-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

welcome to the campus life !!


kepada semua calon SPM 2010, aku nak ucapkan semoga semuanya dapat keputusan yang terbaik. tak kira lah keputusan tu baik ke tak, yang penting anda dah pun berusaha. dalam Islam, apabila kita nak buat sesuatu perkara yang penting kena ada usaha, doa dan tawakal. gua harap hari nie anda bergembira setelah bersusah payah belajar tahap hardcore sebelum nie. 


kepada yang berjaya, tahniah aku ucapkan. jangan over excited pulak bila dah dapat result gempak nie. ingat, result anda yang gempak tu tak bermakna dah menggambarkan yang anda nie genius tahap gaban. pada pendapat aku, kalau anda dapat 10A sekalipun, anda hanyalah score cemerlang untuk syllabus 10 subjek tu. jadi, jangan over confident sebab SPM hanyalah satu tiket kepada anda untuk menentukan masa depan dan tempat belajar yang terbaik buat anda. tapi, aku memang salute lah sapa yang dapat 10A nie. otak memang mantap dowh ! result dah hebat, dah tentu tempat belajar pun bukan calang-calang tempat ye tak. bila dah dapat rezeki yang Allah swt dah kurniakan nie, jangan leka dan guna sebaiknya okay ?



kepada yang kurang berjaya, jangan risau. perjalanan anda masih panjang. so banyak lagi peluang yang ada. perbaiki kelemahan diri dan buktikan yang anda pun boleh buat yang terbaik. ah, anda bukan teruk atau bodoh pun, cuma rezeki tak ada untuk kali nie. tapi yang penting, anda dah berusaha kan, so kenapa mesti nak menyesal dapat result kurang gempak ? relaks sudah. kalau sekarang result anda teruk, mana tau lagi 10 tahun akan datang, anda lagi hebat daripada orang-orang yang dapat 10A tu. kalau anda tak boleh jadi hebat dalam bidang pendidikan, anda boleh hebat dalam bidang perniagaan, sapa tahu kan ? jangan down lepas dapat result teruk, sebab rezeki Allah swt bagi masing-masing. kalau tak ada rezeki sekarang, mana tahu esok lusa rezeki anda melimpah ruah ? so, cheer up !



sekadar berkongsi pengalaman aku. dulu, aku dapat result yang kurang gempak. aku memasang impian tinggi nak dapat result gempak, tapi tak dapat pun. result aku pun sederhana je, aku mengaku memang frust nak mampos tahap babeng. namun, aku bangkit. walaupun hati sedih, tapi aku cuba jugak apply tempat-tempat belajar yang aku impikan tapi hampeh tak dapat jugak. alhamdulillah, lepas 3 4 tahun berlalu akhirnya tak sangka peluang masa depan aku agak cerah. aku tak sangka sekarang aku dapat peluang belajar di tempat yang menjadi rebutan budak-budak lepasan SPM sejak tahun 2009 lagi. syukur, sebab aku percaya rezeki kita datang lambat atau cepat dan yang pasti, Allah swt itu Maha Pengadil. whatever it is, do cheer up you guys and please dont give up !






no more schooling and,

WELCOME TO THE CAMPUS LIFE !


Comments
2 Responses to “welcome to the campus life !!”
  1. haha mantap punya ayat.cayalah..gua salut lu geng.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted