-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Gambit oh Gambit.



nie lagi satu isu panas yang baru nak dipanaskan. apa lah nak jadi dengan orang melayu kat Malaysia nie. dah lah Melayu, dah confirm-confirm lah orang Islam ye tak. gua serious kecewa lah dengan orang Melayu yang semakin rosak. gua sebenarnya malas nak amik port kalau artis gadoh-gadoh nie. tapi gua serious tersentap gila bila dengar nama 'BLOGGER' pun turut terlibat sama dalam ayat makian dia tu. pergh !




whoa..ayat dia gila cari nahas ! agak-agak lah bro nak maki bloggers sampai macam tu sekali. walaupun dia keluarkan statement tu sebab dia hanya tak puas hati dengan sesetengah bloggers, tapi statement dia kat atas nie serious buat semua blogger panas hati. gua ulang...SEMUA BLOGGER. kalau nak kutuk bloggers lain, bagi lah ayat spesifik sikit. so blogger lain tak ada lah nak serang bagai, ye tak ?

kenapa nak salahkan blogger ? kalau lu nak salahkan sesetengah blogger pun, jangan keluarkan statement kontroversi macam tu bhai. lu keluarkan statement tu seolah-olah lu menyalahkan semua blogger di Malaysia nie. gua yang tak ada kena-mengena pun ikut tersentap sekali dengan ayat dia nie sebab gua pun blogger jugak weh. cakap lah gua menggelabah macam mana pun, tapi gua serious tak puas hati dengan statement gambit nie. ini serious !

bagi gua, masalah kontroversi panas nie boleh reda bila gambit tampil ke hadapan dan mohon maaf dengan rakyat Malaysia. ini tidaknya..lagi teruk adalah ! dia boleh keluarkan lagi macam-macam statement yang langsung tak menggambarkan diri dia tu artis. statements dia semuanya bajet bagus dan konon dia lah yang perfect. siap boleh kutuk orang Malaysia nie dengan panggilan hina seperti anjing menyalak nak tulang..kaum bloggers mangkok..blogger cibai..melayu bodoh..what the fuck ?? *haaa..kan gua dah termencarut nie*





inilah klip video Marilah nyanyian Prema Yin dan klip video diarahkan oleh Gambit Saifullah. terus-terang gua cakap video nie sangat burst out ! mungkin secara teknikalnya kualiti video agak baik tapi perjalanan cerita video nie serious macam hampeh. apakebende nie weh ? 

ini bukan budaya kita lah. kalau betul Gambit nak buat perjalanan cerita klip video nie pasal ego suami isteri, dah tak ada idea lain ke bro ? banyak lagi idea lu boleh pakai. buat kat taman rekreasi ke aksi kejar-kejaran ke..argh, banyak lagi ! kenapa mesti ada aksi-aksi yang berunsurkan porno ? kenapa mesti berpakaian macam celaka ? pergh, klip video nie dah terlebih tahap ghairah dah nie weh. lagu pun bukan sedap mana, kadang-kadang jengkel juga gua mendengarnya. hmmm..kalau gua nampak adik-adik gua dok tengok klip video nie kat youtube, sumpah gua rasa malu sangat-sangat !

benda nie dah melibatkan sensitiviti masyarakat di negara kita. berkaitan jugak dengan agama kita weh. gua sangat tak setuju dengan pembikinan klip video macam nie. gua sangat kecewa mana nilai-nilai moral yang dididik dalam budaya Malaysia. kita nak tolong kurangkan gejala kerosakan sosial dalam masyarakat kita, si Gambit nie boleh pulak bikin klip video panas macam nie. dia tak tau ke kuasa dan pengaruh internet nie paling banyak menyumbang kepada kerosakan gejala sosial kat negara kita nie ?? aihhh !

gua tengok alasan yang diberikan Gambit sangat tak munasabah. apa salahnya kalau Gambit tampil ke hadapan dan ucapkan kemaafan. kalau dah satu malaya kecam, lu ingat bagus sangat ke post statements yang buruk kat twitter tu ? oh come on bro..jangan lah buat orang lain rasa lagi nak kecam lu. lu nak lawan berjuta blogger memang tak mampu, sebab lu sorang je bro. argh, ini lah kali pertama gua tengok artis yang keluarkan statements yang biadap dan kotor macam tu. gua baca statements yang dikeluarkan Gambit nie, serious gua boleh nilai gambaran personaliti diri dia yang sebenarnya..EGO TINGGI ! tak nak terima kesalahan diri sendiri dan masih nak menegakkan benang yang basah. 

anda sendiri pun boleh nilai lah artis jenis nie kat page Facebook dia di link SINI. gua nasihatkan anda tengok-tengok je lah dan amik pengajaran dari situ. tapi jangan pulak anda tambah-tambah komen yang kontroversi. karang tak pasal-pasal kena hentam dengan peminat dia, dah nanti sakit hati sorang-sorang pulak ye tak. gua pun tak like page dia, tapi gua nak tengok sejauh mana ego dia nie. well...macam nie ke artis yang nak dijadikan contoh untuk generasi kita ? sumpah failed !


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted