-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

tak paham persahabatan, jangan bersahabat.


lu paham ke apa maksud sebenar persahabatan ? kalau lu tak paham, sila rujuk sumber yang sahih. kalau sumber yang lu rujuk tu guna bahasa standard tapi lu susah nak paham jugak, gua sarankan lu pergi cari sumber rujukan yang guna bahasa Urdu.

kalau lu rujuk dalam kamus pelajar, maksud persahabatan ialah hal atau perbuatan bersahabat atau perhubungan sebagai sahabat atau atau..tamat. itu kamus pelajar kata. kalau gua yang kata, maksud persahabatan ialah hubungan yang erat dan berkonsepkan keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan sikap terbuka menerima siapa sahabat sejati kita. ngerti lu ?

kali nie gua nak membebel pasal erti persahabatan. gua tak paham, kenapa ada sesetengah manusia yang tau nak berkawan dengan manusia-manusia lain tapi diri dia sendiri pun tarak paham apa maksud sebenar persahabatan. kalau lu tak paham, baik tak payah berkawan dengan sesiapa. pergi berkawan dengan burung hantu lagi bagus. entah-entah burung hantu pun tak nak berkawan dengan lu.

kalau lu dah pegang title SAHABAT, maka adalah seharusnya..apalah, ayat gua pelik. maka lu harus berperanan sebagai seorang sahabat dengan sebaiknya. hormat perasaan sahabat. ada sifat bertimbang rasa. bertolak ansur bla bla bla dan yang penting, kena terima kebaikan dan kelemahan sahabat lu. tu yang penting !



1) cakap benda betol dengan cara yang betol.
kalau lu cakap lu tak pernah tersensitip dengan sahabat lu, lu tipu. kadang-kadang kita boleh tersensitip dengan sahabat kita tanpa dia sedar. kalau lu betul-betul tak puas hati dengan cara dia, cakap depan-depan. be professional man ! cakap depan dia elok-elok yang lu tak berapa berkenan dengan cara dia, mungkin dia akan terasa tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa salah dia dan dia boleh muhasabah diri. kalau lu jenis pendam dalam, lu sakit sorang-sorang. nanti yang stress lu jugak, silap haribulan lu terjun gaung bunuh diri sebab dah tak tahan sangat. sapa rugi ?



2) terima kelebihan dan kelemahan.
biaq pi..eh ter'speaking' utara pulak. biarkan lah dia kalau dia memang orang yang manja. dah itu sifat dia, sapa kita nie nak ubah ? kalau manja menggedik yang dibuat-buat tu, memang nak mintak penampar gamaknya. terima je sikap manja dia, asalkan tak keterlaluan dan tak memudaratkan orang lain. itu pun susah ke ? kalau dia memang jenis yang suka menggatal, biarkan je dia kalau memang betol dia jenis manusia macam tu. cuma sebagai kawan, lu tegur elok-elok. dia tak boleh berubah secara mendadak, tapi dia boleh berubah sikit demi sikit. kalau dia cantik dan up-to-date pun then apa masalah ? terima je kecantikan dia walaupun kita tak berapa cantik sebab itu dah kelebihan dia. yang penting, kita kena jaga diri kita sendiri. tak payah dok sibuk jaga tepi kain orang nak jeles menjeles.



3) bodoh sebab lelaki atau perempuan.
sangat bodoh bila dua orang sahabat bergaduh sebab seorang lelaki atau perempuan lain. aduhai, bagi gua benda tu sungguh bodoh tahap gaban. kalau dia ada boyfriend dan lu tak ada boyfriend pun then why ? lu nak jeles dengan dia sebab dia ada boyfriend ? kalau lu buat macam tu, seriously lu manusia tak berhati perut. lu kena paham, mungkin masa lu belum tiba. orang yang ada kekasih nie tengah bahagia, kadang-kadang boleh lupa sahabat sendiri. actually benda macam nie kita kena jadi profesional, matang dan sedar diri sendiri sudahhhhhhhh.



4) dedah segalanya di dalam blog.
fuh, apa kejadahnya nak dedah segala kelemahan dan keburukan sahabat kita sendiri dalam blog ? oh come on guys, tak best lah buat macam tu. gua paham blog tempat untuk luah perasaan tapi agak-agak lah sikit. lu gadoh dengan sahabat lu sendiri, lu hambur dalam blog. lu tak puas hati dengan sahabat lu, lu hambur jugak dalam blog. segala masalah dalam geng, lu hambur tanpa rasa bersalah dalam blog. then apa tujuan lu buat macam tu ? nak bagi semua orang yang tak ada kena-mengena dengan lu tahu ? ke nak jadi famous macam famous amos ? makin banyak lu dedah masalah persahabatan lu dalam blog, makin banyak masalah yang lu ambil. bila makin banyak masalah lu ambil, lu buat orang semakin menyampah dan akhirnya masalah pun tak selesai. tambah lagi, lu telah memalukan diri lu sendiri. kah kah kah ! SUMPAH KELAKAR orang-orang yang buat keje macam nie.



alhamdulillah, gua dengan geng gua tak ada masalah. kalau ada masalah, kami lebih suka bersikap terbuka dan menerima. cuma gua tak berkenan dengan sikap sesetengah manusia yang tak profesional. sumpah perangai macam budak-budak. umur dah besar, tapi otak macam budak tadika.

sahabat ibarat cermin kita, ingat tu. setiap sahabat yang kita ada mempunyai kelebihan dan kelemahannya. jadi, paham dan terima semua tu dengan hati yang ikhlas. berkawan untuk gembira dan sedih. tolong bila sahabat susah, dan sahabat akan tolong bila kita susah. 


kalau perangai buruk macam anjing, tak nak terima nasihat dan teguran orang lain, ego macam hampas, sifat jeles macam celaka..baik pergi mampos masuk terjun gaung. tak pun gali lubang dalam-dalam lepas tu duduk mencangkung diam-diam dalam tu lagi bagus.




Comments
2 Responses to “tak paham persahabatan, jangan bersahabat.”
  1. nice blog...nice to know you..i get so many information and inspiration from your blog :)

    thx

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted