family gua makan hasil daripada air tangan gua. kehkehkeh !

selalunya abah gua yang menjadi pengkritik tetap masakan anak-anak dia. abah gua tak pernah bising bab-bab masakan nie, dia terima je apa yang anak-anak dia masak. tapi kalau terlebih masin ke terlebih pedas ke..dia akan tegur lah. abah gua steady je orangnya weh. dan sekarang gua pun dah senang. alhamdulillah setakat nie tak pernah lagi family gua merungut kata masakan gua failed.

kalau gua teringin nak makan laksa ke spaghetti ke..gua boleh masak sendiri. gua orang jawa, so memang suka masak pedas-pedas dan pekat-pekat sampai lebam. gua siap dah ada keyakinan diri untuk bagi orang lain merasa jugak masakan gua, walaupun entah sedap ke tidak kat tekak orang lain. tak kisah lah kalau orang lain kata tak sedap weh, yang penting kita kena ada usaha dan keyakinan diri !






aik, pesal tetiba gua macam lawa sopan je kat gambar kat atas nie ha. mihahahaha ! itu rekaan je semata, sila jangan percaya Asyiqin Ridzwan sesopan tu bila memasak. best weh kalau kita dah pandai memasak nie. senang je keje, tak perlu tunggu dan mengharap orang lain. keje pun cepat siap. kalau tekak kita nak makan ikan panggang, then kita boleh je masak sendiri kat rumah. kalau kita teringin nak makan kek coklat, kita boleh buat sendiri. tak perlu beli mahal-mahal okay !

so apa lagi weh..belajar memasak daripada sekarang jom ! bagi yang dah pandai, boleh lah mempandai-pandaikan lagi kemahiran memasak yang dah sedia ada. tapi bagi yang belum pandai, boleh lah mula belajar sekarang. serious anda tak rugi apa-apa pun. lelaki tambah sayang adalahhhhhhh. *gatal sekejap*

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted