-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

first car anda boleh kenali personaliti anda, tahu ?


anda minat kereta buatan Malaysia ? LOL gua tanya soalan bodoh. kalau yang ada duit takat sederhana, mesti suka kereta nasional je. tapi kalau yang ada duit berkepuk-kepuk tu dah tentu pandang kereta mahal-mahal luar negara. tak layan lah kereta nasional nie kan kan kannnnn. mungkin tak semua, tapi kebanyakkan macam tu ye tak.

gua kan miskin, jadi gua layan kereta dalam negara je. layan toyota ke honda ke nissan ke bla bla bla tu pun dah kira mantap nak mampos. first car pun harus bertakat biasa-biasa je. first car mesti lah kena buruk-buruk, corong asap dah berlubang, enjin pun segan silu bila dihidupkan. sekali tekan minyak sikit je dah berceramuk asap yang keluar sampai mampu menghasilkan fenomena baru, iaitu mini jerebu. first car should be like that, don't you ?

anda tahu tak kita boleh tahu personaliti diri kita melalui first car kita ? ecewah ayat tak nak kalah. anda boleh tahu personaliti anda macam mana berdasarkan kereta kesukaan anda. tak caya ? meh gua nak kongsi sikit. meh lah, tak payah nak malu-malu nanti gua siku dengan kayu hoki baru tahu. tapi bagi yang minat kereta mahal-mahal selain proton dan perodua, tak payah lah nak sambung baca entri nie sebab anda takkan sesekali terjumpa jenis kereta yang anda minati tu. sob sob sob


1) Perodua Kelisa

orang yang suka kereta nie jenis yang sukakan skop kehidupan yang kecil. dia tak suka ruang yang luas. kalau boleh dia nak ruang yang ada dia yang punya. kiranya dia suka kehidupan yang terkawal. kalau boleh dia nak tahu orang sekeliling buat apa, pergi mana, makan apa, bla bla bla. or mungkin boleh jugak digelar sebagai king/queen control ! dia berkeyakinan tinggi terutamanya bila dia tengah buat sesuatu. dia tak kisah orang nak buat apa, yang penting dia nak buat keje dia tu dengan bagus and he/she doesn't care what people say. kiranya dia nie mampu menjalankan tanggungjawab dengan bagus dan apa yang penting, dia mementingkan kualiti daripada kuantiti. boleh jugak dikatakan dia nie kedekut. kedekut dalam aspek-aspek yang tertentu je, tapi tak kesemuanya. ada masa-masa tertentu dia akan jadi sungguh kedekut. tapi dia nie sangat alert dengan keperluan semasa orang lain. quite generous too !




2) Proton Waja dan Wira

orang yang suka kereta nie sebagai first car merupakan orang yang matang dan penuh sifat kebapaan atau keibuan. kadang-kadang sifat matang dia tu tak menggambarkan usia sebenar dia, good enough. dia berani mengambil risiko untuk buat sesuatu perkara walaupun dia tahu dia tak mampu nak buat. sekurang-kurangnya dia berani kan ? yes, dia berkeyakinan tinggi jugak. walaupun dia rasa diri dia tak cantik atau hensem di mata orang lain, tapi dia tak kisah pun. sebab dia nie low profile orangnya. dia jenis yang tak berkira terutamanya bab-bab duit nie. pemurah jugak, sebab dia suka bantu orang lain yang berada dalam kesusahan. tapi apa yang pasti, dia nie memang matang dari segala aspek. dia mempunyai sifat berhemah yang tinggi dan dia sungguh romantik tau. caya lah lu !








3) Proton Persona dan Gen 2

orang yang suka kereta nie adalah orang yang aktif bergerak ke sana sini. walaupun dia penat, dia tetap nak selesaikan segala urusan yang belum selesai. kiranya dia nie orang yang bertanggungjawab dan mampu memberikan komitmen dengan baik. dia juga berjiwa muda dan chicky. tapi sifat chicky dia tak terlalu menonjol sebab dia nie suka benda-benda yang profesional tapi ada style ! kadang-kadang dia nie suka bajet hebat dan berlagak. sombong pun ada jugak. tapi dia berlagak dan sombong pada sesetengah orang je, so tak semua orang boleh jadi mangsa kesombongan dia nie. mungkin ada sebab tertentu kenapa dia berlagak atau sombong dengan orang-orang yang dia benci. dia nie jugak mempunyai daya pemikiran yang agak brilliant. segala idea dia boleh diterima pakai sebab dia nie open minded orangnya.




4) Proton Viva dan Kancil
orang yang suka kereta nie jenis yang berpikiran mudah. apa yang dia nak, dia akan cuba dapatkan tapi dengan cara yang mudah dan tak menyusahkan mana-mana pihak. dia suka ambil jalan mudah untuk mencapai apa yang dia hajatkan tu. kebiasaannya dia belum cukup matang dalam semua perkara. masih berpikiran mahu enjoy dan selalu pikir life is so complicated. bagi dia, baik dia jangan involve diri dengan benda-benda remeh sebab nanti dia stress. dia juga berjiwa muda, dan suka buat perkara-perkara yang semua orang suka buat. mungkin bagi prinsip dia, simple is better ! dia nie pun jenis yang tak kisah orang nak cakap apa pasal diri dia. yang penting, dia tak suka ambil port sangat dengan benda yang menyusahkan dia. suka mendiamkan diri dan quite empty. btw orangnya comel ! okay la tu kan ?




5) Perodua Myvi
orangnya suka benda yang comel dan chicky ! orang yang suka kereta nie berjiwa lembut dan bencikan kekasaran. dia mementingkan kecantikan dan ketrampilan dirinya. dia suka buat benda-benda yang relax, steady dan yang penting, he/she's so coooooooool ! dia buat keje dengan teratur. dia bersikap profesional dan kalau boleh dia nak semua benda jadi bagus dimatanya. dia suka memikirkan kehidupannya di masa depan, so no doubt dia nie teratur orangnya. boleh jugak dikatakan sebagai workaholic person. dia nie orangnya sensitif dan cepat terasa. pantang kena bahan sikit dah merajuk. tapi kadang-kadang kalau dia dah merajuk tak beragak. nak tunggu orang buat Taj Mahal, baru nak baik rajuknya. agak beremosional orangnya. simple, dia nie sungguh manja. LOL




6) Proton Satria/ Satria Neo
orang yang suka kereta nie amat mementingkan gaya dan penampilan. sangat banyak cakap, dan kadang-kadang apa yang dicakapkan tu sungguh annoying. berjiwa muda dan sukakan perubahan atau kesegaran dalam sesuatu perkara. paling obvious, dia gemar melibatkan diri dalam sukan. tak kisah lah outdoor ataupun indoor. yang pasti, pemikiran dia suka benda-benda yang sporty. so no wonder lah orang-orang yang minat kereta nie suka modified kereta dia tu. dia jenis yang tak berkira dengan semua benda dan soft spoken. sapa-sapa pun boleh in dengan diri dia sebab dia nie open minded dan peramah orangnya. tapi once kalau dia dah marah, boleh bernanah telinga orang sekeliling yang dengar dia marah. dia mempunyai sifat flirting yang agak jelas dan sometimes dia boleh buat orang mudah suka dengan dia. senang cerita, dia nie mempunyai sifat yang menawan. voila !





okay kepada peminat kereta yang tak tersenarai kat atas nie, gua mintak maaf. jenuh lah gua nak menaip kalau nak bubuh semua. ini pun gua pilih jenis-jenis kereta yang rata-ratanya banyak digunakan di Malaysia. i mean, kereta nasional lah. yelah, sapa lah gua nak pakai kereta mewah-mewah kan. nak lalu sebelah kereta mewah pun tersipu-sipu monyet.

btw, anda jangan percaya seratus-peratus sebab kemungkinan tak kesemuanya betul. tapi majoriti gua tengok macam tu lah. ini sekadar teori personaliti gua je. apa, lu ingat gua tak ada bakat ke nak jadi pengkaji ? damn, sila baling gua dengan selipar jamban warna merah sekarang. selipar jamban warna merah je okay, warna lain tak dibenarkan.

apa yang penting, sebenarnya anda sendiri boleh menilai personaliti diri anda. anda tuan empunya badan, dah tentu lebih tahu personaliti anda ye tak. orang sekeliling boleh menjadi 'cermin' kepada diri kita dan terpulang sama ada kita nak menerimanya dengan fikiran terbuka ataupun tidak. jangan ter'butthurt' dengan statement gua kat atas ye. sebab pemikiran orang berbeza-beza dan ianya subjektif ! LOL

Comments
2 Responses to “first car anda boleh kenali personaliti anda, tahu ?”
  1. xde jenis keta sy camne wahuwahaha kaki tgk dvd ni

  2. yeke. awak kete jenis apa ? haha sye amik jenis kereta yg majoriti org guna kt malaysia nie je. jenuh la nak menaip kalau buat semua :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted