-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

dia tak kenal lagi Asyiqin Ridzwan nie macam mana.



pernah tak anda alami perasaan marah bila dapat duit koyak ? ya, DUIT TERKOYAK.

oh mungkin lah orang boleh kata 'laaa..normal la tu dapat duit terkoyak. kecoh lah ko nie." yelah, mesti lah kena kecoh dah disebabkan benda alah nie lah gua kena caci tak memasal dengan orang lain, tahu tak ? shitto !

walaupun hanya bernilai rm5, namun tu tetap duit yang ada nilai. cuba anda bagi duit rm5 kat peminta sedekah, agak-agak dia bersyukur gila-gila tak ? dah tentu dia bersyukur sangat. selalu orang lalu depan peminta sedekah bagi rm1 tak pun duit syiling, tak pun memang tak bagi duit langsung. kalau peminta sedekah tu dapat rm1 pun dia dah cukup bersyukur, so apatah lagi bila dia dapat rm5. walaupun duit tu hanya bernilai rm5, gua anggap nilainya tinggi lah jugak.

gua beli makanan kat pasar malam minggu lepas. dalam keadaan yang kelam kabut, mana lah gua ada masa nak check duit yang peniaga hulur. mungkin salah gua jugak sebab gua tak check dulu duit yang peniaga hulur, tapi bak kata orang 'tak ada ong lah wehhh'.

akibatnya gua sendiri yang susah. nak bayar kat peniaga lain, semuanya tolak. semuanya tak nak terima sebab duit terkoyak tu tak laku. macam siot je gua dengar kata-kata diorang. yang gua hangin tu semua pakat kerek macam bingai bila gua hulur duit rm5 terkoyak tu. apa salahnya kalau berbudi bahasa sikit, cakap elok-elok dengan gua ? bukan gua paksa suruh amik jugak duit tu pun . gua cuma tunjuk je pun, saja nak tengok respons orang berniaga nie macam mana.


antara ayat yang paling pedas gua terima ialah...


"dik, mana laku dah duit nie dik. orang sekarang dah moden dik, jangan jadi bodoh main terima je duit terkoyak. kalau adik tak ada duit tapi nak beli barang akak nie jugak, akak mintak maaf lah dik. adik boleh beli kat tempat lain".


 
perghhhhh..bukan main berlagak gila ayat akak nie. gua panas je dengar. kecik besar kecik besar je gua tengok akak tu. bukan main berlagak tak ingat dunia. dah tak lama nak hidup gamaknya, apa lu ingat dengan jadi berlagak macam tu bisnes lu confirm-confirm laku sepanjang hayat ke ????

dia belum kenal Asyiqin Ridzwan nie macam mana. gua nie jenis jahat sikit. bila orang buat gua, gua akan buat orang tu lebih dari apa yang dia buat kat gua. tu prinsip gua. lepas kena herdik dengan akak tu, gua keluarkan duit rm10 nak bayar. gua amik jugak barang yang gua dah bayar dan terus cakap kat akak tu "keep the changes". lepas tu gua balas dengan ayat nie sambil tersenyum sinis.



"terima kasih la ye kak. akak, jangan ingat nak berlagak macam nie sampai buat orang sakit hati, bisnes akak terus maju. kalau akak terus berlagak macam nie, saya jamin satu hari nanti akak mesti baru nak tersedar kenapa akak dah tak boleh layan orang macam tu lagi."




terkebil-kebil akak tu kat kaunter. gua pedulik hapa, gua terus keluar dan tinggalkan akak tu. mesti akak tu berhangin gila lepas dengar perlian pedas gua. argh, gua peduli apa. itulah balasan untuk orang yang tak reti berbudi bahasa dan menyakitkan hati orang lain.  sapa suruh berlagak sangat ?

at the end..duit rm5 yang terkoyak tu gua bagi kat sorang member gua. gua suruh dia amik je duit tu dan cakap kat dia kalau dia nak guna duit rm5 tu pergi je tukar yang baru kat bank. member gua tu blurr-blurr tapi dia terima je duit tu. akhirnya duit tu pun dah jadi rezeki dia, ye tak ? hehehe




Comments
2 Responses to “dia tak kenal lagi Asyiqin Ridzwan nie macam mana.”
  1. qwert. says:

    huhuu , dulu pernah dapat duit koyak . seb bek seringgit ja :D

  2. tulah nasib baik seringgit je, cuma dapat yang rm10 ke rm5 ke..perghhh berhangin la jugak :D

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted