-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

dua makcik debab mengumpat.



semalam merupakan hari yang bernasib baik bagi gua. pada asalnya, gua tak berniat pun nak balik kampung minggu nie sebab gua busy dengan kerja dan penat bersukan yang tak hilang lagi. tapi bila mengenangkan muka mak abah gua kat kampung, gua jadi rindu sangat dan akhirnya gua dah pun berada di rumah sekarang. 

bangun pagi tadi, hati gua cukup lega. satu perasaan yang cukup lega bila gua bukak mata je gua dapat tengok halaman rumah gua yang menghijau kat luar tingkap. gua lega bila dapat tengok meja belajar gua kat penjuru bilik. gua lega bila dapat tengok gambar-gambar lama gua kat atas rak buku. gua lega bila gua dapat dengar suara mak abah gua kat luar bilik. oh sumpah lega dan hilang rindu sekarang !

tiba-tiba gua boleh tergelak sorang-sorang bila teringatkan kisah petang semalam yang kelakar. rasa kesian pun ada dengan makcik-makcik tu. tapi apa boleh buat, itu lah padahnya kalau orang yang tak paham bahasa dan tak hormatkan privasi orang lain. ish jahat gila mulut. kahkahkah !

semalam dalam bas, gua duduk di kerusi yang bersebelahan dengan dua orang makcik debab. dah lah debab, bising pulak tu. gua nak sedapkan hati gua, so gua pasang earphone kat dua-dua telinga gua. gua pasang volume yang paling kuat tapi yang tak bestnya, gua still boleh dengar suara dua orang makcik debab nie. kalau suara sedap dan cakap pun benda-benda elok tak apa lah jugak. nie tidaknya, dari awal perjalanan sampai ke akhir perjalanan, dua orang makcik debab nie mengumpat dan terus mengumpat dengan suara dan ketawa yang kuat macam lahabau.

dalam hati gua dah menyumpah-nyumpah. kang kalau gua tegur, diorang kata gua kurang ajar dengan orang tua pulak. kalau gua tak tegur, gua makan hati sorang-sorang. gua nak tido pun susah tahu tak. sabar je lah dengan perangai dua orang makcik debab nie. gua serious tak kisah kalau diorang nak bersembang, tapi agak-agak lah pun sampai menganggu orang lain. hormati privasi orang lain sebab bukan lu sorang bayar duit tambang oiiiii.

bas pun sampai ke destinasi yang dituju. gua jeling je dengan dua orang makcik debab tadi. nak turun tangga bas pun mulut diorang tak henti-henti buat bising. masa diorang nak turun tangga bas, tiba-tiba ada satu suara berbunyi. lepas gua dengar suara tu, tiba-tiba gua boleh tersenyum puas. lu tahu kenapa gua boleh tersenyum puas ? kahkahkahkah !!



"halamak kecoh lah asyiqin ridzwan nie. kita nak ngumpat pun tak bolehhhhhh"


gua boleh tersenyum puas sebab pemandu bas ekspres tadi pergi tegur dua orang makcik debab yang kuat mengumpat tadi macam nie, "akak-akak, tak baik ngumpat orang. dari melaka sampai ke shah alam, saya boleh dengar sebijik-sebijik apa yang akak-akak ngumpat tau". tu dia lima das terus dua orang makcik debab tu kena sembur. terima kasih bang drebar !

kalau anda berada di tempat gua, apa yang anda rasa ? apa yang anda perlu buat ?

so think about it human of earth. kadang-kadang kita nak orang hormat kita tapi kita sendiri tak hormat orang so macam mana kita nak buat orang hormat kita kan ?  lu pikir lah sendiri.







Comments
2 Responses to “dua makcik debab mengumpat.”
  1. aDfeez says:

    hahahah hambek... kekadang malu dan sedih bila lihat orang yang tua umurnya dr kita bersifat keanak2an dan tak matang....

  2. itulah memang puas dapat tengok muka makcik2 tu terkedu lepas kene tegur dgn drebar bas. sebab umur punya pasal kan, tak berani nak tegur.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted