-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

duit 50 sen dan jajan kek lapis apollo.



dulu masa kecik-kecik, gua suka mintak duit 50 sen kat mak gua sebab nak beli aiskrim pong dengan jajan apollo. dulu kalau gua ada duit 50 sen tu dah kira budak hebat la. susah tu nak dapat banyak macam tu. agak-agak lepas dapat beli sendiri aiskrim pong dengan jajan apollo ke chewing gum ke keropok ke..gua rasa gua dah cukup hebat. ya, memang hebat. LOL

sekarang nie apa barang duit 50 sen. sekarang main ratus-ratus dah, 50 sen tu bagi lepas untuk basuh dobi kat asrama je. itu pun kena cari lagi 3 syiling 50 sen nak cukupkan dua ringgit baru lah mesin basuh tu nak berpusing. masa gua banyak duit, gua tak pandang pun duit 50 sen. perghhhh tu dia...punyalah berlagak macam taik kucing. tapi bila masa poket dilanda musim kemarau, bukan main berharga 50 sen tu. pantang nampak duit 50 sen atas lantai, cepat-cepat kutip. lepas jugak kalau nak beli aiskrim Malaysia sebungkus dua. heheh !

dulu masa gua kecik-kecik, kalau dah dapat 50 sen, gua mesti ajak jiran-jiran gua serang kedai amoi kurus kat belakang taman perumahan gua. lepas tu makan aiskrim pong sup sap sup sap sampai habis kat bawah pondok kayu kat tepi padang bola tu. kiteorang lawan antara satu sama lain sapa yang paling cepat habiskan aiskrim pong dia. pergh, nikmat gua cakap lu ! kalau bukan aiskrim pong, kiteorang balun pulak aiskrim Malaysia yang ada macam-macam perisa tu. selalunya perisa Milo lah jadi rebutan ramai.

tapi lepas syarikat jajan Apollo memperkenalkan sejenis jajan kek lapis tu, gua bukan main suka lagi. selalu gua akan simpan duit sikit demi sikit semata-mata nak beli jajan tu. punyalah obses sampai gua rasa gua beli jajan tu hari-hari. hari nie perisa lain, esok perisa lain. perghhhhhh !



haaaa..sapa suka jajan nie masa kecik-kecik dulu ? jom jadi geng gua sekarang ! phewwwww, jangan tertipu dengan saiz beliau.


kalau gua makan jajan nie dulu, gua dah boleh rasa kenyang sampai malam. kelembutannya, keenakkannya menusuk jauh ke sanubari gua cakap lu. saiznya yang agak besar, isi yang tebal dan padat dan rasanya yang cukup mengagumkan..pergh, buat gua tak boleh tido malam dowh ! *lebatnya ayat gua wehhhhh, maap le.*

dulu jajan nie hampir sama besar dengan tapak tangan gua. makan jajan nie, lepas tu makan sekali dengan aiskrim pong yang sejuk mejuk..mak aihhhh, memang nikmat di petang hari. hari tu, gua cari makanan ringan kat Mydin, konon boleh buat santapan sikit sebagai minum petang kat asrama. sekali tu gua terjumpa jajan nie kat atas rak item yang nak dijual. ceh, terkedu lah jugak buat beberapa saat.

tanpa berfikir panjang, gua amik 2 kotak besar jajan nie terus pergi bayar. satu perisa original, satu lagi perisa salutan coklat. alaaaaa...yang plastik merah dengan plastik kuning tu, tahu ? sampai je kat asrama, gua amik satu bungkus nak makan. bila bukak je jajan tu, terkejut beruk gua dibuatnya !



bila beliau belum dibukak dan cuba bandingkan dengan saiz simcard hotlink gua, okay fine.


lihatlah saiz beliau yang sebenar dan bandingkan dengan illustrasi di plastik beliau, okay fineeeeeeeee.


haaaa tu dia ! saiz beliau bila dibandingkan dengan saiz standard simcard hotlink gua, OMG !


ceh, kecik bebenor. memang confirm gua tak kenyang macam zaman kecik-kecik dulu. nie makan sekaut dua kat mulut, dah habis. kalau dulu, bukan main tebal dan besar saiz dia. harga masih sama, tapi saiz berbeza sama sekali. gua pikir, standard lah zaman sekarang nie. dulu kalau nak beli nasi lemak bungkus dah boleh dapat dalam 50 sen. tapi sekarang nasi lemak bungkus tak jumpa dah yang harga 50 sen, semua pakat harga seringgit takpun seringgit setengah. LOL

kalau dulu laicikang semangkuk dua kupang, sekarang nie laicikang semangkuk dua ringgit ! (nyanyi sikit lagu 'laicikang semangkuk dua kupang' weh !). kalau dulu gua rasa dah cukup hebat pegang duit seringgit, sekarang duit seringgit pun pandang sekali imbas je. itulah beza zaman dulu dan zaman sekarang. so la nie, jajan kegemaran gua pun dah jadi mangsa perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang. baru ingat nak tangkap nikmat di petang hari, spoiled gila dowh !

tapi tak apa, gua bersyukur dengan apa yang ada. janji gua dapat makan, itu dah memadai. kalau dulu makan jajan apollo nie dengan aiskrim pong, sekarang gua makan jajan apollo nie dengan air teh 0 panas kat asrama. try lah weh, dijamin ada urmphhhhhh !!!!..







Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted