-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

"sejukkkkk hati mak", bak kata mak gua.


gua lambat nak update satu event keislaman yang gua hadiri pada hari rabu yang lepas. malas punya pasal, hapa pun tarak. nama event nie ialah Seminar Masalah Sosial Remaja Islam anjuran KUIM. KUIM adalah singkatan kepada Kolej Universiti Islam Melaka. nak tau lebih lanjut, anda boleh klik kat link KUIM nie okay.

alah, lu dengar nama event nie pun lu tahu kan benda nie mesti pasal ceramah agama. kahkahkah ! bagus, lu pinterrrrr ! ceh, berbahasa indon sudah. seratus peratus event nie mengupas mengenai masalah sosial remaja Islam pada masa kini. pembuangan anak luar nikah, najis dadah, penzinaan, bunuh-membunuh, anak derhaka, bla bla bla. memang bagus seminar nie, membuatkan sapa yang pergi boleh terbukak mata dan hati tentang betapa teruknya masalah remaja Islam sekarang nie. memang dah parah sangat weh !

seminar nie jugak banyak menekankan isu peranan ibu bapa. sebab ramai hadirin yang datang adalah daripada golongan ibu bapa. bak kata tagline seminar nie, "bagaimana acuannya, begitulah kuihnya..". seminar nie tak membuatkan gua berasa bosan dan mengantuk sebab gua memang minat benda-benda macam nie, tahu ? *jangan percaya, gua sedang berhipokrit !*


tak sah kalau gambar close up tak ada.


waktu nie gua berada di Mydin. ceh, apa motif bergambar dengan sejadah ???


gua masih kekal di tangga pertama sebagai orang yang tertinggi antara dua orang kawan gua nie. LOL


semasa mendaftar sebagai peserta seminar nie.


cuihhhh, dalam seminar pun boleh bergambar.


okay, ini lebih formal dan kelihatan sungguh meng'cover line'.


gua letak jugak gambar minah dua orang nie.


sesi pelancaran yang memang lancar dahhhhh.


ini sebelum masuk slot kedua bersama Dr. Tengku Naufal tu. gua beli asam banyak gila sebab nak mengelakkan ngantuk.


antara sebahagian nota yang diberi. thumbs up !


seminar dah tamat ! yeah, legaaaaaaaaaaaaaaaa.


inilah penceramah bagi slot pertama dan kedua, YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor.



dan tak lupa jugak penceramah slot ketiga, Dato' Ustazah Siti NorBahyah bersama suaminya, Ustaz Wan Akashah. famous ustazah nie kat TV !


secara keseluruhannya, seminar nie memang bermanfaat lah. banyak gila input boleh dapat kat sini. walaupun gua dah rasa lalok-lalok waktu ustazah Bahyah nie berceramah, tapi sekurang-kurangnya gua dapat catch up apa yang cuba disampaikan. bagus kan ? *rolling eyes*

lagi satu, gua kongsi benda nie dengan mak gua kat rumah. mak gua cakap sejukkkkkkkkkkkkkk hati bila tengok anak dia pergi ceramah agama seawal 8.00 pagi sampai 4.00 petang. kalau tidak, asyik membuta je kat rumah sampai matahari dah naik kat atas kepala. gua terkedu-medu bila mak gua cakap macam tu. gua ingat nak share pasal isu semasa masalah remaja sosial, tapi lain pulak dah yang dia pikir. LOL


apa-apa pun makkkkkk, gua sayang lu sangat-sangat !!!!



Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted