-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kadang-kadang kita ALPA.

dah lumrah manusia yang mudah alpa dengan macam-macam perkara. gua pun tak ketinggalan untuk mengaku yang gua pernah jugak buat macam tu. kita merasakan duniawi lebih seronok, lebih hebat daripada akhirat kelak. kadang-kadang bila kita selalu mengejar perkara duniawi, kita abaikan tanggungjawab untuk bekalan ke akhirat kelak.

kenapa bila kita nak buat sesuatu yang wajib dalam agama Islam, kita rasa tak enjoy nak laksanakannye ? contohnya, solat 5 waktu. kenapa sesetengah orang rasa solat 5 waktu tu adalah beban dan payah bebenor nak buat. tapi kenapa ada jugak orang yang rasa solat 5 waktu tu sangat menyeronokkan dan menenangkan jiwa ? kenapa sesetengah orang rasa nak pergi ceramah agama tu membosankan, tapi kenapa ada orang yang rasa pergi ceramah agama tu best gila ?








sesetengah orang berbeza sikap. ada yang menganggap perkara wajib seperti solat Jumaat tu macam 'alaaaaa..relaks lah bro. lu menggelabah apesal, jap lagi gua pergi masjid lah'. gua paham, gua sebagai perempuan mungkin tak tahu menahu sangat pasal tanggungjawab lelaki untuk pergi solat Jumaat nie. gua tahu perkara macam nie mesti selalu terjadi kan.

tapi kalau cakap pasal perkara duniawi, laju je bergerak. tak payah ajak banyak kali, dah pandai bergerak sendiri. pelik, sungguh pelik !







bila dunia semakin canggih dengan teknologi berkuasa tinggi bagai, manusia semakin lama semakin mudah alpa. nak menghadap Allah swt pun payah, berat je rasa hati tu. apatah lagi nak buat ibadah sunat kat masjid atau baca Al-Quran sebagai ubat penenang jiwa. bila manusia semakin sibuk dengan keje yang banyak kat kuliah atau office, manusia semakin melupakan Allah swt. manusia alpa bahawa Allah swt itu sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya.

bila manusia merasakan diri senang dengan kekayaan dan kejayaan bisnes, manusia lupa pada tanggungjawab. manusia mengejar target di dunia je, tapi lupa untuk mengejar target di akhirat yang kekal. bila muflis dalam perniagaan tak pun perniagaan tak laku, pandai pulak merajinkan diri tetiba pergi buat solat hajat lah, doa sampai nangis-nangis lah, bla bla bla. niat kat hati satu benda je iaitu mengharap Allah swt jadikan bisnes maju kembali seperti biasa. OMG, mana boleh macam tu  weh !

kalau dah nak exam, baru lah nak cari kawan-kawan yang pernah buat silap dulu. mintak maaf berbagai. peluk sana sini mintak restu. tapi sebelum exam, ada ke nak mintak maaf peluk sana sini ? haram tak ada. menyakitkan hati kawan, beremosi tak tentu arah dengan kawan, buat muka kerek dengan kawan, cakap kasar dengan kawan..semua tu dikira sebagai satu kesilapan jugak sebenarnya. cuma kita tak sedar je benda tu kita dah buat kat kawan kita sendiri. kalau sekali dia terasa hati, maknanya kita dah pun sakiti hati dia.






kalau keluar hangout dengan member, bila member ajak singgah solat bukan main bagi banyak alasan. alasan yang sebenarnye satu je, TAK NAK MEKAP HILANG. haaaa..yang nie perempuan selalu suka buat. bagi gua, tak perlu lah kita nak menipu diri sendiri. gua pun mekap jugak, tapi kalau gua boleh solat, gua solat je macam biasa. cuma lepas tu kena jadi rajin lah nak mekap balik.

kalau cakap pasal duniawi, laju je nak tersentap. kalau ada mega sale sana sini, tak payah cakap banyak cepat je kaki tu bukak langkah seribu. laju je berjalan, dah tak pandang kiri kanan dahhhhhhh.





see ? berapa ramai manusia yang nak mengaku pernah buat perkara-perkara macam kat atas ? gua mengaku kadang-kadang gua sendiri pun selalu buat. paling obvious bila gua duk bercuti kat rumah. mak aih, malas gila weh ! mak gua selalu membebel kalau dia suruh gua pergi solat masa gua syok tengok tv tapi 10 minit kemudian gua masih tak berganjak lagi dari tv.

manusia memang takkan lari daripada sifat alpa dan seterusnya membuat kesilapan. yes, that's true....nobody's perfect ! kalau rasa diri lu perfect, sila angkat tangan sekarang dan mengaku depan gua dengan ayat nie, "oh im so perfect ! nothing can beat me of course ! gua paling hebat daripada orang-orang hebat kat muka bumi nie !". haaaaaa...sapa rasa dia perfect, sila lah sebut ayat tu dengan kuat. buat rakaman pun okay gak. lepas tu share kat Facebook takpun buat fanpage sendiri okay ? DEAL !









Comments
2 Responses to “kadang-kadang kita ALPA.”
  1. haha entry ni memberi nasihat bagus2...

    JOM JOIN HARI GURU CONTEST

  2. ainol, saja nak saling mengingati. sye pun selalu buat. manusia mmg camtu kan, mudah alpa. :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted