-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Terminal Bersepadu Selatan terbaik !


dah biasakan diri dengan Terminal Bersepadu Selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan ? pergh ayat kemain nak bajet pembaca iklan. gua baru je biasakan diri dengan TBS nie dalam sebulan yang lepas. sebab sebelum nie kalau gua nak balik Melaka, gua turun kat stesen Bukit Jalil tak pun kat Terminal 1 Seremban. lalu depan TBS tu sebelah mata je, kot-kot lah TBS tu tak penting untuk gua kan.

lepas hentian puduraya baru dah dibukak kepada orang ramai, dengan rasminya gua terpaksa menjadikan TBS sebagai satu stesen bas terpenting dalam hidup gua untuk balik ke Melaka. mula-mula gua memang terkial-kial lah jugak kat situ. tapi kali kedua gua layan TBS, gua dah boleh sesuaikan diri. gua tak rasa menyesal tinggalkan hentian puduraya yang banyak berjasa untuk gua suatu masa dulu sebab gua dapat TBS yang jauh lagi selesa dan superb siotttttttttttt. *ini orang tak sedar dek untung namanya*

gua pasti ramai yang dah tak heran dengan TBS nie. kiranya gua nie termasuk dalam kategori orang 'pending dengan TBS' lah nie kan. sob sob sob. argh, gua tak kisah. gua nak tulis jugak dengan harapan dapat tolong newbies yang nak gunakan TBS lepas nie. dengan adanya kemudahan macam TBS nie, gua harap ramai anak-anak muda terutamanya perempuan sanggup buat keputusan untuk keluar dari negeri masing-masing dan belajar cari pengalaman di negeri orang. and heyyo, welcome to the new world guys ! 



lepas anda check in dan turun elevator, anda akan jumpa banyak gates. kawasan nie sangat besar dan luas.


masa untuk mengesahkan tiket anda. nak tak nak kena beratur, so jangan risau anda tak dapat tempat duduk.


cuba cari sampah plastik merah yang gua tinggalkan. kejam punya orang ! fine, tipu je. gua buang kat tong sampah lah lepas tu.


kerusi terlalu banyak. so jangan risau kaki anda patah sebab menunggu lama. kahkahkah !


gua berlepas di Gate 5. pintu gate automatik dan guna sensor.


nak pastikan bas anda dah sampai ke belum ? boleh tengok kat TV tu. actually berlambak lagi TV dalam kawasan tu. gua rasa setiap tiang besar dan setiap depan pintu gates ada TV macam tu.


lihatlah muka yang berminyak dan lembap serta dibaluti dengan selendang Hana Tajima tak jadi. wahahaha, jijik ? yes !


inilah tiket yang anda dapat lepas beli di kaunter tiket TBS nanti. canggih gila dowh, siap ada nama tuuuuuuuuu. dengan adanya nama di tiket nie, nama anda akan dipanggil beberapa kali sekiranya pemandu bas confirm yang anda belum naik bas lagi.


gua pilih Mayang Sari. kelas A gituuuuuuu.



banyak lagi kawasan yang anda boleh jumpa dalam TBS. kemudahan sangat banyak. kalau anda nak naik komuter atau ERL atau LRT, semuanya ada dalam laluan yang sama. jangan risau kalau anda tersesat atau terkeliru okay ?

kalau nak solat ke nak terkencing terberak ke, ada disediakan banyak tandas dan surau untuk lelaki dan perempuan. pondan ? errr..tak tau lah. pandai-pandai lah diorang pilih sendiri nak masuk tandas yang mana satu. tempat makan pun banyak. ada KFC, Burger King, food court dan banyak lagi kiosk yang jual makanan dan minuman. 

haaaa..nak shopping pun boleh. banyak kedai yang jual barang-barang macam galeri tudung, baju-baju, butik ala-ala vintage, kedai runcit yang ekslusif, butik kasut pun ada. tempat duduk dan meja banyak disediakan di mana-mana je. jadi, tak payah nak mencapap duduk kat atas lantai macam kat hentian puduraya ehhhhh. *pesanan untuk pendatang asing*

tak ada lagi ulat tiket and whatsoever. cara nak tempah tiket pun sangat sistematik dan menggunakan peralatan teknologi canggih macam ala-ala komputer touch screen dan mini mikrofon gitu. tak payah dah nak lekap-lekap muka kat depan cermin kaunter tiket dan menjerit macam lah orang yang jaga kaunter tu pekak bebenor. pilih mana-mana destinasi yang dituju dan pilih syarikat bas mana yang anda nak. sila sediakan IC untuk tempahan tiket okay.

ada banyak platform kat situ dan pastikan anda mencari platform yang betol. setiap platform ada polis bantuan yang jaga dan anda harus check in sebelum turun ke bawah. kalau anda rasa sengal-sengal ubi ke batas ke..boleh pergi kat 7 Eleven tak pun kedai farmasi yang dibukak kat situ. paling terbaru, rasanya banyak lagi yang akan dibukak kat TBS tapi masih dalam proses pemindahan barang-barang. im not so sure about that, sorry then.

sapa-sapa yang nak menuju ke arah selatan atau arah selatan nak ke TBS, boleh lah pakat ramai-ramai datang sini. banyak kemudahan yang disediakan, selesa pulak tu. harga tiket pun berbaloi. masih sama dan tak ada caj tambahan pun yang dikenakan. so kepada orang yang jenis kedekut tahi idung masing, jangan risau duit anda tak akan berkurangan. kehkehkeh ! rejoice.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted