-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

5 perkara lelaki sungguh tak macho !


lelaki macho dan lelaki tidak macho ?


mungkin ada lelaki akan berpendapat "argh, hidup untuk jadi macho, itu yang penting !". atau mungkin juga ada sesetengah lelaki berpendapat "tak macho tak apa, janji muka gua hensem itu pun dah cukup derrr".

mengikut teori gua, lelaki macho dan lelaki tidak macho itu adalah subjektif  dan jauh berbeza ! menjadi seorang lelaki, sifat macho itu harus ada. lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan perempuan. berdasarkan pengalaman, ada sesetengah perkara tentang lelaki yang sungguh tidak macho dimata gua. gua suka lelaki macho, tapi gua tak suka lelaki yang HIPOKRIT tibe-tibe nak tunjuk macho bila ada sesuatu di hadapan dia yang akan membuatkan dia harus menjadi macho. *ayoyoooo berbelit-belit ayat gua noi*



5 perkara yang sangat TIDAK MACHO pada lelaki apabila :-




1) tersengguk-sengguk tido di tempat duduk bas
ahahaha..yang ini normal. gua tahu semua orang pernah buat, tak kisah lah lelaki ke perempuan. tapi agak-agak lah kalau nak tersengguk-sengguk sampai 360 darjah ! semalam, gua balik kampung naik bas ekspres malam. gua tak boleh tido malam tu sebab lelaki muda sebelah gua berdengkur bukan main kuat. gua tension gila. walaupun gua dah pasang volume paling kuat, tapi suara dengkur dia masih tak boleh kalahkan bunyi earphone gua tu. tak cukup lepas tu, lelaki tu tersengguk-sengguk 360 darjah dan okay, ianya sungguh annoying ! gua terpaksa menahan sabar dan duduk dalam keadaan yang berhati-hati takut kepala lelaki tu terhantuk dengan kepala gua. sangat tak macho okay !




2) naik moto langgar lubang jalan dan tayar pecah.



bagi lelaki adalah sungguh macho dia bawak moto laju-laju dan tekan minyak sampai berasap ekzos bila lalu depan perempuan. memang sungguh macho bila dia boleh buat wheely, superman action dan bla bla bla, sungguh macho ! gua pernah kena semasa gua berjalan-jalan di sekitar Jaya Jusco Melaka. mungkin motif lelaki itu hanya nak menunjuk-nunjuk yang kononnya dia lah raja jalanan. tapi yang paling bangangnya, masa dia beraksi sebagai raja jalanan di hadapan gua, dia terlanggar satu lubang jalan yang agak besar dan akhirnya dia tak dapat kawal motor. yang lagi best, satu tayar motor dia pecah dan meletop. kahkahkah !





3) kantoi terkentut kuat semasa sedang gelak.



ini pengalaman gua semasa gua makan di sebuah restoren dengan member gua. ada sorang dua lelaki nie duduk sebelah meja makan gua. mungkin ada benda-benda lawak yang member dia cerita dan membuatkan dua orang lelaki tu bergelak tak hingat dunia. pada masa tu, gua rasa sungguh annoying sebab konsentrasi gua nak makan memang cukup terganggu. tiba-tiba nak dijadikan sejarah, salah sorang lelaki yang tengah bergelak lebat tu terlepas kentut dengan begitu kuatnya. gua rasa semua orang yang duduk berdekatan kat situ terdengar bunyi kentutan yang tidak sengaja dilepaskan tu. gua tengok muka lelaki tu bukan main merah merona mengalahkan warna buah delima merah. hambik lu sedas dua tiga empat lima tujuh ratus ! agaknya dah lama kot dia tahan angin berak kat dalam perut dia tu. disebabkan malu, diorang makan tak lama kat situ.





4) tersalah masuk gear kereta selepas mengayat jiwang.



gua tak boleh tahan nak terburai gelak bila naik kereta dengan lelaki yang tersalah masuk gear. kahkahkah ! sumpah memang kelakar habis lah. masa mula-mula jemput gua naik kereta, bukan main control macho bagi ayat-ayat jiwang tapi bila mula kaki nak tekan minyak, tiba-tiba kereta melompat sebab tersalah masuk gear. memang sungguh tidak macho ! gua boleh saksikan betapa merahnya muka dia sampai ke sudah, walaupun kejadian 'sungguh tidak macho' tu sudah pun berlaku kira-kira 3 jam yang lepas. tulah, lain kali kalau nak mengayat perempuan secara terlampau, pastikan masuk gear kereta dengan betul. kalau tidak, tutup lah muka dengan tudung saji sebanyak yang mungkin !





5) ayam goreng terbang oi !


setiap orang ada gaya makan yang tersendiri. ada yang suka mengunyah berbunyi-bunyi. ada yang suka makan cubit-cubit. ada yang baham sekali harung. dan ada jugak yang "apa kelas derrr tak pakai sudu dan garfu". kalau gua, gua suka makan guna sudu dan garfu ikut kesesuaian tempat yang gua makan tu. takkan lah nak makan KFC pun pakai sudu dan garfu weh ? kahkahkah ! seriously hilarious. gua pelik sungguh dengan ada sesetengah lelaki yang suka makan KFC guna sudu dan garfu nie. yelah, makan ayam goreng je kot takkan nak guna sudu dan garfu ? LOL. tapi itu kan hak masing-masing. gua rasa mungkin ada sebab kenapa dia suka makan KFC guna sudu dan garfu kan. gua faham dia mungkin lebih selesa makan ayam goreng guna sudu dan garfu, tapi tapi tapi.......tak payah lah sampai ayam goreng tu terbang melayang keluar daripada pinggan tu. tulah, ghairah kelaparan sangat agaknya waktu nak siat-siat ayam goreng tu sebab guna sudu dan garfu. OMG !




guys, lu jangan marah gua cakap lu tak macho. gua cakap atas dasar pengalaman gua. mungkin diorang tak sengaja, but to be honest, you were not so natural. kelakar tu memang kelakar, tapi kadang-kadang gua sendiri tak paham apa motif sesetengah lelaki yang tiba-tiba suka jadi hipokrit dan berlagak macho bila berhadapan perempuan walaupun ya, gua rasa tak perlu kot. ego ? saham ? maruah ? atau reputasi sebagai seorang lelaki, mungkin ?

tapi itu sudah jadi lumrah manusia. daya tarikan lelaki adalah perempuan. dan daya tarikan perempuan adalah lelaki. tapi yang suka kaum sejenis tu, ehem ehem. tak tahu lah gua nak tulis macam mana. lu pikir lah sendiri.

tak salah kalau nak jadi hipokrit dan berlagak macho, sebab kadang-kadang benda tu perlu ye tak. tapi jangan lah dibuat secara terlampau. bagi gua, lelaki yang macho adalah lelaki yang menjadi dirinya sendiri. kemana-mana dia pergi, itulah dia. ada perempuan ke tak ada perempuan, itulah diri dia yang sebenarnya. be natural and make it easy ! 

gua rasa lu tak perlu lah berlagak macho bila berhadapan dengan perempuan. memang dah tersedia maklum, perempuan sukakan lelaki yang berperwatakan macho tapi kalau dah sentiasa 24 jam berlagak macho itu pun tak betul jugak. lagipun, kadang-kadang sifat berlagak macho tu boleh memakan diri tuannya sendiri. betul tak ? 





Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted