-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

bersyukur dicipta untuk menjadi WANITA.



siapa itu Wanita ?



Kau digelar sebagai penyeri dunia
wanita adalah penyeri dunia. wanita disimbolikkan sebagai satu ciptaan Allah swt yang penuh keindahan dan kecantikan. tanpa wanita di dunia, agak-agak ceria tak dunia ? kalau semua manusia berjantina lelaki, boleh tak anda bayangkan macam mana keadaannya ? i just can't imagine ! LOL


Hadirmu melengkap hubungan manusia
fitrah semulajadi manusia ialah lelaki diciptakan untuk untuk wanita dan begitulah sebaliknya. lelaki tidak diciptakan berpasangan dengan lelaki, begitu juga wanita. lelaki gagah perkasa macam mana sekalipun, hidupnya masih memerlukan seorang wanita. wanita setinggi mana darjat dan pangkatnya pun, hidupnya masih memerlukan lelaki ye tak ?


Bukan sahaja dirindui yang biasa, namun Adam turut sunyi tanpa Hawa
lelaki, sila tak payah terlalu ego dan menafikan keinginan di hati bila berhadapan dengan wanita. sila tak payah nak mengaku gay kalau diri tu masih ada keinginan bila berhadapan dengan wanita sejati. tak payah memesongkan diri dan menafikan kehendak hati, tu semua mengarut ! nabi Adam sendiri memerlukan Hawa sebagai pelengkap dirinya, ini kan pula kita yang hanya manusia kerdil.


Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
ye, gua memang mengaku adakalanya gua tak boleh berfikir dengan betol. main taram je setuju dan terima semua benda yang tak sepatutnya. itulah kelemahan wanita, mudah terpengaruh. so wanita kena banyak belajar dari pengalaman. banyak belajar ilmu supaya dapat mengawal kebodohan dan nafsu diri sendiri. ilmu tu pun berguna demi kebaikan diri kita sendiri.


Jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkan ia dengan iman yang teguh
hati wanita memang rapuh. hati wanita memang lemah. bila berhadapan dengan situasi sedih, hati wanita akan menangis semahu-mahunya. bila berhadapan dengan situasi gembira, hati wanita lah yang paling gembira dan bersinar. tapi yang peliknya, kenapa lelaki tak macam tu ha ? sebab itulah kadang-kadang wanita mudah lemah bila berhadapan lelaki, lebih-lebih lagi lelaki yang disayanginya. so kuatkan ia, kukuhkan lah ia dengan bekalan iman dalam diri. sebelum kita nak buat apa-apa, yang penting ingat Allah swt dan keluarga kita.


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
wanita tercipta untuk lelaki. lelaki juga tercipta untuk wanita. Hawa tercipta dari rusuk Adam. lelaki dan wanita yang tercipta untuk hidup bersama ialah apa yang kita namakan sebagai jodoh. sebab itulah jodoh datang dengan keizinan daripada Allah swt. Dia tahu siapa yang terbaik dan diciptakan untuk kita. buat lah apa cara sekalipun, kalau dia bukan jodoh kita, dia tetap takkan dapat bersama dengan kita selamanya. semua itu ada hikmah disebaliknya.


Bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung
wanita tidak dicipta untuk dipijak-pijak. juga tidak dicipta untuk dipukul-pukul. tidak dicipta untuk diherdik, dimaki, dihina, dibuang, dipermainkan perasaannya. wanita adalah insan yang berhati dan berjiwa lembut. tapi kenapa pada zaman moden serba canggih nie, wanita asyik jadi bahan monopoli lelaki ? kenapa ramai wanita yang menjadi bahan terajang atau gusti lelaki ? apa kudrat wanita tu sampai dibuat macam tu ? tolong lah wahai makhluk bernama manusia !


Tapi dekat dibahu untuk dilindungi, dekat jua dihati untuk dikasihi, engkaulah wanita hiasan duniawi
wanita yang berhati lembut mahu dilindungi oleh lelaki. dilindungi, disayangi dan dikasihi dengan ikhlas. cinta wanita adalah suci dan jujur sebenarnya. kalau ada wanita yang tak jujur, mungkin ada sebab kenapa dia jadi macam tu. dan gua pasti, puncanya mesti berkaitan dengan lelaki jugak. contohnya, dia jadi playgirl sebab dulu dia pernah dikecewakan oleh lelaki. atau dia jadi seorang wanita yang berhati batu sebab dulu dia pernah ada kisah hitam dengan lelaki, who know ? wanita dilahirkan dengan sifat penyayang dan pengasih, lelaki pun tak boleh nak tandingi sifat yang ada kat wanita tu. itulah istimewanya wanita.


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk
peribadi wanita mudah dibentuk kalau kena pada caranya. memang orang selalu cakap 'lagi senang jaga lembu sekandang daripada jaga sorang anak perempuan'. itu just tanggapan masyarakat je, tapi hakikat sebenarnya, peribadi wanita senang dibentuk menjadi yang terbaik kalau kena pada gaya didikan dan caranya pimpinannya. wanita sebenarnya tak susah pun nak dijaga dan dibimbing. wanita mempunyai emosi dan perasaan yang jauh berbeza dengan lelaki. so, kalau cara pimpinan dan didikan pun baik, insyaallah peribadi yang dimiliki jugak akan baik.


Didiklah wanita dengan keimanan
wanita memerlukan lelaki untuk menjadi pemimpinnya. wanita memerlukan lelaki sebagai pembimbingnya di dunia dan di akhirat. macam mana nak membentuk peribadi wanita, kalau lelakinya pun tak ada iman ? macam mana nak mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan yang diberkati dan diredhai Allah swt kalau tak ada didikan iman yang betul ? lelaki hancur, perempuan pun ikut naik sama hancur. sebab itulah Allah swt itu mengetahui apa yang terbaik bagi setiap hambaNya.


Bukannya harta ataupun pujian, kelak tidak derita berharap pada yang binasa
jangan didik dan manjakan wanita dengan harta ataupun pujian. sebab tak dinafikan, dua benda alah tu memang selalu jadi punca kelemahan dan kesesatan akidah wanita. hanya wanita yang betul-betul bersifat kesederhanaan je yang tak mudah kalah dengan harta dan pujian. pantang lelaki tabur janji-janji manis, harta kemewahan, atau pujian melambung-lambung..wanita yang tak kuat iman je mudah tersungkur. so wanita, sila lah tanamkan sifat kesederhanaan dalam diri masing-masing. kita tak perlukan semua tu. apa yang kita perlu ialah agama Islam kita.


Sedarilah insan istimewa, bahawa kelembutan bukan kelemahan, bukan jua penghinaan dari Tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan
jangan bila pikir diri tak sanggup nak marah orang lain, kita rasa kita lemah. jangan bila pikir diri kita cepat kesian kat orang lain, kita rasa kita lemah. jangan bila pikir suara kita lembut macam angin, kita rasa kita lemah. kita insan istimewa, kita ada kelebihan kita yang tersendiri. ada sebab kenapa Allah swt cipta kaum hawa dan bukannya ada kaum adam je semata-mata. walau apa pun yang Allah swt beri pada kita, kita kena bersyukur. semua wanita itu cantik, tak ada yang tak cantik. cuma yang membezakan kecantikan masing-masing ialah dari segi akhlak dan peribadinya. kalau dia gorgeous jelitawan sekali pun, tapi perangai buruk dan menghisap rokok, adakah dia masih dikategorikan sebagai cantik ? kalau dia tak cantik pun tapi perangai elok dan peribadi baik, adakah dia tidak dikategorikan sebagai cantik ? think about it dan nilai lah sendiri.


hey, jadi wanita nie seronok tahu ? tak payah sibuk-sibuk nak tukar identiti jadi jantan ke tomboi ke pengkid ke, serious best !




gua bersyukur diciptakan Allah swt untuk menjadi seorang wanita. gua bersyukur walaupun gua nie orang biasa-biasa je. gua bersyukur walaupun gua tak cantik mana. gua bersyukur gua masih ada peluang untuk hidup di dunia nie dan seterusnya berusaha untuk mengubah dan menjadikan diri gua seorang yang berperibadi baik. insyaallah, gua pasti..gua yakin semua wanita di dunia nie pun ada perasaan yang sama macam gua ye tak ? hehehehe bersemangat waja pepagi buta nie la pulakkkkk.











Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted