-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

lelaki pilihan gua ialah yang...



semenjak gua single nie, ramai pulak yang meng'approach' diri kat gua. haha ! terperasan sorang-sorang pulak dahhhh. tak ada, gua bergurau je lah weh. maksud gua semenjak gua single nie, barulah gua dapat rasa kebebasan dan nikmat menjadi single. yelah kalau kita single, ramai yang sudi nak berkawan dan berkenalan. kalau nak berkenalan masa kita in a relationship, karang dikatanya kita nie menggatal dan kacau hak orang lain. dah tercetus perang dunia pulak nanti ye tak.

argh, sudahhhh melalut pulak pasal single mingle nie. chillax, iklan sekejap ya ! sebenarnya, untuk entri kali nie gua nak berkongsi minat dan citarasa gua tentang lelaki. macam mana ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman dan pilihan gua. mesti anda kutuk gua "bajet gila minah sorang nie. konon ramai lah yang nak kau ?". well derrrr..gua bukan nak bajet ke bejat ke bajat ke, tak pun. gua cuma nak berkongsi je, mana lah tau kot-kot citarasa gua dengan anda sama ye tak ? boleh runding-runding sikit lepas tu. kehkehkeh !



Lelaki pilihan gua ialah yang...



# Kuat iman dan agamanya
kalau nak cari pasangan, tengok pada agamanya. gua serious tak kisah pun kalau bakal boyfriend gua tu tak alim, tapi jangan lah dia lupa tanggungjawabnya pada Allah swt. solat dia kena jaga, cukup 5 waktu. ibadah-ibadah sunat kalau dia tak rajin buat pun tak apa lah, mungkin satu masa nanti dia akan rajinkan diri untuk buat. tapi yang penting, solatnya dijaga. baca al-Quran pun tak ada masalah. ilmu agamanya pun sekurang-kurangnya dia tahu lah perkara-perkara yang wajib, jangan lah sampai tak tahu apa-apa langsung.


# Kurang merokok
gua tahu susah nak jumpa lelaki tak hisap rokok zaman sekarang nie. so bagi gua, gua tak kisah pun dia merokok tapi kalau boleh dikurangkan. jangan lah merokok depan gua, sembur asap kat muka gua. gua bukan benci lelaki merokok, tapi gua pening dengan bau asap rokok tu. gua paham lelaki yang suka merokok nie macam mana, tu dah jadi habit dia. cuma bila dengan gua, gua harap dia boleh kurangkan habit tu sikit demi sikit.


# Jauh lebih tinggi
gua nie tinggi orangnya. dah lah tinggi, badan gua pun jenis yang semangat-semangat punya. haha ! jadi, gua lebih selesa kalau bakal boyfriend gua tu lebih tinggi daripada gua. tak kisah lah dia besar mana pun, janji kena tinggi lah. gua suka lelaki yang tough-tough. bagi gua, lelaki keding-keding nie tak seksi lah. gua lagi suka lelaki yang badan dia quite tough dan jenis badan yang semangat-semangat sikit. kehkehkeh !


# Sedap mata memandang
bakal boyfriend gua tak kisah lah hensem ke tidak, asalkan sedap mata memandang. bersederhana je sudah lah. karang kalau hensem sangat, ramai yang minat dan susah nak jaga. so biarlah biasa-biasa je tapi kalau tengok muka dia pun sejuk je hati nie nanti. gua pun bukan cantik sangat, so lagi elok kalau bakal boyfriend gua tu pun orang biasa-biasa je. hehe !


# Bersih dan kemas
tak perlu blonde rambut jadi perang ke ungu ke, tak perlu semua tu. tak perlu pakai baju jenama mahal semata-mata nak tunjuk macho, tak perlu. cukup lah bakal boyfriend gua tu kemas orangnya. bijak sesuaikan penampilan dirinya dengan apa jua situasi. bersih dan tidak pengotor. gua lagi suka kalau dia berpakaian secara sederhana dan sempoi.


# Sederhana dalam semua perkara
tak kisah lah bakal boyfriend gua tu kaya ke tak..anak datuk ke tak..tu semua bukan pengukur. gua pun bukan jenis nak demand sangat, nak itu ini ke..nak makan tempat mahal-mahal je ke. bagi gua, gua lebih suka buat benda santai tapi bermakna. kiranya bersederhana je. cara dia berpakaian pun biarlah bersederhana je dan melambangkan diri dia yang sebenar. tak payah bila depan gua, barulah dia nak hipokrit pakai macho-macho. gua tak pandang pun semua tu sebab gua pandang hati dia, bukan luaran dia.


# Sekufu dengan gua
kalau nanti gua dah keje jadi cikgu, gua tak kisah kalau bakal boyfriend gua tu keje cikgu ke tak. kalau boleh, gua tak nak lah dia pun sama keje cikgu macam gua. bukan demand, tapi biarlah berlainan. tak kisah dia keje apa pun, yang penting dia dah bekerja dan kerja dia halal. gua tak kisah pun kalau pendidikan dia lagi rendah daripada gua, tapi yang penting keje dia tu boleh menjamin masa depan. kerja dia mestilah sekufu dengan kerja gua nanti. gua lebih suka kalau keje dia lagi up daripada keje gua sebagai cikgu nanti. maklum lah, nanti kan dia akan jadi bakal ketua keluarga.


# Matang
gua suka lelaki matang. tak kisah pun umur dia berapa, tapi yang penting bakal boyfriend gua tu haruslah matang dan serasi dengan gua. kalau umur dia lagi muda daripada gua pun tapi dia matang, gua okay je. tapi kalau umur dia jauh lagi tua daripada gua, gua lebih suka sebab arghhhhh..gua memang suka lelaki yang berpikiran matang dan tidak kebudak-budakkan, tahu ? arghhhhh *tension tetiba*


# Suka kanak-kanak
gua suka kanak-kanak, so bakal boyfriend gua harus suka kanak-kanak jugak. lagipun gua nanti jadi cikgu sekolah rendah, so setiap hari akan bergelumang dengan kanak-kanak. dia kena paham tugas gua dan dia jugak haruslah ada sifat penyayang dalam diri dia. ciri-ciri nie penting sebab nanti gua nak dia jadi seorang bapa yang penyayang kepada anak-anak gua. gua nak dia jadi penyayang untuk gua jugak.


# Tak berkira dan tak kedekut
bakal boyfriend gua mestilah tak berkira dan tak kedekut dalam segala perkara. gua memang jenis yang tak kisah dan tak bergantung sangat dengan lelaki, tapi kalau boleh dia haruslah tidak berkira dengan tanggungjawab dia sebagai bakal boyfriend gua..sebagai bakal suami gua..dan sebagai bakal bapa kepada anak-anak gua nanti. kalau dengan gua pun dia kedekut, susah lah kalau dah kahwin nanti ye tak.


# Bukan jenis pemarah dan mengongkong
haaa..yang nie paling penting ! yelah, gua paham sifat pemarah memang ada pada semua manusia. bezanya sikit ataupun tidak. gua akui gua pun jenis pemarah jugak kalau ada benda yang tak kena di mata gua, tapi gua jenis yang cepat sejuk. kalau boleh bakal boyfriend gua jenis yang memahami sikap pemarah gua. jangan gua marah, dia pun nak ikut marah. kalau gitu, memang hancus lah jawabnya. so bakal boyfriend gua haruslah jenis yang biasa-biasa je dan yang boleh memahami diri gua.







fuhhhh..cerewetnya Asyiqin Ridzwan ! haha mesti anda rasa annoying gila baca entri nie kan. sorry lah kalau rasa menyampah, tapi nak buat macam mana. itulah ciri-ciri lelaki yang gua pilih. gua pilih macam tu bukan sebab apa pun. gua nak pastikan semua ciri-ciri tu kekal hingga ke akhir hayat dan yang boleh dibawa sehidup semati.

gua nak pilih bakal boyfriend bukan untuk bersuka ria atau berenjoy menjoy, tak pun. gua pilih bakal boyfriend sebab nanti bakal boyfriend gua tu akan pegang 3 status sekaligus bila dia sah jadi boyfriend gua. pertama, dia lah boyfriend gua. dia lah yang akan menjaga gua. dia yang akan menyayangi gua dengan ikhlas dan jujur. kedua, dia lah boyfriend yang akan menjadi suami dan menikahi gua dengan sah. dia lah kawan karib gua dan sehidup semati dengan gua nanti. dan ketiga, dia lah bapa kepada anak-anak gua hingga ke nafas terakhir. dia akan bekerjasama dengan gua untuk menjaga dan sama-sama menyayangi zuriatnya nanti.

gua dah cukup penat bercinta. apa yang gua pikir, bila lepas nie gua dapat yang terbaik, gua terus nak kahwin. bercinta selepas kahwin tu lebih nikmat dan lebih diberkati ! gua malas dah nak bertukar-tukar pasangan nie. kejap dengan orang sana setahun, kejap dengan orang sini 3 tahun. mak aih, penat wehhhhhhh. bagi gua, semasa bercinta semua benda hipokrit. orang boleh tipu kita macam-macam, tapi lepas kahwin baru kita perangai sebenar dia dan apa true colour dia. masa tu nak menyesal pun tak guna weh.

Allah swt itu tahu apa yang terbaik buat gua dan siapa lelaki yang tercipta untuk gua. lambat-laun gua akan jumpa dan hidup jugak bersama dengan lelaki tu. cuma sekarang, gua tak pasti siapa yang akan memegang 3 status dalam hidup gua tu nanti. biarlah kita bersederhana dengan pasangan atau jodoh kita. memang lah kalau boleh kita nak cari dan terima yang terbaik, tapi kita jangan lupa..kadang-kadang bila kita mencari yang terlalu dan tersangat sempurna, kita akan hilang yang sempurna. argh, faham tak ayat gua ? harap paham la ye.


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted