-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

EXAM dan CINTA.


esok gua ada exam EDU 3104. pergh, first paper gitu weh ! halamak, gua rasa kerdil je diri bila menghadap buku EDU tu. maklum lah, study last minute. fikiran melayang entah kemana. dengan perasaan yang celaru berperang-perang kat dalam otak gua sekarang nie. oh tidakkkkk..gua belum bersedia sepenuhnya untuk masuk dewan peperiksaan esok.

ini ujian yang Allah swt berikan, Dia nak lihat sama ada gua kuat atau tidak menghadapi dua benda penting dalam satu masa yang sama. insyaallah, gua kuat ! atas berkat doa dan sokongan daripada kawan-kawan gua, gua boleh berhadapan dengan dua benda penting nie dengan kekuatan yang tak seberapa ada nie ha. kalau ada kawan gua tegur "kau okay ke tak weh?", gua tetap akan tersenyum dan ini je jawapan tipikal yang gua boleh sebut.."okay ke tak okay, kita kena buat-buat okay ye tak".





EXAM. satu benda yang penting bagi individu yang bergelar pelajar. tak kisah lah pelajar ke tak, exam nie memang satu benda wajib yang harus dilalui. dalam minggu exam kali nie, gua dalam keadaan yang sangat depressed. gua tertekan dengan dugaan yang ada, tapi gua bukan jenis yang bila nak depressed, gua nak mengalah habis. nope, that's not me !

gua sekadar manusia biasa, memang lemah terutamanya bila diuji. gua memerlukan sokongan dan semangat daripada semua orang, so benda tu boleh buat gua jadi kuat dan oh yalah...kuat untuk berlakon yang kononnya gua nie okay je tak ada apa-apa masalah pun. well...berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

exam merupakan tanggungjawab gua sebagai seorang pelajar. so gua tak boleh buat banyak alasan untuk mengelat daripada berhadapan dengan exam. orang lain kena exam, gua pun kena exam jugak. tak adil lah kalau dah study tahap gaban, gua nak lari daripada exam ye tak. tak cool lah wehhhh..

nak tak nak, gua kena teruskan jugak tanggungjawab yang ada. study, study dan study ! mak bapak gua mesti kecewa kalau tengok gua asyik menangis macam orang gila padahal tak sedar diri nak exam. gua tak nak semua orang yang sayang gua kecewa, so gua nak study hard untuk score dalam final exam kali nie. agaknya si dia pun mesti tak nak tengok gua jadi camni kan ?





CINTA. ada orang kata "go to hell lah dengan cinta nie. apa jadah nak exam, tapi dok sibuk pikir pasal cinta-cinta nie. nonsense !". fuhhhh..panasnya ayat lu. kalau setakat cinta monyet, memang gua dah tak pernah amik port pun. tapi nie bukan cinta monyet dah, nie cinta dinosaur ke monster hapakebende ntah gamaknya.

gua yakin dengan apa yang gua miliki dan gua takkan cepat menyerah kalah dengan apa yang gua dah miliki tu. senang-senang je nak bagi benda yang kita sayang jatuh kat tangan orang lain..fuhhh, sapa yang jadi macam tu memang rugi gila. sekurang-kurangnya kalau tak dapat pertahankan benda yang kita sayang tapi kita dah berusaha, tak adalah terkilan sangat ye tak. gua dah pasrah kalau gua kalah dalam pertahankan cinta gua nie, gua takkan rasa terkilan dan menyesal sebab gua dah cuba. kalau anda di tempat gua, anda bagaimana ?

gua ikhlas dengan cinta gua. gua jujur dan gua yakin dengan apa yang gua dah pilih. tapi kita manusia biasa, kita hanya merancang dan memilih tapi Allah swt tu lebih mengetahui. arghhhhhhhhhhh..syiqin, boleh tak jangan tulis lagi ayat nie ?! *marah diri sendiri*






fine, tak salah kita nak pikir soal cinta time nak exam nie ha. tapi kene pandai stabilkan kedua-duanya. jangan lupa dua perkara nie..EXAM dan CINTA. gua takkan lupa dua-duanya dalam satu masa yang sama, sebab bagi gua..gua rasa gua ada tanggungjawab pada kedua-duanya. itu saja. dua-duanya sama penting untuk gua. dua-dua perlukan fokus dan usaha. sapa usaha lebih, dia dapat lebih..so jangan berhenti berusaha okay. btw, cinta tu subjektif, terpulang pada anda. ada cinta pada Allah swt, cinta pada rasul, cinta pada keluarga, cinta pada kawan-kawan..cinta pada kucing kat rumah..bla bla bla... *membebel sorang-sorang*

selamat maju jaya kepada semua kawan-kawan gua yang akan menghadapi final exam bermula esok dan minggu depan ye. semoga dipermudahkan semasa menjawab peperiksaan dan apa-apa pun, kena berusaha, yakin dan banyakkan berdoa. good luck weh !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted