-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

hipokrit


pernah tak anda rasa sakit bila terpaksa jadi hipokrit ? pernah tak anda rasa sakit bila terpaksa menipu diri sendiri. gua yakin, semua orang pernah buat benda yang menyakitkan hati kita sendiri. walaupun hakikatnya kita sendiri pun tak nak jadi macam tu ye tak. sabor je laaaaa...

ada baik dan buruknya kita kena jadi seorang penipu untuk diri sendiri. tapi keburukannya lebih banyak lah berbanding kebaikannya. yang nie memang gua pun tak menafikan, sebab apa ? sebab yang parahnya diri kita sendiri. orang lain tak rasa apa-apa pun, tapi kita sendiri yang makan hati.





kalau kita jadi hipokrit dengan diri sendiri, tu petanda kita tak hargai dan sayang diri kita. mungkin kita sendiri tak tahu kenapa kita nak jadi hipokrit dengan diri sendiri, adakah sebab EGO ? atau adakah sebab kita nie jenis yang tak sanggup nak menyusahkan perasaan orang lain ? it depends on you. hati manusia lain-lain. btw orang kata, kalau selalu pendam-pendam masalah nie, muka cepat tua. kahkahkah !! okay fine..tu fakta yang gua cipta sendiri. sila jangan percaya.

kalau jadi gua, gua nie jenis memilih sikit. gua jadi hipokrit dengan diri sendiri bila berhadapan dengan orang yang gua tak rapat. tapi kalau dengan orang yang gua rapat dan sayang gila, perghhh..jangan diukur tinggi ke rendah ego gua tu ha. gua boleh jadi orang yang paling rendah egonya dengan sendiri tanpa disuruh, padahal orang sekeliling dah tersedia maklum yang gua nie seorang perempuan yang berego tinggi.





macam annoying gila kan bila jumpa perempuan yang ego tinggi yang amat nie. perghhhh rasa nak tembak-tembak je dengan pistol air. salah satu contoh terbaik, gua lah orangnya tu. sob sob sob

kepada para jejaka di luar sana, perempuan nie takat mana je ego dia tu. cakap je gebang lebat nak mampos padahal hati perempuan sebenarnya diibaratkan seperti kek span. bila dituang air sikit je, dah boleh jadi lembut. tapi tak boleh tuang air selalu, sebab nanti dia akan jadi lembik selembik-lembiknya dan tak boleh dipulihkan semula.

gua tahu gua ada sifat buruk iaitu ego tinggi. ego tinggi gua akan melanda bila gua rasa terancam. fulamak, ingat nie main perang-perang raksasa dengan ultramen ke hapa ?? tapi selalunya ego gua akan kalah dengan orang yang gua percaya, yang gua rapat, yang gua sayang. contohnya macam bestfriends..pakwe..mak bapak kat kampung..*warghhhhh..homesick tetiba*

ego + hipokrit akan menghasilkan satu sikap yang tersungguh annoying bila dilakukan terhadap orang lain. tu diaaaaa..ayat macam nak pakai untuk exam dahhhh. sekarang nie, ego gua yang tinggi tu boleh dibendung lagi atas sebab-sebab tertentu. tapi, sikap hipokrit terhadap diri sendiri tengah melanda macam ribut taufan dalam diri gua sekarang. gua hipokrit bukan bajet nak tunjuk yang gua hebat. takkkkkk..gua jadi hipokrit sebab gua cuba nak belajar berdikari dan nak cari kekuatan dalam diri. 


and thanks for being such a lovely person to me. thank you very much !


akhir kata...you go girl !!!!! *sila bunyikan sekarang dalam nada kononnya anda jadi cheerleaders yang tersangatlah gedik*










Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted