-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Holiday yang paling simple.



hello ! 

hari tu gua ada cakap nak sambung entri INI. mula-mulanya bila dipikir balik, malas betul gua nak sambung tapi tak apa lah, sambung je lah. ini lah gunanya ada blog. boleh berkongsi pengalaman bersama member blogger yang lain ye tak. huahuahua

okay lah, hari tu gua terpaksa pergi ke Melaka sebab ada urusan penting. walaupun perjalanan ke sana memakan masa dalam 5 jam lah jugak, tapi gua gagahkan diri jugak demi urusan penting tersebut. haaa..tabah tak ? kehkehkeh. so dengan besar hatinya, kakak gua offer diri untuk temankan gua ke sana. dia kata sambil menyelam minum air la kan. dia nak ikut sebab nak bercuti kononnya walaupun gua cakap depan dia "sigh, Melaka boring dowh".

gua bercuti selama 3 minggu sekarang, so macam rindu-rindu jugak lah dengan Melaka nie walaupun dah jemu duk sana. tempat sasaran kitaorang dah tentu tak lain tak bukan kat area Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Medan Samudera, Hatten Square..argh, senang citer kitaorang serbu area Banda Hilir. tapi malangnya, kitaorang tak sempat nak amik gambar banyak-banyak sebab dok sibuk kejar masa nak balik Selangor pulak.


Atiqah Ridzwan dengan beg merahnya !

sapa yang bercuti kat Melaka, dah pernah serbu Hatten Square ? kalau belum, sila serbu jangan tak serbu okay. Hatten Square nie boleh tahan lah seronoknya. boleh jugak dianggap sebagai syurga kepada penggemar teknologi canggih manggih nie. kalau rasa tak mampu nak beli, tengok-tengok je pun boleh. tak berdosa pun. tapi disarankan bawak duit lebih tak pun kredit kad siap-siap kalau nak bershopping di Hatten Square nie okay. dalam gambar kat atas, yang bangunan tinggi warna kelabu gelap tu la Hatten Square.

mula-mula kena lah breakfast dulu. restoren kat Melaka terutamanya area Banda Hilir tu memang agak mahal, standard harga pelancong lah kan. even kedai mamak pun mahal tau. so kena pandai pilih la. kitaorang pilih Mcdonald Dataran Pahlawan je sebagai tempat untuk bersarapan. sah-sah dah boleh bajet sikit sebab harga makanan Mcdonald memang standard di semua tempat restoren Mcd. hehehehe


Atiqah Ridzwan layan bubur ayam je.


Asyiqin Ridzwan bedal Big Breakfast.

lepas siap bersarapan, kitaorang pun bergerak cari apa yang patut. shopping lah sikit-sikit kat Medan Samudera dan Heritage Dataran Pahlawan. kat situ anda kena pandai pilih tau. jangan main hentam taram je beli. kadang-kadang ada yang tak jujur bila diorang tau kita nie pelancong. padahal diaorang tak tau gua nie dah duduk Melaka hampir 3 tahun, so tak boleh lah nak kencing gua dengan harga mahal ye tak. kehkehkeh

kitaorang nak beli cencalok kat Dataran Pahlawan, pergi sana tak sah kalau tak beli cencalok. so masa nak beli cencalok tu kitaorang tengok harganya RM3.50. pergh, harga cencalok sekarang bukan main mahal bebenor. tapi tak apa lah, saja nak bagi kat kawan-kawan, kitaorang pun beli lah jugak beberapa botol. tapi yang kelakarnya, bila kitaorang lepak kat Melaka Sentral, boleh pulak terjumpa cencalok yang masih dijual dengan harga RM2.50. see ? kalau dulu, gua selalu beli cencalok untuk family dengan harga RM2.50 je. agaknya diaorang naikkan harga mungkin sebab ikut harga pelancong takpun kadar sewa kedai yang dah menaik.

percaya tak kitaorang sampai Melaka pada hari Jumaat petang dan balik ke Selangor pada petang Sabtu ? haha, sila percaya ! sangat penat okay. walaupun duit banyak terbang, tapi yang penting kitaorang enjoyed. petang tu kitaorang naik LRT untuk bergerak ke stesen bas puduraya. 


muka lesu gila ! tudung dan baju gua dah bertukar, magic tak ? hohoho


suasana LRT stesen Bandar Tasik Selatan tersangat lah padat dengan manusia yang berbaju warna merah. kebetulan malam tu ada perlawanan bola sepak piala FA antara pasukan Terengganu dan Kelantan. punyalah ramai penyokong Kelantan ! mata gua pun dah jadi bling bling tengok warna merah sana sini. diorang nie semangat kenegerian sangat kuat. tak kisah la menang ke tak, yang penting diaorang bersatu padu. baguslah macam tu ye tak.

tapi gua tak nampak sangat penyokong Terengganu petang tu. ada tu ada, tapi tak ramai macam penyokong Kelantan. mungkin diorang tak suka pakai baju hitam putih kot atau mungkin tak nak menonjol sangat. nasib baik kitaorang tak naik LRT yang menuju ke Ampang. kalau tidak memang jenuh berhimpit macam dalam tong sardin gamaknya.

apa-apa pun tahniah buat pasukan Terengganu sebab menang piala FA malam tu. gua bangga lah jugak walaupun gua bukan anak jati negeri Terengganu. tapi gua tumpang gembira sebab gua pernah ada kenangan indah kat negeri tu. gua akan ingat sampai mati kenangan indah tu weh. tetiba rasa tak sabar pulak nak bercuti ke Terengganu nanti. huahuahuahua

kami selamat sampai ke rumah tepat jam 9.10 malam. alhamdulliah ! so itu je lah ceciter-ceciter gua dengan kakak gua di Melaka. walaupun kitaorang tak adalah holiday bebenor, tapi kitaorang enjoy weh. so kepada anda yang memilih Melaka sebagai destinasi percutian, gua ucapkan selamat bercuti di sana. mana lah tau kot nanti boleh terserempak gua kat Pantai Klebang ke kat Mahkota Parade ke boleh lah kita tegur menegur. adios !


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted