-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SNOOZE STOP STOP SNOOZE


kelemahan gua yang agak ketara ialah susah nak bangun tido di waktu pagi. gua nie kena ada orang yang kejutkan gua, kalau tak haram gua nak bangun pagi. yalah, gua tahu anak dara tak elok perangai macam nie. LOL

mak gua selalu membebel pagi-pagi kalau gua tak bangun pagi. semakin tua umur gua, semakin kuat mak gua membebel suruh bangun pagi. kehkehkeh ! fenomena tu selalunya akan berlaku bila gua sedang bercuti di rumah. kalau kat kolej, gua sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai. tapi kadang-kadang tak jugak, mak gua tetap memburu gua dan suruh bangun awal dengan cara menelefon sampai gua bangun dan jawab dengan suara yang garau. punya lah dia sayang anak dia kan ? 

gua rindu jugak nak dengar suara mak gua kejut bangun pagi kalau gua berada di kolej. walaupun kadang-kadang perit telinga nak dengar mak gua membebel, tapi semua tu untuk kebaikan gua jugak. nanti kalau dah kahwin tak ada dah dengar suara mak gua macam tu (citer pasal kahwin pulak dahhh). sob sob sob !

untuk menghilangkan rindu kepada mak gua, gua guna alarm clock sebagai alat utama untuk menggantikan suara mak gua tu. selagi gua tak tekan button STOP, maka alarm clock akan terus memekak sampai telinga gua bernanah. macam mak gua, kalau gua tak bangun-bangun lepas dia kejut, dia takkan berhenti membebel. 

atau selagi gua masih gigih nak tekan button SNOOZE konon-konon nak sambung tido seminit dua, sama lah jugak macam selagi gua tangguh nak bangun lepas mak gua kejut, maka mak gua automatically jadi robot yang tak akan berhenti membebel kalau tak nampak-nampak jugak batang hidung gua keluar dari bilik. genius enough ? LOL 

bila dah jadi kes susah nak bangun pagi macam gua nie, alarm clock akan menjadi satu item yang paling penting dalam hidup. nak setup alarm clock tu pun gua bermasalah jugak, terutamanya bab memilih bunyi untuk alarm clock tersebut. yelah, gua tahu lu nak kutuk gua nie alien planet Zuhrah sebab benda alah nie kan kan kannnnn.




gua nie orang miskin je. alarm clock pun guna alarm handphone je. mana ada duit nak beli alarm clock yang super power macam anda. kahkahkah ! jadi, sebelum tido gua mesti memilih lagu-lagu yang terbaik sebagai bunyi alarm clock gua. *terbaik lah sangatnye*

mula-mula gua pilih lagu Aizat - Pergi. konon-kononnya gua nak wujudkan suasana tenang berlagu merdu menusuk kalbu di pagi hari, tapi hasilnya hampeh. gua memang dah tak terbangun langsung. lantak lah kena tekan button SNOOZE ke STOP ke, memang gua tak tersedar sungguh. ceh !

lepas tu gua bermuhasabah diri konon nak bangun subuh awal pukul 5.30 pagi. ingat boleh lah nak basuh-basuh baju ke, sidai-sidai stokin ke, sarapan roti-roti ke kan. jadi, gua pilih lagu yang tak berapa soft tapi masih boleh dikategorikan sebagai lagu soft, B.O.B feat Bruno Mars - Nothing On You. minggu pertama dan kedua, gua berjaya lah jugak bangun seawal jam 5.30 pagi. tapi dah masuk minggu ketiga, haram jadah dah tak terbangun !

gua geram sebab usaha gua tak berjaya. gua geram sebab bila gua bangun je jam dah nak masuk pukul 7.00 pagi. cahaya pun dah terang jelas. kadang-kadang gua terlepas subuh, sabar je lah terpaksa qada' solat. adakah ini normal bagi seorang insan lemah yang bergelar sebagai pelajar kolej ? (ceh ayat mintak kene maki). takkan sampai tua bangka gua nak mengharap ada orang lain kejutkan gua bangun pagi.

akhirnya, gua buat keputusan pasang alarm clock lebih dari satu. gua letak satu handphone kat telinga sebelah kiri dan satu lagi handphone di telinga sebelah kanan. sebelah kiri pasang lagu Black Eyed Peas - Rock That Body. sebelah kanan pulak pasang lagu Avenged Sevenfold - Seize The Day. hah, hambikkkkkk ! dan selepas tu, hidup gua aman sebab gua berjaya bangun pagi tepat pada masa yang gua target. yes, walaupun tiap-tiap hari telinga gua jadi berdengung sebab lagu-lagu yang memekak tu.

lepas ni, mesti ramai makcik-makcik pakcik-pakcik kat luar sana reject nak ambil gua jadi menantu. tak apa, gua rasa penyakit susah nak bangun pagi nie tak akan sembuh selagi gua tak berkahwin or tak mula bekerja, gua jamin !


oh bagusnya ayat cover line di atas nie ye. haktuihhhhh *rolling eyes* 

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted