-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kena percaya pada hukum KARMA.




KARMA ?


karma itu memang benar. memang wujud. memang berlaku dalam kehidupan manusia. karma tu selalu sangat sinonim dengan ayat macam nie, "hari nie hari lu..tengok lah esok lusa baru lu tahu langit tu tinggi ke rendah".

adakah karma nie lebih kurang macam hasrat diri nak membalas dendam ? gua rasa boleh jadi jugak macam tu, tapi tak semestinya karma nie sebab nak membalas dendam je. mungkin lebih kurang macam mahukan sesuatu keadilan untuk sesuatu perkara.

orang buat benda baik, akan dibalas baik. orang buat benda jahat, akan dibalas jahat. kalau anda perangai macam setan asyik buat orang lain sakit hati, jangan terkejut kalau esok lusa tulat anda banyak sakit hati bila orang lain buat perangai setan dengan lu. kalau hari nie anda ikhlas dan banyak tolong orang susah, jangan terkejut kalau suatu hari nanti, kebaikan anda akan dibalas dengan berlipat ganda. semua tu tak mustahil sebab adanya HUKUM KARMA.

sekarang nie kalau anda buat jahat buat lahanat kat dunia, Allah swt bayar cash je weh. lambat ke cepat, tu kuasa Tuhan. tak kisah lah dalam apa cara sekali pun, tu ketentuan Allah swt. tu diluar bidang kuasa kita sebagai manusia yang lemah dan hina.

gua pernah alami sendiri benda nie. satu petang yang nyaman, gua shopping-shopping baju dengan member gua. tiba-tiba azan berkumandang kat masjid besar yang berdekatan dengan tempat gua shopping tu. gua cakap dalam hati "nanti lah balik rumah kang baru solat. awal lagi nie, shopping dulu mana yang patut". agak lewat jugak gua balik daripada bershopping tu, maklum lah perempuan kan memang very complicated bila nak buat pilihan. masa gua dah sampai rumah, ingat nak belek-belek lah baju yang gua dah beli tu. tiba-tiba gua perasan baju yang gua beli tadi tak ada. siap dengan plastiknya sekali hilang, mahal tu weh ! gua called member gua kot-kot dia terambil ke..then dia check memang dia tak terambil pun. 

kat situ, gua rasa menyesal sangat. gua pikir nie lah balasan untuk gua sebab melengah-lengahkan solat walaupun dah dengar azan yang kuat daripada masjid tu. apa salahnya kalau gua tangguhkan dulu bershopping dan pergi je kat masjid tu untuk menunaikan solat. sob sob sob. sesungguhnya gua manusia yang penuh kekhilafan.

banyak lagi sebenarnya yang pernah berlaku kalau manusia aware dengan benda-benda macam nie. ingat lah, walau sekelumit pun niat jahat kita, akan ada balasannya weh. eh eh waitttttt...kenapa gua rasa macam dah melalut sikit je dengan topik asal gua pasal KARMA tadi ? kehkehkeh !!

okay, anda hayatilah klip video faizal tahir kat atas tu. gua rasa terbaik lah video dan lagu faizal tahir nie, memang betul-betul karma lah tu weh. boleh menang AJL kotnyerrrrrrr. tapi jangan pulak anda ikut apa yang perempuan dan lelaki tu buat. tu berdosa, even kita tau dia buat tu atas sebab nama karma. jadikan klip video tu sebagai penyampaian mesej pengajaran kepada manusia okay. kalau gua jadi perempuan dalam tu, mungkin gua pun akan menyimpan dendam kesumat. ishhhh simpang malaikat 44 !



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted