-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

STALKER ORANG HIPOKRIT.





aku bukan lah orang yang jenis suka jaga tepi kain orang yang misteri. atau dalam bahasa modennya, STALKER. tapi kadang-kadang, ada jugak masanya aku boleh jadi stalker terhebat. kahkahkah ! huh, kerja jadi stalker nie tak best lah, tak ada faedahnya. kalau kerja stalker nie dapat gaji or boleh buat perut aku kenyang, penat mana pun aku sanggup buat. tapi aku layan jugak kerja nie bila rasa bosan tahap dewa.



sebenarnya, aku tak nak cakap pasal stalker. sungguh bodoh kalau aku terangkan apa itu stalker kat anda. cuma nak cakap kat sini, aku selalu jugak stalker kat satu perempuan nie di Facebook. aku stalker dia pun sebab memang kenal dia sangat-sangat. kalau aku tak kenal dia, jangan harap aku nak stalker dia buang masa je. sejak kecik, dia lah jadi kawan sepermainan aku. dia lah kawan tido dan main masak-masak aku. ceh ceh nak buat scene flash back kenangan indah mengusik jiwa kat sini pulak dah.



bila dah semakin besar dan terus membesar, aku dan dia dah lost contact. memang kes lost contact yang teruk punya lah. dah tak pernah bertegur sapa, kecuali kalau ada apa-apa event penting antara family aku dan family dia. aku dah lain, dia pun dah lain. aku membesar dengan gaya dan cara aku dan dia membesar dengan cara dia, walaupun kami nie membesar di kampung yang sama.



satu hari aku terjumpa Facebook dia. aku terus added dia sebagai kawan. dan aku tak sangka dia approved aku sebagai kawan dia. ingat boleh lah nak bertanya khabar dan perkembangan study dia, tapi hampeh ! yang mengjengkelkan hati, bila dah jadi kawan Facebook, apehal minah nie sombong macam hidung kerbau tak pernah langsung tegur aku kat dalam tu ? jangan kata dia tak kenal aku langsung sebab aku nie bukan sekadar kawan biasa dia je.


aku tengok dia dah berubah betul sekarang. aku ingatkan kehidupan aku nie dah cukup teruk. rupa-rupanya kehidupan dia lagi WOW!! daripada kehidupan aku. aku tak kisah kalau dia nak bergaya sakan mak arab sampai macam mana sekali pun, aku memang tak kisah. aku tak kisah kalau dia nak bermesra tahap gaban dengan pakwe kaya dia sampai macam mana sekali pun, aku memang tak kisah. aku tak kisah kalau dia nak show off kehidupan mewah dia kat kota metropolitan tu, aku tak kisah pun. tapi aku cuma nak ingatkan, kau kena beringat asal-usul kau kat mana. kau kena beringat kehidupan keluarga kau macam mana, baru lah layak nak gebang lebih kat Facebook tu. boleh ?


okay, cukup lah aku cakap pasal kawan aku tu. aku nak cakap, kita sebagai manusia memang banyak kelemahan dan kesilapan yang akan dilakukan. aku pun bukan sempurna, bukan bagus baik punya pun. aku cuma rasa kecewa betul dengan kawan aku tu, sebab tu aku buat entri emosional malam nie. 



aku sebenarnya sangat anti dan tak suka orang yang sombong tak bertempat nie. adakalanya kita kena jadi sombong, tapi tak semua benda kita nak kena jadi sombong ye tak. kalau anda jumpa orang sombong tak bertempat, ada tak anda terasa annoying ? anda pikir lah sendiri. 



aku tak jeles pun dengan dia. sumpah aku tak jeles. cuma aku terasa cukup mengjengkelkan hati bila tengok sikap hipokrit dia yang terlampau. aku kenal kau daripada kecik tahu ? please, just be yourself and it will enough.



Comments
2 Responses to “STALKER ORANG HIPOKRIT.”
  1. Emo nampak.. Hahaha.. Rilex2.. Sebab tu aku tak suka nak add orang yang tak berapa nak rapat ni.. Kawan kalo setakat schoolmates je baik tak payah.. Konfem lepas add camtu gak.. Takdenye nak tanye pape pun.. Hahaha.. Kalau kawan yang memang rapat pun kalo dah sombong tu buang je.. Habis citer.. Ngee :)

    Entry Terbaru : Loji Nuklear Jepun Meletup Dan Pencemaran Radioaktif Berlaku?

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted