-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

hantu askar portugis.


wah, lamanya gua tak update blog ! sorry lah derrr..gua busy kemain dengan assignment sekarang. gua sekarang baru je baik daripada demam sebab badan gua langsung tak rehat sejak 2 minggu yang lepas. malam nie gua kene siapkan satu lagi assignment dan yang paling heaven gila..assignment malam nie adalah assignment yang paling last ! hambik lu, pergi main jauh-jauh. jangan ganggu hidup gua lagi paham ?

dah lama gua nak share cerita sadis nie kat dalam blog, tapi tak boleh sebab masa yang tidak mengizinkan. cerita sadis nie baru je berlaku 4 hari yang lepas. lokasi cerita sadis nie berlaku di sekitar kawasan pelancongan Kota A Famosa. aha, sapa tak tau apa itu kota A Famosa, tak tahu lah gua nak terangkan macam mana. lu google lah sendiri. LOL

4 hari yang lepas, gua berjalan-jalan makan angin dengan dua orang member laki gua. saja nak release tension sebab assignment yang macam haram tak kesian kat gua. so antara lokasi yang dipilih ialah di sekitar kawasan Kota A Famosa tu. kalau sesiapa pernah travel Melaka, mesti wajib pergi tempat bekas tinggalan pintu gerbang A Famosa yang dah berkulat-mulat tu.

gua mintak permission daripada diorang untuk berjalan sorang-sorang kat area tu. konon nak hambik feeling lah, KONON. jadi, gua pun berjalan-jalan dengan fikiran yang menerawang entah kemana. sudah sampai ke negara China, mungkin. masa gua berjalan sorang, gua ternampak sesuatu yang weirdo gila. gua tak tau lah kot-kot mungkin pandangan mata gua yang kabur. tapi setahu gua, gua belum lagi rabun.


lu tahu apa yang gua nampak ?


entah betul entah tidak. gua ternampak macam ada seseorang pakai sut askar Portugis sedang berdiri bersebelahan dengan meriam tu. gua ternamapak benda alah tu pun just sekali imbas je. gua pikir mungkin ada karnival or event hapakebende, so orang tu pakai kostum askar Portugis dan lepak kat situ. tapi yang gua pelik, kenapa mesti mat saleh yang pakai kostum askar Portugis tu ? dan kenapa gua tengok dia macam berlegar-legar tak tentu arah kat kawasan meriam tu je ? sumpah memang gua rasa pelik nak mampos.

tapi gua anggap benda tu mungkin hanya lamunan gua sebab gua ternampak benda alah tu dalam jarak yang agak jauh. dan tak hairan lah waktu tu jarum jam tangan gua dah pun menunjukkan tepat pukul 7.30 malam. bila tengok je jam tangan tu, bulu roma gua terus meremang-remang tak hingat dunia.

seram jugak rupanya kalau perempuan berjalan sorang-sorang nie kan ? lebih-lebih lagi pada waktu senja dan yang tak boleh blah gila macam tak ada keje pergi tempat-tempat tinggalan sejarah macam tu. tapi gua pikir positif..."ohhhhhh maybe orang tu memang mat saleh yang sedang menghayati semangat patriotisme berjuang pada zaman kesultanan melayu melaka dulu-dulu tu kottttttttttttttt !".


kalau anda pergi sini, anda sedang berdiri di hadapan sebuah pintu gerbang sebuah kubu yang gah dan besar. now tinggal pintu gerbang je yang ada. sekarang, kerajaan Melaka nak bina semula sebahagian besar kotanya yang hancur musnah suatu masa dulu sedikit demi sedikit. nak tau maklumat yang lagi best sila klik kat link Kota A Famosa okay !






fuhhhhh ! terasa macam jadi pemandu pelancong lah pulak. 
bakat terpendam ke hapa ? *sigh*



Comments
3 Responses to “hantu askar portugis.”
  1. bagus ?? scary gila kot !

  2. priya says:

    Seram.... Cuba
    serbu askar tu

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted